Ulasan Konsert AF kelapan & Number 23.
Sabtu lau berlangsung konsert kelapan...dari skrin kedai makan sahaj..Lang saksikan. Kali ini dimulakan ngan boria. Aiyo...kelam kabut plak tengok gerakan budak-budak AF ni nyanyi boria. Tapi yang menarik ialah bila diorang sebut balik Tagline budak2 yang terkeluar macam “Peace Mmuah”, “Sik Cayak Kah?”, “ada Staillah”... best plak! Ok persembahan permulaan dari Dafi...Dafi-It’s Gonna Be Me
Aiyo...apa dah jadi ngan Dafi ni?? Persembahan vokalnya paling mengecewakan! Tariannya pula semakin kurang impak hingga ke akhir persembahan! Nampak penat dan memenatkan!! Lagu yang sepatutnya mudah buat Dafi menjadi terlalu menyeksakan pula!!

~ooh PalmOlive!!
Pengkritik: 0 Lampu Biru
Blalang : Lampu Merah!!!OUT!!!
Mila – Ku takkan Bersuara
Mila memulakan persembahan dengan sedikit kerisauan. Di permulaan lagu nampak seperti vokal Mila tidak di warm up dulu sehingga berlaku ‘pecah’ suara dipertengahan lagu. Pun begitu selepas bridge, Mila mengumpulkan seluruh tenaganya bagai ingin membuktikan sesuatu sehingga persembahan vokalnya menjadi maksimum!!

~tak bersuara..just jerit2 jerrr!
Pengkritik : 4 Lampu Biru
Blalang : 4 Lampu Hijau!!
Ebi- Kisah & Teladan

~Tak guna di rayu..I nak Rizal jer la !!
Ebi sudah kembali! Vokal sekssi Ebi menyerlah kembali namun kawalan mikrofon agak lemah dan kadangkala menenggelamkan muzik!! Namun begitu, ada beberapa pergerakan Ebi yang tidak syncronize dan merimaskan!!
Pengkritik : 2 Lampu Biru
Blalang : 2 Lampu Hijau!!
Candy – Perhaps Perhaps Perhaps
Persembahan Candy dihiasi pelakon-pelakon kabaret yang sesuai gitu. Pun begitu, Candy tak pula keluarkan gedixnya seperti minggu-minggu lalu dengan lagu ini...pelik?? Kurang seksi vokal dan Candy hanya menyanyi semata-mata!!

~Ratu Bulu Hayam~
Pengkritik: 4 Lampu Biru
Blalang: 3 Lampu Hijau
Shawal- Kau Segalanya
Lagu ini sepatutnya memberi impak yang hebat kepada persembahan Shawal. Namun Shawal tidak berapa menyerlah pula!! Keraguan terhadap bait-bait awal terbawa-bawa sehingga ke pertengahan lagu. Pun begitu masih ada point yang menarik dalam persembahannya terutama selepas bridge lagu tersebut.

~Nonilah segalanya!!
Pengkritik : 1 Lampu Biru
Blalang : 2 Lampu Biru
Heliza – Kesal
Heliza muncul dengan kain sebegitu...sikitlagi kalau ubahsuai penampilannya dah boleh jadi pontianak biru!!Heliza mengejutkan kerana bermula dengan nada suara dan ton yang jauh beza dari sebelum ini....langsung tiada bunyi CT!!! Terdapat beberapa bahagian hela nafas Heliza teramat jelas dan merosakkan sedikit persembahan vokalnya. Pun begitu, lepas geram Heliza berjaya memupuk keyakinannya untuk melontarkan vokal yang mengkagetkan!!Satu persembahan yang meyakinkan!!

~Yeargh...yeargh.....feeling Bendi Nyamuk ni!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang: 4 Hijau!!
Aswad- Korban Cinta

~mengalir dalam diriku..srupa dengan dirimu...
Aiyo tajuk lagu ni very the Z.Z punya...tapi rupa-rupanya lagu Aris Ariwatan! Aswad menonjolkan vokal yang sama seperti videoklip bersama kumpulan rocknya masa minggu pertama (masa Aswad kena campak). Nampaknya Aswad dah mula mendapat keselesaan untuk beraksi dipentas dan keyakinan untuk melontarkan vokalnya dengan lebih baik. Dia juga sudah mengerti apa itu ‘sumbang’. Tidaklah terlalu hebat persembahan Aswad tetapi kebolehan membawa lagu yang dikatakan sukar ini adalah boleh dipuji!
Pengkritik : 4 Lampu Biru
Blalang : 3 Lampu Hijau
Pilihan Blalang Lalang
1. Heliza – Kesal : 4 Hijau
2. Mila – Ku Takkan Bersuara : 4 Hijau
3. Candy – Perhaps Perhaps Perhaps : 3 Hijau
4. Aswad – Korban Cinta : 3 Hijau
5. Shawal – Kau Segalanya : 2 Hijau
6. Ebi – Kisah & Teladan : 2 Hijau
7. Dafi – It’s Gonna Be Me : Merah!!
Lagu Tugasan Minggu 9
Ebi - Bukan Diriku (Samsons)
Shawal - Copacabana (Barry Manilow)
Mila - Pudar (Rossa)
Candy - Cahaya Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
Aswad - Langit Biru (Mawi)
Heliza - Ya Atau Tidak (Erra Fazira)
Heliza/Aswad - Joget Cinta Sakti (Rosma feat Haziq)
Ebi/Mila - My Heart (Irwansyah/Acha)
Candy/Shawal - Menari Denganku (Sarah feat Zahid)
Lagu Bonus
Let's Dance Together – Melly feat BBB
Falsafah Cinta – Jamal feat Ning
~~~~~~~
Ahad lepas, ingat nak ler pi tontonm Spiderman 3..hmm aiyo orang punyala ramai!!Lalu Lang decided untuk tonton The Number 23, Lakonan Jim Carrey. Biasalah cerita ni poster ala2 creepy..ingatkan citer seram ke hapa, rupa2nya filem suspen-misteri sajork!!

~aiyo..ni 23 lain ni!!
Taklah suspen sangat...tapi misteri-misteri ni best gak dan metafora no.23 yang malang itu menarik juga. Ingatkan nak tonjolkan nombor itu membawa malang kepada peristiwa yang lebih meluas, rupa-rupanya bermain-main disekitar karektor saje!! Boleh tahan ler filem ni...Jim berlakon serius plak...tapi ada gak selit beberapa lawak bahasa bukan slapstik seperti kebiasaan Jim yang sekadar dicelah gigi saja!! 2 bintang saje!!
Ok..jumpe lagi dalam edisi akan datang...di sini LAng nak minta maaf le salah silap bahasa kat kengkawan ek...sori tak dapat balas SMS..kredit ku tamat tempoh semuanya!!Sorry Uols!!
Label: variasi