Catatan Kembara Kedua – 19 Mei 2007
Hari kedua bermula dengan persediaan diri.....kami berjaya juga bangun pagi itu dan bertahan kerana keterujaan untuk ke Genting Highlands yang tebal di sanubari masing-masing. Kami seterusnya bersarapan di Taman Melati disebuah gerai Nasi Lemak yang boleh tahan lemak dan pedasnya! Kami berjanji dengan Tednet dan Shamsul (rakan Himitsu) di Terminal Putra Gombak dan kemudian Rattar pula melahirkan niat yang sama. Kami tiba di Terminal Putra jam 10 dan menunggu Rattar yang tiba 45 minit kemudian. Nasib baiklah jangkaan Lang tepat dengan memilih waktu bertolak jam 11!!Jam 11 kami bertolak dengan kami duduk secara berpasangan. Lang-Mr.F, CekMi- Shahriz, Rattar-Aries, TedNet- Grey, dan Himitsu- Shamsul merupakan gandingan yang cukup serasi lagi penuh kontrol-versi. Pun begitu, perjalanan agak lambat dengan bas memandu amat perlahan ketika di lebuhraya. Akibatnya perjalanan menjadi selama sejam untuk tiba di Hentian Gohtong Jaya. Bas itu sempat ‘menggila’ kerana mengejar masa sehingga terkezut Tednet dan mereka yang terlena!!
Kami tiba di Skyway itu pada jam 12 dan terpegun seketika dengan suara promo yang disiarkan dalam kereta kabel itu. Perkataan ‘sejiuk’ (sejuk) sebutan juruhebah itu menjadi buah mulut dan menambah hilai tawa kami kerana bunyi nada suaranya ala2 Pec Lobs!! Kami kemudian menyaksikan kereta itu menembusi awan di pergunungan...sungguh indah dan ‘sejiuk’ pemandangan yang semakin blur itu!!! Kami akhirnya tiba di Genting Highlands pada jam 12.20 tengah hari.
Sampai di Genting, keadaan pengunjung sederhana sesak, tidak seperti hari cuti yang lain. Mungkin disebabkan waktu tengah bulan atau bahana Konsert Akhir AF yang berlangsung malam itu? Apa pun, hari itu sememangnya waktu paling sesuai untuk kami bersantai. Dengan kurangnya kesesakan itu, dapatlah kami menikmati permainan taman tema luar itu dengan optimum.
Aktiviti kami bermula dengan melihat permainan buaian pusing yang dikagumi Shahriz. Pun begitu, kami menyimpan dulu niat itu untuk bermula dengan Cork Screw Rollercoaster yang selalunya mendapat sambutan ramai. Dalam berjalan ke tempat rollercoaster itu, Grey, Shamsul dan Rattar terpisah gara-gara kawalan yang tidak ketat.
Kami meneruskan perjalanan setelah mereka bagaikan tidak hairan dengan aktiviti kami. Hmm..menaiki CorkScrew RC itu sungguh mengujakan...terasa seperti mahu naik lagi. Namun Shahriz, Cekmi, Himitsu dan TedNet bagai serik pula. Lang kemudian menawarkan permainan SpaceShot (dulu namanya Solero Shot) kepada mereka...namun tiada seorang pun yang mahu termasuk Aries yang pernah menaikinya!! Lang pun pernah naik dulu sebanyak 3 kali sewaktu pergi bersama Toolar!!
Kemudian Lang, MrF, Aries dan Shahriz ke Rollercoaster klasik yang dipanggil Cyclone. Himitsu, Cekmi dan TedNet berpecah dengan kami kerana tidak berminat dengan ride yang laju seperti itu. Mereka ke Pirates Ship, Bot Kayuh dan rumah hantu ala2 tak menjadi yang dipanggil Pirate Train. Kami pula menaiki ride laju termasuk Mine Train iaitu Rollercoaster yang melalui gua sehingga mengkagetkan Shahriz yang takut kepalanya hilang!! Paling mengujakan Shahriz ialah Buaian Spinner yang tidak digemari Aries. Namun Aries mula keluar dari kepompong seganz-nya dengan mula menonjolkan personalitinya yang penuh warna!!
Lang dan MrF membayar ekstra RM 10 untuk menaiki Flying Coaster atau ‘Spiderman’ sebanyak 2 kali! Berbaloi juga kerana memang seronok naik benda alah tu dan yang tukang jaga tiket pun kendo juga!!! Siap panggil abang lagi!!Aiyo..haruzlah keejaaaar!! Oops... lupa diri kejap!!
Kami kemudian berhasrat untuk makan dahulu kerana tenaga bekalan Nasi Lemak itu sudah kehabisan. Dengan perut yang lapar, Lang, MrF, Shahriz dan Aries menunggu mereka yang lain di KFC. Rupa-rupanya Himitsu, Cekmi, TedNet dan Grey menaiki ‘Ulat Bulu’ yang sungguh sopan itu untuk ke situ. Aiyo... mereka terlepas pula stesen Taman Tema Dalam ..sehingga terkantoi dihadapan kami yang sempat melambai. Meskipun sudah 15 minit berlalu di kawasan KFC, monorail Ulat Bulu itu masih boleh kami lihat dengan jelas...aiyo!!! Kami dapat jua berkumpul dan makan tetapi Rattar dan Shamsul pula gagal dihubungi. Hmmm...sungguh kontroversi pabila mereka tak heran dengan kami makan2 di KFC ni!!!
Selesai makan, kami kemudian berjalan-jalan dan bergambar di dalam First World Plaza. Aries pula teringin nak menonton wayang 4D di Motion Master. Kami pun membeli tiket sebanyak 8 keping dengan RM8 setiap satu dan dijadual menonton pada 20 minit kemudian. Dalam masa tambahan itu, sempat juga singgah di kedai cenderahati dan ada yang membeli belah sedikit di sana. Kemudian kami ke tempat wayang 4D itu semula serta kaget sekejap kerana dihiburkan dengan sitkom MrBean yang memberi gambaran yang aneh. Tiba masa, kami menonton filem pendek Prehistoric selama lebih kurang 8 minit. Boleh tahan juga sakit mata selepas menonton filem itu!! Agak menarik efek yang dipaparkan terutama terasa seperti benar-benar lalang melibas kaki!!
Selesai wayang 4D kami menunggu Rattar dan Shamsul di depan Rollercoaster ‘Spiderman’ . Lang dan MrF menaiki buat kali kedua ‘spiderman’ itu dan ketika kami hendak berlepas, abang-abang jurukamera sempat meneriakkan semangat kepada kami!!Ooops kaget lagi!!
Selesai saja feeling Spiderman itu, Rattar dan Shamsul pun tiba di meeting point itu. Mereka hadir dengan gaya kontrol yang sempat dirakam serta gambar kenangan!! Sesungguhnya merekalah buah mulut kami petang itu!!!
Selepas it, kami pun terus bergerak ke permainan terakhir petang itu iaitu Mine Train yang digeruni Shahriz. Cekmi agak gusar, kerana menyangkakan Mine Train itu adalah Rajang Ride yang membasahkan diri itu, namun berjaya juga diyakinkan.Grey dan Rattar juga tidak menaiki permainan itu, cuma Lang, MrF, TedNet, Aries , Cekmi, Himitsu dan Shamsul sahaja yang enjoy!! Seronok betul ride itu, Lang naik sekali lagi kerana geram tak dapat naik Flying Dragon yang cukup Lang gemari itu gara-gara masih dalam maintenance.
Selesai Mine Train, kami berjalan menuju Skyway. Malang pula jalan pintas dikunci pak guard yang tak tezz!! Terpaksa kami turun semula dan menggunakan jalan jauh untuk ke Skyway. Tak pelah..senaman sekali sekala kan?? ~matila kurus masing-masing pasni!~
Kami pun tiba di stesen Skyway pada jam 5.52 petang. Suasana yang dikatakan ‘sesak’ itu menyebabkan kami tak perlu beratur!!! Kami pun terus menaiki kerta kabel untuk perjalanan selama 17 minit itu. Kami tiba di Gohtong dalam 6.10 petang dan sempat melilau-lilau sebelum ke stesen bas. Kami bernasib baik kerana ada bas yang sampai jam 6.30 itu masih banyak kekosongan dan boleh menampung kami untkk pulang ke Terminal Putra. Jam 6.33 kami bertolak dan tiba di LRT Gombak jam 7.17 malam. Laju juga bas ni dipandu!!
Kami kemudian terus memandu ke rumah Cekmi untuk bersiap-siap ke rumah A-Del pula demi menonton AF. Dalam pada itu, tiba-tiba pula Alan muncul untuk menolong Grey menyelesakan urusannya. Selesai bersiap , jam 8.10 malam kami ke Terminal Putra sekali lagi untuk bertemu Budi.
Himitsu kemudian bersama Budi dalam keretanya untuk menuju ke rumah A-Del. Lang menanti kereta Budi dan ternampak kereta Kancil yang melungsur ke depan ke arah kereta Cekmi lalu Cekmi dan TedNet pun terus bertolak. Ooops rupa-rupanya kereta Kancil itu bukan milik Budi! Akibatnya Himitsu dan Budi ketinggalan dan disedari setelah kami hampir tiba di rumah A-Del. Oleh sebab itu, CekMi terpaksa berpatah balik untuk mencari mereka dan kembali ke rumah A-Del.
Lang, Shahriz, TedNet dan MrF menunggu di luar perkarangan apartmen A-Del kehadiran mereka yang lain. Tak lama kemudian Alan dan Grey tiba dan join kami bersantai di tepi jalan. Terasa pelik pula apabila setiap kali kereta yang memasuki simpang pasti menoleh ke arah kami yang bersidai di tepi jalan itu!!
Akhirnya Cekmi tiba bersama Aries, Himitsu dan Budi pada jam 9 malam. Kami terus ke rumah A-Del untuk misi menonton Konsert Akhir AF. Nasib baiklah persembahan pelajar belum dimulakan. Kami juga turut ditemukan dengan kawan-kawan A-Del yang ada di rumahnya juga Nan. Sambil itu, kami dihidangkan dengan makanan yang disediakan A-Del...terima kasih banyak!
Konsert Akhir AF itu kurang menyerlah seperti diharapkan. Hanya Mila paling memuaskan hati , manakala pelajar lain bagaikan hilang arah dan kurang meyakinkan. Pun begitu, lagu terbaru Heliza paling mendapat perhatian kami gara-gara tajuknya “Cinta Di Lautan Lalang” yang bagai dekat dengan tema kepada blog Lang ni!! Ketika lagu itu diumumkan, kengkawan Lang yang berada disitu bersorak nama Lang seolah-olah perlawanan bola sepak pula!! Terima Kasih Loloq kerana berkias seperti berada di lautan lalang yang serupa seperti blog Lang ni!! Hmm ada lagu temalah nampaknya Blog Lang sekarang !!
Dalam pada itu, sempat juga mengumpat Peah (kawan Toolar) bersama Toolar yang mengatakan Peah sedang menonton perlawanan bola sepak. Mengejutkan pula ketika Mamat Khalid memberi komen ada menyebut “Saya menyeru kepada Mak Cik Peah yang menonton bola itu ....” wah...kaget!!!! Toolar nampak teruja sungguh dengan Farha! Toolar bertaruh dengan Alan yang Ebi juara...manakala Alan memilih Mila manakala Cekmi nakkan Dafi sebagai juara ??
Kemenangan Mila itu sememangnya dijangka dan layak serta keputusan boleh dianggap yang terbaik berbanding musim-musim AF yang lalu. Tapi sedih pula dengan Mila yang kehilangan suara tatkala saat gemilangnya sedang menyaksikan nyanyian semula “Persis Mutiara” daripada Mila hancus lebur!! Apa-apa pun...AF 5 masih boleh dibanggakan dengan gelaran Juara Wanita Pertama itu!!
Selesai AF, Lang, Mr F dan Shahriz mengambil keputusan untuk tidur di rumah Toolar. Himitsu, CekMi, Budi, Aries dan Grey tinggal di rumah A-Del manakala TedNet pulang ke rumahnya. Kami tiba di rumah Toolar pada jam 2.20 pagi dan terus melelapkan mata.
Label: kengkawan