Adakah Fatalistik?
Satu hari yang damai di penghujung 2006, tiba-tiba terdetik rindu di hati Lang hendak bertanyakan khabar seorang kawan yang bernama E yang bekerja di negeri P. E seorang yang bertubuh sederhana dan berwajah cumil telah Lang kenali melalui seorang kenalan lalu menjadikan kami sebagai kawan baik.E begitu obses dengan jejaka beruniform, lebih dasyat berbanding Lang!!Beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya di Borneo demi bekerja di sebuah bandar di negeri P yang merupakan pengkalan besar bagi satu pasukan beruniform.
Lang suka berkawan dengannya kerana mengganggap dirinya jujur dan senang dengan sikapnya yang suka berkongsi cerita walaupun kadangkala mulutnya agak laser. E juga mempunyai peminat dikalangan wanita!! Pun begitu, E amat anti dengan golongan Ponds dan mereka yang berkelakuan ‘patah’.
Petang itu, tiba-tiba sahaja teringin hendak bertanya khabar melalui telefon yang nombornya telah dimasukkan ke dalam senarai Activ5 Lang ini demi mendapatkan panggilan yang lebih optimum.
Deringan panggilan bermula selepas nombornya di dail...lalu pangilan itu diterima E.
Lang: Assalamualaikum.. hai pekaba ??
E : Khabar baik...ko skarang buat apa? Dah gatal p*** ke tepon aku ni??
~Lang menjadi kaget~
Lang: eh...takdelah...saja je nak bertanyakan khabar
E : Ko punya #@$^% ok?
Lang: Err....
E : Ko ni %^$$#@# kan? Aku tahulah ko tu %$#^@$.....
~ E terus-terusan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut sehingga Lang tak mampu bertahan lagi..lalu....
Lang: okla...ada keje skit ni, saja telefon nak tanya khabar ko saje...take care!!
Lang pun terus mematikan telefon. Terkejut Lang. Tak pernah lagi Lang menelefon seseorang yang dianggap kawan tetapi mengeluarkan perkataan yang sungguh menyakitkan telinga sehingga menusuk ke hati. Kalau setakat laser memang Lang boleh pertimbangkan tapi perkataan carut ni memang Lang sama sekali tak boleh terima! Sebelum ini pernah juga E melaser Lang tetapi tak pernah pula mencarut sehingga begitu. Apa salah Lang sehingga dia berbuat sedemikian?? Mungkinkah dia mengalami masalah jiwa??
Lang pun terus melupakan E...nombornya juga Lang buangkan dari senarai 5 terpenting. Lang meneruskan hidup dengan insan-insan yang benar-benar tahu erti persahabatan.
Kisah E ditelan masa....namun Lang tidak pernah melupakannya serta perbuatannya...
Kemudian baru-baru ini, kenalan rapat E menelefon Lang untuk bertanyakan khabar . Lang pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang E melaluinya.
Menurutnya, E telah pun pulang ke tempat asalnya. E pulang ke negeri asal namun bukan menetap di kampung halamannya.
Pelik pula, apakah beliau sudah bosan mengharapkan jejaka-jejaka beruniform di negeri P itu?? Rupa-rupanya tidak. Beliau kini sudah bergelar ‘ratu’ di negerinya. Malah E tidak segan silu bergambar dengan gaya ‘ratu’nya dan memaparkan kepada umum!!
Berita itu sungguh mengejutkan Lang kerana setahu Lang E memang anti ponds apatah lagi beliau sememangnya ‘keras’ dan agak kasar serta membenci golongan lembut!! Berkali-kali Lang meminta kepastian dan pengesahan daripada si pemanggil itu namun beliau berani bersumpah dan beliau sendiri telah melihat gambar E yang terkini.Lang pun terpaksa menerima berita itu dan berdoa E tidak seperti dikatakan itu.
E sememangnya sudah semulajadi memiliki kecantikan dengan kulitnya yang cerah bersih, wajah yang cumil dan memiliki mata berwarna perang yang cantik. Pun begitu, obsesinya menjadikan E tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya. Lang pernah menegur sikapnya itu namun tidak pernah dihiraukan.
Bila difikirkan kembali sememangnya ada faktor yang membawa E ke dunia barunya itu. E yang obses dengan jejaka uniform pasti mungkin sudah jenuh mengharapkan jejaka-jejaka itu terpikat dengan imej lamanya sebagai budak lelaki, sedangkan abang-abang uniform itu lebih mudah tergoda sekiranya melihat imej wanita yang seksi. Mungkin juga ada kenalannya yang membawa E ke dunia ‘ratu’ itu seterusnya mengubah prinsip E sebelum ini?
Walau apa pun faktor yang mengubah E, Lang pasti sikap Fatalistiklah yang menjadi punca. Orang fatalistik ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginan dan cita-cita dengan apa jua cara. Dukacita juga melihat seseorang itu berubah menjadi lain disebabkan faktor luar yang bukan dari dalam dirinya sendiri. Mungkinkah E telah menemui cara hidup yang beliau mahukan ataupun menemui cara yang lebih mudah untuk memenuhi keinginan nafsunya?
Walau apapun alasannya, inilah antara contoh orang yang sanggup mengubah dirinya demi mendapatkan sesuatu.Perkisahan ini adalah untuk dijadikan peringatan, teladan dan sempadan kepada kita semua agar tidak tunduk kepada kemahuan diri yang membuak sehingga membuatkan kita alpa dan lupa siapa diri kita yang sebenarnya.
Lang tetap menyayangi E sebagai kawan walau apa yang beliau lakukan kerana Lang tahu siapa dirinya sebenar. Beliau yang Lang kenali tidak pernah berhati busuk walaupun bermulut laser dan bersikap sedimikian. Lang doakan E akan kembali ke pangkal jalan satu hari nanti dan bahagia dengan apa jua yang beliau lakukan.
Label: kisah blalang



