* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Mei 28, 2007

Anugerah Seri Lalang Kedua




Kini bersiaran bersama Siaran Lalang Anda dengan acara anugerah post-gathering yang dijuluk (oops) dengan nama Anugerah Seri Lalang edisi kedua. Anugerah ini diadili oleh panel rahsia yang terdiri daripada juri – juri yang dengarnya banyak yang masuk spital gara-gara tak tahan dengan tekanan mental yang mereka hadapi semasa mengadili acara ini!! Apa-apa pun yang terjadi kepada juri-juri yang chantek ittew, majlis penganugerahan berjaya juga dilaksanakan...Kali ini kita bersama pengacara bermulut lancar..Kak Ceramah Ber-rahim dan Abg Swan Elly (abang ke??) dengan bertemakan aiskrim pelangi pilihan hatiku!!?? Oops pec lobs plak!!

Kak Mah: Hai...helo semua....pekaba?? Anda sihat??

Swan Elly: Sihat ler..hakak oi!! Kalau tak sihat macam mana plok??

Kak Mah: Kalau tak sihat tu bawak-bawakla pegi klinik ye...hmm penting tau pegi klinik..dapat cucuk sana ,cucuk sini...

Swan Elly: Wah kau, suker yer cucuk-cucuk ni? Koser tau!!

Kak Mah: Very the kosmetik plastik ko ni!!!

Swan Elly: Eh ko ni, macam tau2 aje anugerah kita yang pertama ni.

Kak Mah : Oh..Anugerah ni pernah dimenangi oleh Himitsu pada edisi yang lalu!! Markah tertinggi tau!! Menang bergaya tu!!!

Swan Elly: oh..Himitsu..I like!!! Tezz !!!!

Kak Mah: Himitsu tu pun suka gak cucuk-cucuk ni!! Sejiwa la kami ni!!!

Swan Elly: sama ke kaedah korang mencucuk tu??

Kak Mah: Ntah..nanti I compare...kita tengoklah dulu pencalonan ni!!!

VT: Calon-calon Anugerah Aksi Plastik Terbaik




~ Aksi Rattar sesat dan ketinggalan ketika di Genting padahal sedang enjoy dengan Shamsul!!!
~ Aksi Himitsu bermuka biasa dan penuh kepoyoan ketika mendapat kek surprise padahal terharu. Himitsu juga berjaya membuat lakonan semula meniup lilin seperti baru pertama kali meniup lilin kek itu!!
~ Aksi TedNet yang tidak tezz pada filem Spidey tapi teruja menontonnya ketika di KLCC!!

Kak Mah: wow..pencalonan nampaknya sengit.....untuk mengetahui keputusan , apakata kita dengarkan daripada para juri ini...

(siaran terus ke bilik yang menempatkan juri)

Juri: Eh..napa tetiba sejiuk ni?? (suara pec lobs). Oops...ehem-ehem (membetulkan nada suara agar berbunyi macho)..

Dengan ini para juri telah memilih ...Himitsu sekali lagi..... (tiba-tiba penonton bersorak sorai) kerana sememangnya mempunyai sifat plastik dalaman yang semula jadi!!!maaf yang lain tu masih bertaraf PVC dan Polisterin!!! Lain kali....cuba lagi!!


Swan Elly: Tahniah kepada pemenang...I sokong noks!!!

Kak Mah: apa ko ni.?Nok..nok...yang menang tu bukan tenuk lah!!

Swan Elly: Pepoyos aje!! Ko ingat ko diva qasidah bertelekung?

Kak Mah: Macam kenal je tagline itu!! Hmm..sudeh!!!...kita ke anugerah seterusnya..Anugerah Aksi Suci Terbaik!!!

Swan Elly: wah...ni pun I like..sebab I ni Sesuci Budi tau!!

Kak Mah: Sesuci Budi?? Suci ker?? ~laaariiii!!!~

VT: Anugerah Aksi Suci Terbaik




~ Aksi kali pertama ketibaan Aries di Pekeliling dan nampak kereta Lang
~ Aksi Aries pertama kali bersua muka dengan Tednet di Stesen LRT
~ Aksi Aries malu menyanyi di pusat karaoke tapi prektis dengan MP3 Player

Swan Elly: Aiyo..ni semua pencalonan bunyi macam orang yang sama jer??

Juri: Diam lah Kak Mah!! Kami plak nak bersuara ni!!erm.. dengan ini, para juri memilih Aries memenanginya setelah tiada lain yang menampilkan aksi suci!! Harap-harap kesucian Aries terjaga!!! Kesucian itu lahir dari hati yang suci murni!! Beware of the dog!! Ooops...sorry tersalah senikata!!

Swan Elly: wow...memang dia kelihatan suci!! I Setuju!!! Sujud!!!!

Kak Mah: Ko ni, cubalah kontrol skit.. kang kontroversi plak!!

Swan Elly: I memang kontrol-versi occay!! Sejibik macam calon-calon ni...!!!

VT: Anugerah Kontrol-versi Terbaik


~ Kisah Rattar-Shamsul yang di‘cover line’ dengan kisah nak gambar Pak Arab
~ Kisah pillowtalk Budi-Cekmi yang mengundang cerita pagi, petang dan senja
~ Kisah keakraban Tednet-Aries yang penuh persoalan di kaunter pertanyaan

Juri: Kami memilih Rattar-Shamsul setelah pening kepala dengan pencalonan yang paling sengit dalam sejarah penganugerahan ini!! Sesungguhnya kisah mereka di Genting Highlands sememangnya penuh kontrolversi sehingga Aries membuat andaian yang pelbagai dan sungguh versatile pada petang itu!! Aiyo...you go girls!!! Eh..girl ke??Ooops!!!

Swan Elly: Ko tengok tu Kak Mah..ada yang lagi kontrol-versi daripada I tau!!

Kak Mah: ye ke?? Nanti I nak scan jap!! Neno..neno...

Swan Elly: ko ni sama plak perangai macam calon-calon ni...!!!Asyik scan sana . scan sini..pasang radar sana pasang antena sini!! Nasib baik tak pasang sesungut!!

VT: Anugerah Aksi Scan Terbaik


~ Grey dengan kameranya.... sekali jumpa terus jadi mamarazi!!
~ Himitsu dengan mata melilau dengan teknik 180 darjah di Puduraya dan KLCC
~ Toolar di pusat boling dan karaoke dengan bunyi bunyian...”ahhh”, “uhhh” & “tezz”

Juri: Ini juga merupakan kategori yang membuatkan ada panel juri yang pengsan setelah mulutnya terkumat kamit menyebut nama Toolar...Toolar..Toolar!!Hambek ko Toolar sapa nak jawab ni??!!!

Kak Mah: Tahniah Toolar....sampai pengsan kau kerjakan!! Tapi saya sokong penuh!!You got my vote!!!

Swan Elly: Ko sokong ker?? kalau sokong haruz ikut macam calon-calon ni!!Barulah boleh jadi penyokong terbaik!!!

VT: Anugerah Aksi Penyokong Terbaik


~ Toolar meneka Ebi sebagai Juara AF dengan penuh yakin walaupun tumpuannya lebih terhadap Farha
~ Alan yang bertaruh Mila sebagai Juara AF kerana mengikut jangkaan ramai dan saja mencabar Toolar
~ Cekmi yang menyebut nama Dafi sebagai Juara setelah bosan mendengar pertaruhan Toolar dan Alan

Juri: Juri dengan mudah memilih Cekmi yang selamba mencelah Toolar dan Alan dan menyebut Dafi sebagai Juara AF 5 dengan bangganya!! Satu aksi yang terbaik setakat ini dan sungguh mengkagetkan !! Dafi seharusnya berbangga dengan Cekmi dan kipas susah mati (die hard fan) nya!!

Swan Elly: Dafi !! Dafi!! Dafi!!!

Kak Mah: oi...ko ni ketinggalan episod ke dok sokong Dafi ni??

Swan Elly: I tak ketinggalan occay...haaa...yang ketinggalan calon-calon ni lah, Deq Non!! Walaupun ketinggalan masih vogue the vast!!!

VT: Anugerah Aksi Ketinggalan Terbaik


~ Rattar dan Shamsul terpisah dengan yang lain di Genting tapi masih happy
~ Grey yang sering tertinggal dibelakang kerana asyik mengambil gambar tapi tidak hirau melainkan bateri kameranya habis!!
~ Budi ditinggalkan dengan selamba oleh Cekmi, Lang dan TedNet ketika ke rumah A-Del dan merayu untuk dikutip semula!!!

Juri: Kami memilih Budi yang ditinggalkan dalam perjalanan ke rumah A-Del kerana berjaya membuatkan CekMi berpeluh-peluh dalam bergegas mendapatkan Budi yang sejiuk dan hatinya sunyi walaupun bersama dengan Himitsu ketika itu.


Swan Elly: Wah...tahniahlaa..hebat sungguh aksi-aksi mereka ni!!

Kak Mah: Memang hebat pun!! Okay, nanti kita bersambung kembali selepas iklan ini!!

Swan Elly: Apa yang bersambung dan apa yang terpisah ni???

Kak Mah: entah!!

Iklan:



--------------------------------------------------------------------------------

Kak Mah: Kembali lagi bersama kami...dalam Anugerah Seri Lalang kedua!! Yo..wazzup wazzup!!

Swan Elly: wah ko...berseri-seri lepas iklan ek? Makan kacip fatimah beli satu percuma 5 batang tu ke??

Kak Mah: hei...diorang ni lagi berseri tau!! Tengoklah calon-calon ni!! Seri ya amat ..walaupun hadir sebagai penyeri!!!

VT: Anugerah Aura Seri Terbaik


~ A-Del riang ketika muncul di pusat karaoke
~ Nan tersenyum ketika hadir di pusat karaoke
~ Budi menjadi budiman ketika berada di rumah A-Del

Juri: Kami mendapat keputusan seri dalam Anugerah Aura Seri Terbaik ni kerana markah A-Del dan Nan sama-sama seri serta merupakan penyeri yang berwajah seri dan suka bersifat Seri Balas walaupun bukan berasal dari Sri Lanka!! Terimalah anugerah seri penyeri ini yang terpaksa dikongsi bersama A-Del dan Nan ini!! Dengarkan lagu Adam yang bertajuk Seri Satu Sama!!


Swan Elly: Lor...tak berseri ke Budi yang merupakan favourite I tu??

Kak Mah: Berseri gak sebab tu tercalon!! Kalau tak berseri kang timbul tenggelam lah!!

Swan Elly: eh..ni bunyi macam nak umum calon untuk anugerah seterusnya je??? Anugerah Timbul Tenggelam ek??

Kak Mah: Yela..Untung Batu Timbul...Untung Sabut Tenggelam!!

Swan Elly: Oi....salah tu!!Yearh Yearh!!! ~ tiba-tiba feeling Bandi Amuk~

VT: Anugerah Timbul Tenggelam Terbaik

~ Shamsul mengusung beg besarnya ketika di Puduraya seperti pelajar terkeluar dari AF
~ Alan dengan baju promosi jualan ketika di rumah A-Del
~ Yanz yang sempat bergelek sekejap di pusat boling sebelum bergerudi di tempat lain!!

Juri: nampaknya kali ni, anugerah ini juga harus diserahkan kepada 2 pemenang yang layak iaitu Yanz dan Alan yang berjaya meyakinkan kami dengan aksi kejap ada kejap tiadanya!! Macam biskut....tapi ada yang berperisa keju dan lasagna kaedahnya!!

Kak Mah: wah selamba je kan ada anugerah macam tu?? Tapi tahniah la yer kak Yanz dan Abg Alan!!!

Swan Elly: Ko ni selamba je tau...ko ingat ko tu muda daripada Kak Yanz dan Alan tu?? Diorang tu masih di alam remaja tau!!!

Kak Mah: Eh selamba ke I ni?? taklah....tapi I rasa calon-calon ni lagi selamba!!!

VT: Anugerah Aksi Selamba Terbaik


~ Tednet mengatakan Lang jahat dengan selambanya tanpa perasaan!!
~ Balingan boling Mr.F yang tanpa teknik dan fokus tapi mendapat strike!!!
~ Grey maintain sikap selamba dan blur walaupun ditinggalkan jauh di belakang!!

Juri: ini juga kategori yang sengit....masing-masing ada sifat selamba yang tersendiri tapi kami memilih Grey yang selamba tanpa kira masa dan suasana!! Grey sememangnya dilahirkan untuk selamba dan blur!! A star is born tonite!!!

Swan Elly: Mr Kelabu menang lagi!!! Kami ni sejiwa tau....macam kita berdua!!

Kak Mah: Ish..Kita berdua?? Seswai ke??

Swan Elly: Aiyo..ko ni manala seswai..ko tu akak-akak..I pun akak-akak..ingat lesbo?? oops pec lobs!!

Kak Mah: manala tau tahun depan leh tercalon dalam kategori ni plak!!!

Swan Elly: kategori apa??

VT: Anugerah Aksi Belangkas Terbaik


~ Shamsul- Rattar
~ Blalang- Mr F
~ TedNet – Aries

Juri: Tidak syak lagi, Blalang-Mr.F patut memenangi kategori ini kerana mereka amat jarang melakukan acara solo ketika berduaan!! Mereka dengan mudahnya kantoi ketika satu acara solo dilakukan secara tiba-tiba lalu mengundang persoalan umum terutamanya Aries!! Tapi calon lain juga berjaya beraksi mantap walaupun masih baru bergandingan...bakal pencabar pada masa akan datang!! Please try later...oops operator tepon mana plak ni??!!

Kak Mah: Hmm...memang macam belangkas!! Kita ni ada rupa belangkas ker??

Swan Elly: Ko ni kaver skit, kang kena penangan tanganku chantek ini!!

Kak Mah: Chantek ke?? Tapi saya rasa tangan calon-calon ni lebih mengerlip tau!!

Swan Elly: Orait...jom kita saksikan!!

VT: Anugerah Hasil Tangan Terbaik


~ Gambar-gambar hasil tangan Grey yang kadang kala bergegar dan blur itu
~ Air Kopi Cekmi yang masih belum dapat dinikmati oleh Lang, Mr F dan Shahriz
~ Masakan Shahriz pada acara BBQ dan juga lontaran power beliau di pusat boling

Juri: nampaknya pesaing dalam kategori ini juga senget-senget tapi Shahriz paling mendapat tumpuan termasuk lontaran bolingnya mendapat kekaguman dan kekagetan Akak Yanz serta masakannya yang membuka selera peserta BBQ malam tu! Tahniah Shahriz...mak dah jangka dah U akan menang!!!Tak sia-sia prektis kan???

Swan Elly: wah...sungguh hebat ye hasil tangan Shahriz!!Kelazzz!!!

Kak Mah: Kau ado?? Kalau Kak Mah tangan ni setakat boleh bawak kereta dengan penuh sopan jela!!

Swan Elly: hebat ke?? Ko kena tengok calon-calon ni memandu occay!!Baru leh jadi sebutan ramai!!!

VT: Anugerah Pemandu Paling Popular


~ pemandu bas ekspres ketika ke Skyway, Genting
~ TedNet yang memandu terkadang ke kiri dan terkadang ke kanan serta berdesup!!
~ Blalang yang memeningkan kepala TedNet dengan melalui jalan berpusing-pusing

Juri: Para Juri memilih TedNet yang memandu dengan mantap ketika mengekori kereta di hadapan serta berasa pening kepala bila mengekori Blalang yang mengikuti jalan sesuka hati. TedNet turut menjadi sebutan Toolar dan yang lain kerana gaya pemanduan yang sukar ditiru, apatah lagi hendak diguna pakai!! Pencabar terdekat, tentulah pemandu bas semasa ke Skyway kerana mendapat kritikan terbuka daripada Shamsul dalam blognya serta keluhan daripada pesrta yang lain!! Blalang pula masih perlu dipertingkatkan prestasi serta perlu gali dan bongkar segala makna ! ~sempat feeling Kak Ogy

Kak Mah: wah...selesai sudah 12 anugerah yang hendak disampaikan kali ini..tak sangka..tak sangka!!!

Swan Elly: Eh ko ni...tak sabar-sabar....ada lagi la!!Ni anugerah juri nak bagi ni...walaupun dapat replika mini saja tapi masih bernilai rupiah tau!!!!

VT: Anugerah Khas Juri : Namamu Jadi Sebutan



1. Afeer
2. Angah
3. Kamarul Izwan
4. Peah
5. Zerd

Juri: Para juri telah memilih nama-nama tersebut hasil intipan kami terhadap bahan bualan setiap peserta gathering kali ini. Paling mendapat sambutan hangat ialah 5 orang tersebut kerana merupakan peserta pada Gathering Awal Tahun lalu namun tidak dapat menghadirkan diri pada Gathering Pertengahan Tahun yang lalu !! Oops kantoi jadi mangsa umpatan!!!!

Kak Mah: Oh...tahniah..ada gak Anugerah Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu!!

Swan Elly: Erk...ko feeling Siti Fairuz ke??

Kak Mah: tak lah...I feeling Amelina..Ahh ..Ahh!!

Swan Elly: Oit tu rindu lain, konsep pun lain!! Takde maknanya!! Occay kita telah pun sampai ke hujung nya!!

Kak Mah: Ke Hujung Dunia??

Swan Elly: eh tu lokasi Shahriz seperti yang tertera dalam profil forum tu!!Oops sempat promot Shahriz!!

Kak Mah: Tau takpe!! okayla...disini saya ingin menyusun jari jemari ermm....jari jemariku sakit semua..kerna bekerja sehari-hari.... (lagu Saloma)

Swan Elly: Aiyai yai!!!makin parah dah pompuan ni!!!sebelum dia jadi lagi parah kita tamatkan je majlis penganugerahan disini!! Harap maaf ye dengan keletah kami ni!! Adios semua!!

Kak Mah: Adios tu Adidas campur Vios ek??

Swan Elly: Erk??? Assalamualaikum semua!!

Kak Mah: Jumpa lagi kat tempat tempat pembuangan sampah!!!

~rupa-rupanya Kak Mah diserang pening lalat yang membuatkan beliau feeling seekor lalat dan terpaksa berehat di rumah sakit jiwa selama seminggu !!!


Tamatlah majlis penganugerahan kali ini yang dipenuhi hadirin yang terdiri daripada kalangan diva-diva, ratu –ratu kebaya , ratu-ratu jamu, ratu-ratu suntik , raja-raja gelek dan putera-puteri harapan bangsa dengan masing-masing berpakaian tema Pelangi !!Tahniah kepada semua para pemenang dan pengacara yang menjayakan acara sehingga sakit jiwa itu!!

Segala kekasaran bahasa harap di ampun ya!!


--------------------------------------------------------------------------------


Sorotan....Ringkasan Pemenang

Aksi Plastik Terbaik:Himitsu
Aksi Suci Terbaik: Aries Kaze
Aksi Kontrolversi Terbaik: Rattar-Shamsul
Aksi Scan Terbaik: Toolar
Aksi Penyokong Terbaik: Cekmi
Aksi Ketinggalan Terbaik: Budi


Timbul Tenggelam Terbaik:Alan &Yanz
Aksi Selamba Terbaik: Grey
Aura Seri Terbaik: A-del & Nan
Aksi Belangkas Terbaik: Lang - Mr F
Hasil Tangan Terbaik: Shahriz
Pemandu Paling Popular: Tednet

Anugerah Khas Juri : Namamu Jadi Sebutan
~ Afeer
~ Angah
~ Kamarul Izwan
~ Peah
~ Zerd



Dengan itu kita saksikan pula apakah ucapan para pemenang dan komen tentang Anugerah Seri Lalang kali ni ....dipersilakan !! (Sila klik pada ruangan respon& komen)

Label: