Konsert AF 5 yang ketujuh
Konsert AF 5 yang ketujuh ini dimulakan dengan nyanyian beramai-ramai lagu Joget Pahang. Nampaknya pelajar wanita yang tinggal bertiga ini lebih banyak nyanyi berbanding pelajar lelaki! Ok juga tema joget irama Malaysia ni. Macam citrawarna plak!!Kak Ani& Diddy pun ada!
Oops ada tema lain rupanya...tema kali ini sebenarnya ialah Air & Angin!! Kak Ogy sebok ngan air lagunya, sedangkan pelajar plak dengan angin prott -prott!! ~aiyo dah macam Shahrizal prott2 plak!!
Heliza- Lagu Rindu Merindu
Kali ni Heliza menyanyi dengan lebih baik berbanding minggu sebelumnya. Gaya dengan penuh perasaan Heliza masih boleh dipuji. Heliza harus lebih ‘berani’ lagi mengeluarkan suaranya sepenuh jiwa walaupun mungkin prinsip dirinya yang menjadi penghalang. 1 biru dari pengkritik...Lang bagi 2 Hijau!
Shawal – Joget Kaki Lima

Ni joget kat kaki lima mana ni?
Persembahan Shawal terkawal dan sederhana. Namun begitu masih mempunyai keyakinan pada riak wajahnya. Suatu persembahan yang okay sahaja dan mendapat 2 biru dari pengkritik. Lang bagi 2 Hijau juga.
Ebi – Berdendang dalam Tangisan

ngapain pakaian macam lari konsep aje??
Persembahan Ebi sedikit menghampakan. Inilah akibat menetapkan standard terbaik terlalu awal. Akibatnya, Ebi kelihatan merosot. Tiada lampu Biru...Lang plak bagi satu Hijau sahaja!
Aswad – Penyu Menangis

Peminat Aswad yg nangis rupanya!!
Tidak sia-sia Cikgu Shafi mengamuk dan bagi kritikan pedas kepada Aswad! Hasilnya lontaran suara Aswad lebih baik dan nada sumbang juga hampir tiada. Emosi yang ditonjolkan diakhir lagu kesampaian pada Lang. Pengkritik memberi 2 Biru...Lang bagi 4 Hijau!!
Dafi- Joget Angan Tak Sudah
Dafi semakin yakin melontarkan suaranya yang tersimpan selama ini. Pun begitu masih belum memuaskan lagi tahap pencapaiannya. Satu pujian kerana berjaya menghidupkan lagu ini walaupun merupakan lagu yang sukar dinyanyikan. Pengkritik beri 3 Biru, Lang bagi 3 Hijau!!
Candy- Tari Silat Melayu
Candy membawakan lagu ini seperti biasa dan nampaknya nasihat Cikgu Shafi tidak digunakan sepenuhnya. Nafas Candy yang agak pendek jelas kedengaran. Pengkritik silap nampaknya memberikan Biru awal-awal kerana selepas mendapat Biru, Candy terus tiada fokus dan tidak memberi sepenuh jiwa lagi terhadap nyanyiannya sehingga ke akhir lagu. Walaupun mendapat 4 Biru...Lang bagi 1 Hijau sahaja!!
Mila- Dondang Dendang
Mila sedikit menurun minggu ini. Nampak Mila agak terkejar-kejar dalam lagu ini selain tiada improvisasi yang dibuat seperti yang diharapkan. Mendapat 2 Biru ..Lang bagi 3 Hijau okay!
Aizat- Ada
pengundi sudah membuat keputusan!!
Budak Gegar ini menyanyi dengan penuh yakin sekali... sehingga mendapat 4 Biru sekali lagi. Tapi sudah terlambat..pengundi sudah membuat keputusan!! RED Light!!
Segmen Ayah & Ibu sememangnya menyentuh perasaan. Ramai yang menangis nampaknya termasuk pengkritik, tenaga pengajar AF, penonton di dewan,di Astro Ria & @ 15...semuanya gara-gara disaat pelajar lain memeluk rindu ibubapa mereka sedangkan Aswad tinggal keseorangan melihat keriangan mereka kerana ibubapanya sudah pulang ke rahmatullah. Ibu Lang pun turut menangis..Lang plak tabahkan hati je tonton drama realiti itu...nampaknya Aswad selepas ini makin tinggilah undinya!!
Seterusnya nyanyian koir lagu Joget Sireh Pinang Muda. Aiyo..dalam koir tak semestinya nyanyi dengan badan tegak je macam nyanyi lagu kebangsaan!! ~konfesi seorang bekas penyanyi koir occay!~ ok la lontaran vokal mereka..tapi aksi angkat kaki tu macam kurengz & biadap skit ngan penonton kat bawah tu!!
Pilihan Blalang Lalang
4 Hijau – Aswad
3 Hijau – Mila, Dafi
2 Hijau – Heliza, Shawal
1 Hijau – Candy, Ebi
Merah – Aizat (sebab terkeluar!)
Undian (Selepas konsert)
Aswad = 31%
Candy = 15 %
Shawal = 13 %
Ebi = 13 %
Mila = 10 %
Dafi =10 %
Heliza= 9 %
Label: variasi








