* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Sabtu, Julai 28, 2007

Gementar dalam kalbu

Hari-hari awal Lang bergelar pekerja di kilang X ini penuh dengan seribu perasaan yang menggusarkan. Senyuman plastik terpaksa diukir demi menyembunyikan seribu perasaan yang menggelodak jiwa. Kerjanya agak mencabar serta memenatkan. Kerja ini banyak berjalan ke sana sini serta berdiri berjam-jam dan kadangkala sahaja boleh duduk. Lega juga kawan-kawan baru cepat juga mesra sehingga terasa janggal pula dibuatnya!!

Pekerja disini beribu-ribu orang semuanya, tapi yang kerap berurusan adalah berpuluh orang sahaja. Lang adalah dibawah jagaan seorang ketua yang berasal dari luar negara. Pening juga nak memahami sebutan Inggerisnya yang kadangkala boleh berlaku salah pemahaman!!

Ketua yang juga selaku jurulatih Lang itu memberikan terlalu banyak informasi penting pada minggu pertama sehingga membuatkan fikiran mula terbeban.... bagai nak meletup rasanya!! Itu pun baru 30 peratus daripada skop pekerjaan Lang yang ditunjukkannya!
Image Hosted by ImageShack.us
wushhh...!!


Kejutan budaya yang melanda Lang justeru membuatkan badan terasa longlai setiap kali melangkah ke kilang X. Penawar cumalah rakan sekerja yang mesra dan ringan mulut itu. Secara ringkasnya inilah gambaran perasaan Lang..

Hari pertama = laksana gempa bumi
Hari kedua = laksana tsunami melanda
Hari ketiga = laksana kapal nak karam
Hari keempat = selembut bayu??


Hmm..lega bila hari keempat itu terasa berlalu agak pantas. Mungkin kerana kerja kurang sedikit dan ketua Lang itu banyak urusannya sendiri. Sabtu dan Ahad sudah tentu cutinya dan inilah sebagai waktu yang boleh dimanfaatkan. Hari kerja yang mendatang diharap akan kurang perasaan terbeban ini dan bolehlah Lang meneruskan hari-hari yang lebih bermakna itu. Apa-apa pun, jangan khuatir, tahulah Lang membawa diri yang kecil ini...

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Julai 23, 2007

Ku kerja jua....

Alhamdulillah...akhirnya dapat jua Lang mendapat pekerjaan setelah menunggu selama 4 bulan. Nasib baik juga ada teman yang berusaha membantu Lang sehingga diambil bekerja mulai Selasa – 24 Julai 2007 di Kilang X sebagai...erm apa ye jawatannya?? Shhh....!!Walaupun jawatan tersebut berada satu level dibawah kelayakan Lang dan gaji pun tak dela meriah seperti kawan-kawan lain, namun Lang sanggup menerima ...mungkin tersurat inilah rezeki Lang buat ketika ini. Yang penting kerja tu halal!!Dengan orang atasannya nanti adalah member Lang yang sudah kenal agak rapat, bagi Lang itu satu lagi bonus...meskipun segan juga nak menerimanya!!

Pada minggu yang awal ini Lang akan dilatih dengan bekerja mengikut waktu pejabat 9 pagi ke 5 petang yang mungkin perlu sedikit overtime sebelum diserap ke shift ‘kelawar’ malam ke pagi!! Merasalah jadi seperti ‘kelawar’ nanti macam kengkawan Lang yang pernah merasa iaitu Himitsu, Grey dan Kamar ittew!!

Apa yang menarik tentang pekerjaan ini bukanlah soal gaji kerana gaji memang tak meriah...tetapi lokasi yang memang strategik!! Lokasi kilang X adalah sebelah kilang S tempat Lang prektikal dulu .Lang pun dah rindu ngan makcik, kakak dan abang di kilang S ittew....mungkin akan terserempak atau berjumpa nanti!! Kilang X ini yang pastinya tak berada jauh daripada rumah, jadi tak perlu pikir hal rumah sewa atau masalah transport lagi! Tercapai juga impian !!


Cita-cita setinggi Burj Dubai ni..tapi sekarang tercapai tahap menara Alor Star je!!OOpsss!!

Apa-apa pun harap ada satu rahmat dan hikmah dengan bekerja di kilang X itu. Penantian berakhir dan bermulalah satu episod yang baru!! Terima kasih kepada yang menyokong dan memberi semangat kepada Lang selama ini!!Terima kasih juga kepada pembaca yang jelas kehadirannya dan juga pembaca senyap blog ini ....juga kepada yang memberikan Lang beribu cadangan kepada Lang sebelum ini!!Gracias!!Salamat po!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Julai 16, 2007

Saksi sang buaian

Kisah bermula ketika Lang berusia 3 tahun, sebuah buaian yang boleh memuatkan maksimum 6 orang di atasnya dibeli oleh ayah sebagai hadiah untuk beradik kami. Bagai trendsetter bagi kampung tempat kami tinggal ini apabila keluarga kami merupakan keluarga pertama memiliki buaian seperti itu setelah menjadi keluarga pertama yang memiliki TV warna ketika itu! Gara-gara itu, keluarga kami menjadi popular dan menjadi tumpuan setiap kali ada yang ingin menonton TV warna tersebut dan bermain buaian tersebut. Beberapa tahun kemudian barulah ada keluarga lain turut mengikut jejak langkah kami memiliki TV warna dan buaian seperti itu.



Buaian itu adalah lambang zaman kanak-kanak Lang dan adik beradik serta kanak-kanak lain yang turut membesar bersama kami di kawasan itu. Zaman kami ketika itu popular dengan siri kartun seperti Thundercats, Transformers, M.A.S.K, G.I Joe, Ksatria Baja Hitam, Flashman, Maskman, Ultraman Terulung (Ace), Silverhawk, Captain Power, Jem, My Little Pony, Carebears dan banyak lagi. Tidak ketinggalan siri TV seperti drama Jepun; Oshin, Moero Attack, Akan tare, Kyoshi Bin Bin juga Macguyver, Mission Impossible, Airwolf, Knight Rider yang ditayangkan di tiga stesen TV yang terdapat di Malaysia ketika itu.


Buaian atau Glider swing seperti inilah yang menyimpan seribu kenangan bersama!!

Zaman kanak-kanak Lang diisi dengan pelbagai aktiviti yang kalau difikirkan semula ketika ini memang memenatkan. Ketika hari cuti sekolah, Lang akan keluar pada waktu hujung pagi sehingga menjelang maghrib untuk bermain di sekitar kampung. Pelbagai aktiviti dibuat sehingga mendapat amaran kerana sering pulang lewat.... peraturan kanak-kanak waktu maghrib adalah waktu larangan berada di luar rumah.



Kanak-kanak sekampung memang gemar main bersama. Ketika itu terdapat 10 tempat paling popular sebagai kawasan budak-budak main beramai-ramai. Kawasan buaian diperkarangan rumah itu antara 5 tempat paling popular kerana kedudukan yang hampir dengan tanah lapang sebagai tempat bermain roundes, baling tin, bola sepak dan bola jaring. Kawasan rumah jiran sebelah Lang pula popular sebagai tempat bermain guli, lompat jauh, main getah, konda kondi, ketinting, sorok-sorok dan permainan “ibu ayam dikejar musang” kerana kawasan perkarangan yang luas dan permukaan tanah pasir yang rata.



Buaian itu paling popular dengan permainan “bas dan penumpang”. Cara bermainnya ialah dengan melantik seorang menjadi konduktor bas dan seorang lagi menjadi pemandu. Si pemandu dan si konduktor berdiri dihujung buaian itu. Tugas pemandu ialah menggerakkan buaian itu manakala si konduktor menanyakan destinasi penumpang, mengarahkan pemandu juga mengutip ‘duit tambang’. Untuk menjadi penumpang, bukan sahaja harus memikirkan destinasi tujuan sahaja malah perlu menyediakan duit tambang.



Duit tambangnya ialah daun jambu segar yang perlu kami petik daripada pokok jambu yang berdaun lebat beberapa meter dari buaian itu. Bila sudah berada di dalam ‘bas’ itu konduktor akan menentukan berapa lama dalam bas itu mengikut destinasi tujuan dan ‘duit’ yang diberi. Duit daripada daun kering dianggap tidak laku dan boleh diusir dari ‘bas’.



Satu persatu penumpang naik dan turun daripada ‘bas’ itu dan selalunya pasti ada kejutan di akhir permainan yang sepatutnya tiada penghujung itu. Antaranya pemandu dan konduktor nak turun pegi makan (maksudnya dah malas nak bawak bas dah) dan penyudah paling mencuit hati ialah kekejaman pemandu itu ‘memandu’ laju sehingga membuat penumpang terakhir menjerit ketakutan!! Selalunya ketika memandu laju itu, buaian akan digerakkan dengan sekuat yang boleh sehingga terangkat sebelah bahagian buaian itu lalu menyebabkan perasaan gerun kerana takut buaian itu akan terbalik!!



Ketika itulah hilai tawa mengundang bagi penumpang yang sudah pun turun dan memerhatikan drama itu terjadi!! Sejurus selepas itu penumpang itu akan serik dan meminta turun daripada bas lalu permainan itu pun berakhir. Selalunya selpas berakhir permainan bas itu akan menyusul pula permainan yang lain. Namun jika permainan lompat getah, mak-mak atau masak-masak yang menyusul, jawabnya Lang akan angkat kaki dan mencari kawan lain di kawasan lain untuk bermain permainan yang lebih Lang gemari terutama baling tin/selipar atau permainan bina lebuhraya model kereta mini. Kalau tidak ada yang bermain, maka selalunya Lang akan bersama bermain di sungai atau memanjat bumbung sekolah agama!



Buaian itu menjadi tumpuan bagi kanak-kanak yang melalui kawasan itu termasuklah pelakon drama yang terlibat dengan pengambaran dikawasan sekitar itu. Buaian itu menjadi simbol keterbukaan keluarga kami kepada sesiapa sahaja untuk mengunjunginya dan menghidupkan kawasan itu dengan penuh warna.



Kali terakhir sebelum Lang melangkah ke zaman remaja, sempat juga Lang menganjurkan pertandingan kuiz yang melibatkan peserta yang lebih muda di perkarangan buaian itu. Lang menjadi penganjur, juri dan pengacara dalam kuiz itu...bolot semua!! Hadiahnya berupa beberapa barangan kecil yang tak seberapa tapi berjaya menarik pesertanya berjumlah 10 orang dari seluruh pelusuk kampung!! Kuiz pengetahuan am itu diakhiri dengan setiap peserta perlu membuat persembahan. Memang lucu bila difikirkan balik semua itu!!



Setelah masa berlalu dengan bermulanya era permainan video Nintendo dan Sega, kawasan buaian itu sudahpun kurang menjadi tumpuan apatah lagi apabila pagar dibina. Pagar terpaksa dibina di sekeliling kawasan rumah keluarga kami untuk mengelakkan penceroboh yang berleluasa memasuki tanpa kebenaran terutama ketika waktu tengah malam. Apatah lagi kejadian pecah rumah juga terjadi dan kecurian juga sering terjadi.Tak lama kemudian perkarangan buaian itu semakin sempit dengan adanya bangsal yang menempatkan kereta keluarga Lang.Buaian itu semakin lama semakin sepi. Pada masa itu penyakit terperap di dalam rumah mula menular di mana-mana dan budaya bermain di luar rumah semakin lama semakin sukar dilihat. .



Perkarangan buaian itu menjadi saksi zaman kanak-kanak Lang yang penuh cerita. Zaman kanak-kanak kami sekampung ketika itu dihiasi budaya hidup bermasyarakat ; sesuatu yang amat sukar dilihat pada masa kini. Panas terik dan hujan bukan penghalang bagi kami membuat aktiviti di luar rumah dan ada sahaja perkara baru yang dipelajari setiap hari. Setiap ceruk kampung telah kami jelajahi termasuklah dusun, anak sungai, hutan rimba, bukit bukau dan kawasan perkuburan!



Namun kini semuanya sudah menjadi sejarah.... buaian tersebut pun sudah usang dan berkarat sepenuhnya. Kebanyakan sendinya sudah tercabut dan seterusnya menjadikannya kurang stabil dan kurang selamat untuk dihampiri. Buaian itu hanya menanti masa untuk roboh sepenuhnya serta dibuang kerana tiada ada yang boleh dilakukan untuk memulihara keadaannya. Melihatkannya hati menjadi sayu bercampur baur ingatan di masa lampau! Itulah kisah riwayat hidup sebuah buaian!!

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Julai 10, 2007

Si Maniak yang Egois!!

Tadi ( jam 10 pagi, 10/07/07)...Lang baru pulang dari bandar S selepas bermalam disana demi temuduga yang gred B- itu. Lang membawa kereta dengan tenang dan gumbira sekali setelah berjumpa MrF dan selesai keje ditemu ramah itu. Kegembiraan berterusan sehinggalah tiba di satu lampu trafik yang beberapa kilometer sebelum sampai ke rumah.


Bila hampir tiba di lampu isyarat itu, lampu pun bertukar merah... kemudian Lang ambil lorong kanan dan berhenti...disebelah Lang ialah seorang penunggang motosikal berjaket hitam bertubuh besar yang langsung tak tezz dan sebuah lori.


1 minit kemudian, lampu trafik pun bertukar hijau. 3 saat kemudian Lang terus memecut manakala motosikal itu terkial-kial dengan moto buruknya sehingga membuatkan lori itu ternanti-nanti . Pecutan Lang ternyata mengejutkan penunggang motosikal itu yang kemudiannya berasa tidak berpuas hati.


Penunggang motosikal itu mengejar Lang dengan lajunya dan berlegar-legar dibahagian belakang kereta sebelum muncul disebelah tingkap Lang untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya. Lang cuak juga tapi buat muka selamba dan terus melayan lagu “Fatalistik” yang berkumandang. Penunggang motosikal rempit itu masih tak berpuas hati dan sempat menunjukkan isyarat tangan yang bagai menyuruh Lang berhenti atau maksud dirinya yang tak puas hati itu. LAng terus memandu seperti biasa dan tidak melayannya.



Image Hosted by ImageShack.us
kalau kena ko kejar ngan helikopter baru ko rasa!!!

Di satu persimpangan lagi , dia memecut dihadapan dan ingin membelok ke kanan, namun tiba-tiba beliau menukar fikiran apabila melihat Lang hendak mengambil simpang disebelah kiri. Penunggang motosikal itu masih mendahului dan Lang tahu dia memerhati melalui cermin sisinya ke mana Lang hendak tujui.


Tiba di satu persimpangan yang popular dengan U-turn, penunggang motosikal itu tidak teragak-agak membuat pusingan U kerana yakin Lang akan turut membuat perkara yang sama. Sepatutnya memang Lang akan membuat pusingan U, namun jika ambil jalan terus pun boleh juga sampai kat rumah walaupun jaraknya jauh sedikit. Demi memikirkan keselamatan diri daripada maniak yang egois itu, Lang mengambil jalan terus dengan memecut pantas lalu meninggalkan si gila itu!!


Debaran pun hilang dan Lang kembali tenang...tapi teringat pula sikap egois penunggang itu yang rasa tercabar atau tak suka diperlakukan seperti itu. Hmm Lang langsung tak de niat apa-apa pun dengan dia..Lang pun bukannya melanggar atau mencederakan dia!!Lang tidak melakukan apa-apa kesalahan occay!!


Lang berasa lega apabila tiba di jalan ke rumah dengan adanya sekatan Polis yang akan menahan semua penunggang motosikal yang menggunakan jalan itu. Erm.terpikir juga, kalau si gila itu masuk ke jalan yang ada pols itu kan lebih menarik... barulah tahu siapa yang lebih hebat!! tatau la kalau dia dah hafal no plet keta LAng dan rancang apa2 plak....well saya tak bersalah napa harus tak puas hati??

Label:

Blalang*Lalang

Kisah pegi temuduga di Kilang J

Semalam Lang hadapi permulaan hari yang tenang ..semuanya begitu tenang bagai angin lalu..tidak seperti hari menghadapi temuduga seperti yang sebelum-sebelumnya.kali ini Lang lebih tenang, mungkin sebab sudah jemu dengan temuduga. Pagi itu, jam 830, Lang bertolak dari rumah ke bandar S dengan kereta.


Hm..sampai je di bandar S pagi itu perut pula memulas...hmm nampaknya perasaan gusar sudah menampakkan permulaannya dalam diri Lang. Sempatla singgah di stesen minyak yang vogue untuk melepaskan hajat itu.


Tiba di kilang itu, Lang terus mendapatkan pas masuk daripada pak sekuriti yang begitu mesra. Beliau sempat menggambarkan keadaan pejabat HR kepada Lang sebelum menunjukkan petak parkir yang boleh digunakan. Wah...beza sungguh pak gad di kilang ini dengan tempat lama Lang, budi bahasa tinggi meskipun seorang pendatang asing. Di kilang Lang prektikal; kilang S pak gadnya dari golongan sebangsa tapi budi bahasa agak rendah dan penuh lagak menunjuk kuasa!!


Hmm...bagus nampaknya suasana kilang J ini. Setelah parkir kereta, Lang terus tercari-cari pintu ke Pejabat Sumber Manusia (Human Resource) di kilang ini. Oh keliru ku keliru...(wah tetiba feeling Erra) mana pulak la pintu pejabat ini...nampak seperti pintu belakang je semua...balik-balik terjumpa pintu kantin!! Pelik pula pintu di kilang ini tak seperti kilang S dulu, semuanya bermula dengan satu pintu sahaja!!


Lang pun keluar daripada lorong itu dan menuju ke prjabat sekuriti itu untuk bertanya....eh sekali terpandang pula papan tanda pejabat sumber manusia yang terpampang. Lang terus selamba masuk dan bagitau kat akak2 kat pejabat itu tentang tujuan kehadiran Lang. Lang diminta duduk dan menghayati pemandangan dalam ofis yang agak kecil itu. Selama setengah jam bermula waktu yang dijanjikan iaitu jam1015, Lang hanya duduk melangut dan memerhatikan gambar-gambar dan paparan di papan kenyataan. Ada akhbar The Star di atas meja, namun segan pula nak baca dan buat macam rumah sendiri!!




Interview di syarikat Ikea

Lang kemudian menelefon orang yang menyuruh Lang datang temuduga itu, kemudian beliau memaklumkan kepada si penemuduga. Lang tunggu lagi sapai masuk sejam barulah muncul seorang wanita cina memberi borang yang perlu diisi berserta soalan tentang pandangan terhadap diri sendiri!!aiyo...macam mana nak jawab tentang sikap diri sendiri ye??


Lang ternampak seorang pemuda cina keluar dari bilik bersama wanita penemu duga tadi...erm mungkin dia saingan Lang. Nampak tenang, sempat “hai” kepada Lang dan kemudian berlalu dengan langkah yakin. Lang pula mula terketar-ketar. Aiyo penyakit lama datang balik!! Selesai isi borang tu, terus diajak masuk ke bilik meeting untuk ditemu duga, tapi wanita itu nak buat kerjanya dulu!! Jam pun menunjukkan 1120. Aiyo dalam 15 minit kemudian barulah sesi temu duga bermula!!


Soalan –soalan semuanya mengenai diri Lang...erm...meskipun dah blaja teknik-teknik temuduga, Lang tetap tak mampu nak menjawab soalan mengenai diri dengan gred A. Lang memang tak selesa dengan soalan-soalan sebegitu....apatah lagi, wanita itu macam reporter plak pegi tulis balik apa yang Lang sebutkan. Dengan English yang berterabur..erm entahlah ..Lang hilang segala vocabulary masa itu...ntah apa-apa lah bentuk jawapannya!!?? Soalan:Apakah kejayaan terbesar anda?Lang pun jawab...saya anjurkan gathering!! Hahaha matila jawab gitu!! Ntah kenapa tersembur plak menda-menda gathering!! Oops tapi kaver line ler ..tak de yang pec lobs!! Hmm...Lang memang tak pandai nak menipu pasal diri sendiri kot!! Wah..tiba-tiba konsep ‘very the’ jujur!!


Selepas dia tanya Lang...seperti biasala.."do you have any question?"..herm time tu LAng blasah balik tanya dia macam2 soalan ...fuh...hebatnya dia jawab..macam dihujung jari je..yela mungkin sebab dah lama keje situ kot!!sampai dekat 10 minit sesi "Lang tanya dan dia jawab" tu.. then barulah Lang cakap yang Lang dah kehabisan soalan tentang profesion dan kompeni tu!!


Hm... dalam 40 minit barulah tamat sesi temu duga itu..Lang gredkan sebagai B – atau C sajork!! Ergh... lagi 2 minggu jawapan katanya...Lang tak berharap sangat ..apatah lagi dengan prestasu merudum ari tu...mungkin sebab hari itu idea dalam kepala otak tengah kering.... jawapan pun ‘very the’ ntah apa-apa!! Erm..kalau dapat tu dah memang rezeki la..anyway..tak mo la berharap2 ni!!



Label:

Blalang*Lalang

Rabu, Julai 04, 2007

Kejutan.....

Kejutan....

Kejutan....sesuatu yang berlaku diluar dugaan kita, perkara yang tidak pernah kita jangkakan berlaku! Kalau sudah dijangka atau diramal itu bukan kejutan namanya... dan kalau ada reaksi seperti terkejut itu adalah plastik semata-mata.

Ada pelbagai penerimaan terhadap kejutan ini...ada yang suka gembira, ada yang terharu dan tak kurang juga ada yang berduka lara. Kejutan juga berbahaya dan boleh membunuh seperti kejutan terhadap jantung atau kejutan elektrik...itu kejutan juga!!

Kejutan ini ada yang sepenuhnya adalah takdir ilahi yang tak boleh di sangkal dan dibantah. Ada kejutan datangnya daripada perbuatan serta perancangan makhluk lain juga. Kejutan inilah yang menimbulkan pelbagai reaksi balas yang kadangkala mengejutkan kembali pihak yang membuat kejutan tadi.

Kejutan..kejutan...

Kadangkala kita tak sedar perbuatan kita ni menghasilkan kejutan pada pihak lain lalu menghasilkan tindak balas atau menyentuh perasaan orang lain. Bila orang itu bertindak balas, barulah kita sedar. Ini selalunya berlaku kepada orang yang tidak berfikir secara mendalam sebelum membuat sesuatu yang mungkin melibatkan orang lain juga!

Pun begitu, terdapat juga manusia yang suka membuat kejutan. Manusia ini sengaja membuat tindakan untuk mengejutkan orang lain demi sesuatu yang bersarang di fikirannya dan sengaja menanti tindak balas pihak sasarannya. Memang sukar untuk menyedarkan insan seperti ini!!


Kejutan..kejutan...kejutan...

Akhir-akhir ini kerap pula Lang menerima kejutan yang langsung tidak pernah diharapkan akan berlaku...ada yang memang sudah suratan takdir.... ada pula hasil tangan manusia-manusia yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannya kemudian nanti.

Apa pun yang terjadi, terima kasih kepada kejutan yang mengajar erti dan realiti kehidupan!

Label:

Blalang*Lalang

Ahad, Julai 01, 2007

Adakah Fatalistik?

Satu hari yang damai di penghujung 2006, tiba-tiba terdetik rindu di hati Lang hendak bertanyakan khabar seorang kawan yang bernama E yang bekerja di negeri P. E seorang yang bertubuh sederhana dan berwajah cumil telah Lang kenali melalui seorang kenalan lalu menjadikan kami sebagai kawan baik.

E begitu obses dengan jejaka beruniform, lebih dasyat berbanding Lang!!Beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya di Borneo demi bekerja di sebuah bandar di negeri P yang merupakan pengkalan besar bagi satu pasukan beruniform.

Lang suka berkawan dengannya kerana mengganggap dirinya jujur dan senang dengan sikapnya yang suka berkongsi cerita walaupun kadangkala mulutnya agak laser. E juga mempunyai peminat dikalangan wanita!! Pun begitu, E amat anti dengan golongan Ponds dan mereka yang berkelakuan ‘patah’.

Petang itu, tiba-tiba sahaja teringin hendak bertanya khabar melalui telefon yang nombornya telah dimasukkan ke dalam senarai Activ5 Lang ini demi mendapatkan panggilan yang lebih optimum.

Deringan panggilan bermula selepas nombornya di dail...lalu pangilan itu diterima E.

Lang: Assalamualaikum.. hai pekaba ??
E : Khabar baik...ko skarang buat apa? Dah gatal p*** ke tepon aku ni??
~Lang menjadi kaget~
Lang: eh...takdelah...saja je nak bertanyakan khabar
E : Ko punya #@$^% ok?
Lang: Err....
E : Ko ni %^$$#@# kan? Aku tahulah ko tu %$#^@$.....
~ E terus-terusan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut sehingga Lang tak mampu bertahan lagi..lalu....

Lang: okla...ada keje skit ni, saja telefon nak tanya khabar ko saje...take care!!

Lang pun terus mematikan telefon. Terkejut Lang. Tak pernah lagi Lang menelefon seseorang yang dianggap kawan tetapi mengeluarkan perkataan yang sungguh menyakitkan telinga sehingga menusuk ke hati. Kalau setakat laser memang Lang boleh pertimbangkan tapi perkataan carut ni memang Lang sama sekali tak boleh terima! Sebelum ini pernah juga E melaser Lang tetapi tak pernah pula mencarut sehingga begitu. Apa salah Lang sehingga dia berbuat sedemikian?? Mungkinkah dia mengalami masalah jiwa??

Lang pun terus melupakan E...nombornya juga Lang buangkan dari senarai 5 terpenting. Lang meneruskan hidup dengan insan-insan yang benar-benar tahu erti persahabatan.


Kisah E ditelan masa....namun Lang tidak pernah melupakannya serta perbuatannya...

Kemudian baru-baru ini, kenalan rapat E menelefon Lang untuk bertanyakan khabar . Lang pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang E melaluinya.

Menurutnya, E telah pun pulang ke tempat asalnya. E pulang ke negeri asal namun bukan menetap di kampung halamannya.

Pelik pula, apakah beliau sudah bosan mengharapkan jejaka-jejaka beruniform di negeri P itu?? Rupa-rupanya tidak. Beliau kini sudah bergelar ‘ratu’ di negerinya. Malah E tidak segan silu bergambar dengan gaya ‘ratu’nya dan memaparkan kepada umum!!

Berita itu sungguh mengejutkan Lang kerana setahu Lang E memang anti ponds apatah lagi beliau sememangnya ‘keras’ dan agak kasar serta membenci golongan lembut!! Berkali-kali Lang meminta kepastian dan pengesahan daripada si pemanggil itu namun beliau berani bersumpah dan beliau sendiri telah melihat gambar E yang terkini.Lang pun terpaksa menerima berita itu dan berdoa E tidak seperti dikatakan itu.

E sememangnya sudah semulajadi memiliki kecantikan dengan kulitnya yang cerah bersih, wajah yang cumil dan memiliki mata berwarna perang yang cantik. Pun begitu, obsesinya menjadikan E tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya. Lang pernah menegur sikapnya itu namun tidak pernah dihiraukan.


Bila difikirkan kembali sememangnya ada faktor yang membawa E ke dunia barunya itu. E yang obses dengan jejaka uniform pasti mungkin sudah jenuh mengharapkan jejaka-jejaka itu terpikat dengan imej lamanya sebagai budak lelaki, sedangkan abang-abang uniform itu lebih mudah tergoda sekiranya melihat imej wanita yang seksi. Mungkin juga ada kenalannya yang membawa E ke dunia ‘ratu’ itu seterusnya mengubah prinsip E sebelum ini?

Walau apa pun faktor yang mengubah E, Lang pasti sikap Fatalistiklah yang menjadi punca. Orang fatalistik ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginan dan cita-cita dengan apa jua cara. Dukacita juga melihat seseorang itu berubah menjadi lain disebabkan faktor luar yang bukan dari dalam dirinya sendiri. Mungkinkah E telah menemui cara hidup yang beliau mahukan ataupun menemui cara yang lebih mudah untuk memenuhi keinginan nafsunya?

Walau apapun alasannya, inilah antara contoh orang yang sanggup mengubah dirinya demi mendapatkan sesuatu.Perkisahan ini adalah untuk dijadikan peringatan, teladan dan sempadan kepada kita semua agar tidak tunduk kepada kemahuan diri yang membuak sehingga membuatkan kita alpa dan lupa siapa diri kita yang sebenarnya.

Lang tetap menyayangi E sebagai kawan walau apa yang beliau lakukan kerana Lang tahu siapa dirinya sebenar. Beliau yang Lang kenali tidak pernah berhati busuk walaupun bermulut laser dan bersikap sedimikian. Lang doakan E akan kembali ke pangkal jalan satu hari nanti dan bahagia dengan apa jua yang beliau lakukan.

Label: