Gathering Mei punya plan...
Cadangan....
Jumpa di panggung wayang jam 1 pada hari sabtu...
Jam 2 : Nonton wayang sama2
Waktu pulang : dijangka jam 5 petang.
Harga tiket : RM 11
Ooops ni gathering lain ni..bukan Gathering
JoYwOrLd!! Tapi ini cerita benar ye...bermacam istilah gathering boleh ditafsirkan. Ada yang kata gathering ni haruz la tinggal di pulau terpencil bersama-sama selama beberapa hari!!Aiyooo!!!?? Apa-apa pun istilah...inilah tradisi Gathering
Kelab JoYwOrLd yang Lang sudah sertai sebanyak 7 kali...kami akan gathering dengan melakukan beberapa aktiviti bersama seperti BBQ, sarapan, buka puasa , sahur, jamuan kek dan semuanya makan,makan dan makan lagi!! Aiyo...tapi Lang bukan ler kuat makan occay!! Ini semua permintaan!!! ~pepoyos jer!~
Bukan makan saje..kami ada gak buat aktiviti lain seperti boling, wayang, karaoke dan semestinya berkongsi cerita!! Gathering paling ramai ialah pada bulan Ramadan tahun lepas dengan hampir 20 orang terlibat tapi yang paling meriah dan paling meletops ialah gathering farewell Angah yang lalu...errmmm...walaupun mengucapkan farewell kepada Angah bukannya sesuatu yang manis !! Bagaikan kemuncak...Lang terkenangkan saat gathering itu dan terus wat entri Anugerah Seri Lalang buat kali pertamanya berikutan kejayaan yang manis setelah melalui kepahitan dan masam masin itu!!
Gathering kali ini...nampak slow saja perancangan dan bayangan apa yang akan berlaku namun dengan pengorbanan semua peserta kali ini diharapkan akan lebih meletops dan kehangatannya sudah mula terasa!! Panas...sampai ada yang panas hati dan panas mulut!!oops!! jangan dok hangat no!!! Tenang saja...setenang perancangan gathering kali ini...~mungkin disebabkan penganjur sudah matang dan penuh pengalaman~ Ok inilah perancangan sebenar Gathering Mei 2007....
Jumaat – 18 Mei 2007
Petang : Ketibaan para peserta di stesen-stesen bas Kuala Lumpur dan jemputan ke persada Gathering
Senja: Menjamu Selera dan persediaan diri
Malam: Acara ‘melalak dan meretakkan bangunan’
Tengah Malam: Pulang dan beradu di khayalan
Sabtu – 19 Mei 2007
Subuh: Bangun, solat , persediaan diri dan bersarapan
Pagi: bertolak ke Terminal Putra Gombak dan beli tiket pakej ke Genting Highlands.
Tengah Hari : Meriah di Genting Highlands serta makan di sana
Petang : Naik Skyway dan naik bas di Gohtong Jaya untuk ke Terminal Putra
Senja: Solat, makan dan persediaan diri.
Malam : Acara pilihan *
Ahad - 20 Mei 2007
Pagi: Persediaan diri dan sarapan
Tengah Hari hingga Petang: Acara Pilihan* dan makan tengah hari/petang, menghantar peserta yang perlu berangkat ~sebab AFUNDI tak cukup~
Senja dan Malam: Acara Pilihan*
*Acara Pilihan merupakan pilihan antara Wayang, Boling dan BBQ juga acara bebas lain yang belum mencapai keputusan muktamat. Perbincangan masih terbuka.
Tuan Rumah kali ini ialah Toolar . Blalang pula adalah Setiausaha sahaja. Bendahari masih kekal di tangan Himitsu yang akan nyambut birthday 13 Mei ini!!!Panel Penasihat terdiri daripada Tednet , Shahrizal dan Grey
Ada beberapa ahli baru yang dijangka akan menyertai. 12 peserta sudah mengesahkan penyertaan dan yang masih berteka teki sudah ada 8 orang. Terdapat kelonggaran dalam gathering ini dengan ada peserta yang hanya menyertai sebahagian acara dibeberapa ketika, dilepaskan awal dan juga berkomitmen penuh.
Untuk maklumat lanjut sila ke forum JoYwOrLd atau kontek Bendahari, Panel Penasihat atau Tuan Rumah Gathering JoYwOrLd kali ini!! Pastikan Gathering Kelab JoYwOrLd kali ini mantap !!!
P/s: kalau nak kontek Blalang susah skit...sorry la HP problem...asyik off sajork!!! kena melekat ngan charger jer....HP plak jenis payah nak cari ganti baterinya!kalau SMS pun kreditku dah kehabisan!! sorry bebanyak!!!
Label: kengkawan