bukan untuk selamanya....
Sesungguhnya kisah ini bukanla bertujuan mengaibkan sesiapa atau untuk tujuan riak ..tetapi sebagai pengajaran kepada diri Lang sendiri dan rakan-rakan yang dikasihi...Lang juga bukanlah insan sempurna..ada juga salah dan silapJika kengkawan ingat lagi kisah pengalaman Lang bekerja tahun lalu di syarikat S dimana Lang mempunyai pengurus yang tidak terurus!!
Sesungguhnya Lang tidak pernah berdendam dengan beliau..masih bertanya kabar melalui SMS..dan berjumpanya di tempat beliau bekerja sebagai tanda persahabatan yang tidak putus meskipun Lang pernah menimba pengalaman buruk bekerja bersamanya!!
Teringat detik2 kegemilangan beliau bergelar pengurus cawangan termuda dan paling cepat naik dalam sejarah syarikat itu sehingga mengubah kehidupan beliau sekelip mata!!
Percubaan beliau menguruskan cawangan secara ala tentera dan penuh diktator menyebabkan dirinya begitu tidak popular lalu menyebabkan Lang yang berpangkat satu tangga dibawahnya meraih kasih daripada staf bawahan kerana sering tidak bersetuju dengan langkahnya itu!!
Staf yang tidak sebulu dengannya dihantar ke cawangan lain lalu diangkut kroni-kroni beliau dari kampungnya bagi mengukuhkan kedudukannya.
Yang menakjubkan, staf yang dipindahkan itu pula tiba-tiba meraih sebagai antara staf terbaik bulanan di cawangan baru yang ditempatkannya itu!!
Pembawaan kroni-kroni beliau pada mulanya melahirkan skeptikal pada staf lama, namun telahan pengurus cawangan itu silap kerana kroni mentahnya itu akhirnya berpaling tadah dan mula tidak bersetuju dengan segala tindak tanduknya yang serba tidak kena!!
Perangai kuat joli setiap minggu serta sering mengambil cuti tanpa alasan kukuh menyebabkan kerja Lang ketika itu menjadi berganda dan paling kritikal bagi seseorang yang baru bekerja sebulan di situ apatah lagi tanpa pengalaman dan latihan yang cukup!!!
Setiapkali ada sesi berbual bersama Lang pastinya setiap perbuatan terkutuknya dikongsikan...Lang cuma mengambilnya sebagai sempadan.
Ketika itu beliau dengan bangganya menunjukkan simpanan wangnya yang banyak kepada Lang yang dikatakan tidak luak meskipun setiap minggu berjoli!!
Perangai setannya terserlah di majlis makan malam tahunan apabila beliau meneguk air syaitan sambil merangkul pinggang gadis tanpa segan silu meskipun memgang title Melayu Islam!!
Ketika prestasi cawangan semakin merudum, Lang cuba mengambil inisiatif bagi menambah baik..ternyata inisiatif Lang itu ditolak dan diperlekeh malah dituduh cuba mengajar beliau pula!!!
Sesi perdebatan semakin jelas setiap hari sebelum Lang mengambil keputusan untuk membiarkan saja dan menyimpan idea2 kreatif LAng itu supaya tidak dipersiakan dan diperlekehkan lagi.
Dengan prestasi cawangan yang semakin teruk akhirnya LAng mengambil keputusan meletak jawatan dengan alasan peribadi setelah mengesan begitu banyak penyelewengan yang berlaku sejak sebelum LAng bekerja disitu lagi serta dapat menghidu LAng cuba dipersalahkan!!
Dengan pemergian LAng di cawangan itu dan diikuti oleh kroninya sendiri maka tinggallah sang pengurus bongkak itu cuba bertahan di tebing yang semakin rapuh itu!!
Setelah 2 bulan setelah pemergian LAng..diberitakan pengurus itu dipindahkan ke cawangan lain. Mengikut tradisi syarikat S itu, jika seseorang itu dipindahkan maka ada 2 kemungkinan, sama ada syarikat menyukainya atau syarikat menghukumnya!!
Ternyata nasib buruk yang menimpanya apabila diturunkan pangkat menjadi staf biasa..ya, pangkat yang sering beliau herdiki, perendahkan dan perlekehkan!!!
Beliau diberitakan bertahan di cawangan barunya itu sehingga bulan Mac lalu sebelum dipindahkan lagi ke cawangan lain yang lebih terceruk (dikatakan bagi menghukumnya lagi) malah pangkatnya diturunkan lagi bagai staf baru yang baru bertatih!!!
oleh kerana tidak tahan dengan tekanan yang dahsyat bagi beliau itu, maka beliau pun meletakkan jawatan!!
Lang yang baru tahu tentang berita ini amatlah terkejut..masih terngiang-ngaing lagi ayat-ayat 'limosin'nya dan gayanya bersama PDA yang tak lekang ditangannya bersama set Bluetooth yang sering di telinga serta gaya jalannya yang sungguh bergaya!!
Bagaikan mimpi dan tidak terbayang keadaannya sekarang yang dikatakan sudah 'kehilangan' segala yang pernah beliau miliki....
Sesungguhnya dunia ini bagaikan roda...tidak selamanya kita diatas...bila di awan jangan lupa rumput di bumi..bila di bumi jangan cuma memuja bintang di langit...lalu lupa daratan yang dijejaki!!
Label: kisah blalang