Lokasi baru ku....
Salam semua...nak dikabarkan bahawa selama tempoh Lang diam ni banyak pula kisah yang terjadi...suka,geram,sedih.... bercampur aduk menjadi satu
Alkisahnya ada kawan yang nak melanjutkan pelajaran ke luar negara..sekalung tahniah!! seorang lagi geng bakal 'meninggal'kan Lang setelah Angah Winehouse ke Eropah!!
Ada kisah-kisah duka yang menimpa sekeliling Lang..tak perlulah dikisahkan lagi..yang berlalu biarkan berlalu....
LAng kini sibuk mengemaskan barang untuk berpindah ke lokasi baru mengikut famili yang dijangka selesai proses pemindahan dalam bulan Jun...memang sibuk sekarang ni...
Sedih pula nak meninggalkan halaman yang dah bertahun Lang hinggapi..dan ini hanyalah satu persinggahan...lagi pun dunia ni memang satu persinggahan kan??
Lokasi terbaru ini berada sejauh 30km dari rumah asal dan tempat kerja Lang yang membahagiakan ini...sudah pasti pengalaman letih berulang alik ke tempat kerja bakal menghinggapi tubuh kecil Lang ni!!
perasaan lain yang muncul termasuklah resah gelisah tetapi juga gembira kerana bakal berada di lokasi yang tenang dan mendamaikan selain bakal mendapat ruangan bilik yang lebih selesa dan berprivasi tinggi!!
Rumah tersebut masih dalam proses dinaik taraf dan bakal selesai Mei nanti..hmmm tempoh 'bulan madu' Lang akan berakhir...bajet akan bertambah nanti!!huhu
Mood Blalang: kecamuk!!
Label: kisah blalang




