* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Mei 25, 2009

Bersama Shriz ...4 hari!!!

Lang barusan selesai mencuci rumah baru yang bakal diduduki dalam masa seminggu dua ni ... memang memenatkan apabila terpaksa menyental kesan-kesan tumpahan cat, simen dan kotoran yang melekat di dinding, lantai dan cermin.

Di samping xtvt merapikan rumah baru, Lang jua turut menyambut kunjungan Shriz yang datang dari kejauhan dan bercuti semata-mata melepaskan keinginan bersantai bersama Lang!!

Xtvt kami berdua selama 4 hari berturut turut dan disulami xtvt Lang di teratak baru sangat menguji stamina Lang ni.

Shriz hadir dengan kondisi kurang sihat dengan gejala batuk2 yang menyesakkan dadanya.
Pun begitu, itu tidak menghalang kami berdua beraksi duet di pentas persada lalakan sehingga 2 jam lamanya..iaitu yang pertama dalam sejarah!!

kami juga sempat me'labur'kan duit di kompleks beli belah dengan beberapa helaian baju...disamping menikmati hidangan kegemaran kami iaitu ayam Nando's !!

Dah lama teringin nak makan Nando's ni..tapi tak de geng yang sama sama meminati restoren ini selain Shriz!!

Kami juga sempat bersiar-siar dengan kenderaan awam dan juga skuter Lang !!! Yang pastinya Lang hanya boleh membonceng kalau nak naik bersama Shriz!!

Meski pun 4 hari kedengaran seperti tempoh yang lama, namun ternyata belum puas lagi Lang rasa bersama ngan Shriz yang mempunyai banyak persamaan minat dan mampu berkongsi kisah-kisah yang menarik...

Pun begitu, ampun dan maaf dihulurkan sekiranya ada kengkawan yg terasa hati kerana tidak dapat bertemu kami berdua sepanjang 4 hari tersebut kerana kami berdua pun mengalami masalah pengangkutan dan hanya berlegar di kawasan-kawasan tertentu sahaja!!

Pun begitu xtvt hari ni cukup melegakan kepala otak Lang yang berserabut dengan tugasan di pejabat yang semakin berlambak dan menanti sepanjang bulan hadapan ini~!

Label: ,