Ulasan konsert ke4 AF 5
Sabtu lalu berlangsung konsert keempat AF musim 5 ni. Konsert kali ini berjaya mengembalikan kepercayaan penonton setelah aksi hambar pada konsert ke3 yang dianggap hancur dalam sejarah AF. Melihatkan konsert kali inim, beberapa orang pelajar sudah mula menonjolkan kebolehan dan prestasi sebenar mereka!!Fatin- Joget Gila Bayang (4/10)
Suara Fatin untuk lagu ini kurang bertenaga. Vokalnya memang terkawal tetapi tiada attitude yang Fatin tonjolkan!! Vokal juga tiada versatiliti!! Tak de stail lah!!
Shawal – Izinku Pergi (5/10)
Tone Shawal dikawal baik sewaktu pembukaan pun begitu lagu ini disampaikan begitu mendatar. Shawal tidak punyai vokal R&B , sebaliknya terarah kepada Pop. Agak membosankan persembahan Shawal kali ini. Lagu Kaer ini tidaklah mencabar pun!!
Candy- Setiaku Korbankan (5/10)
Candy bukanlah peserta kegemaran Lang. Candy harus buang sikap Diva yang merasuk dirinya sejak minggu kedua. Candy cuba menjadikan lagu ini miliknya, namun percubaannya tidak berjaya kerana yang terdengar hanyalah jeritan tanpa perasaan! Memang membingitkan telinga!! Ada pula yang nak menyamakan Candy dan Farah AF2? Bagi Lang Farah lebih bijak menjiwai lagu berbanding Candy.
Farha- As Long As You Love Me (3/10)
Secara peribadi lagu BSB ini paling tidak digemari Lang.Tidak hairanlah lagu ni termasuk dalam MTV’s Most Awesomely Bad Love Song Ever. Farha menjadikan lagu ini semakin membosankan. Lontaran suara tidak jelas dan persembahan kurang meyakinkan. Nampaknya tips Farha kepada Rizal membawa bencana kepada dirinya sendiri!!
Aswad- Hakikat Sebuah Cinta (6/10)
Lagu ini sedikit mendatar apabila dinyanyikan oleh Aswad. Persembahan Aswad agak membosankan dan tiada tingkah yang berkesan. Pun begitu, ini lebih baik daripada Hijau Bumi Tuhan pada minggu lepas. Ada sedikit peningkatan dari segi kawalan ton suara.
Mila- Benci tapi Rindu (9/10)
Wah!! Terkezut mendengar lontaran vokal sepenuh daya daripada Mila ini. Malangnya Mila tidak mempunyai penyokong yang ramai di dalam dewan sedangkan Mila haruz menerima Standing Ovation kerana usaha kerasnya ini!! Mila berjaya meresapkan elemen R&B dalam lagu ini dan pastinya menjadi antara persembahan paling memikat di AF kali ini!! Peliknya ramai meletakkan Mila di bawah persembahan Aizat yang mungkin lebih kerana meriah semata-mata!!
Heliza- Torn (6/10)
Heliza berusaha keras untuk lagu ini, malangnya lagu ini bukanlah lagu yang sesuai dengan julat suaranya. Nada rendah Heliza belum cukup untuk lagu ini! Pun begitu kasihan juga pelajar AF ni terikat dengan Minus One kurang berkualiti dan tidak fleksibel dengan vokal mereka! Heliza juga kurang berinteraksi dengan pemain gitar Slam itu. Memang satu lagu yang sukar...Heliza kurang bereh ni!!
Rizal- Di Ambang Sore (4/10)
Rizal mencuba lenggok melalui latihannya yang berulang kali. Pun begitu dalam konsert kurang nampak keberkesanannya. Satu lagu yang sukar juga. Rizal belum membuktikan apa-apa melalui vokalnya. Outfit ala nerdy adakala melucukan. Pun begitu mood Rizal masih boleh dipuji. Rizal belum terselamat sekiranya masih belum bersinar di konsert yang akan datang!
Aizat- La Camisa Negra (8/10)
Aizat bertuah kerana diiringi Orkestra Tentera Darat, kalau tak mungkin persembahannya agak kurang berkesan disebabkan minus one yang kurang berkualiti itu. Aizat mengah di pertengahan persembahan ketika penonton sudah menyukai persembahannya. Bagi Lang persembahan vokal Aizat hanya mantap dari segi lontaran (projection) namun tiada versatiliti dan warna vokal. Pun begitu ini adalah persembahan terbaik Aizat setakat ini. Tarian seksi ?? oops tak perlu!!
Dekna- Salam Untuk Kekasih (7/10)
Dekna mula menunjukkan kebolehan vokalnya namun tidak konsisten. Flat dan sumbang di permulaan lagu. Banyak out of pitch dan Dekna ada masalah attitude. Dekna tak haruz berlagak seperti tahu segalanya dengan memek muka yang seperti Diva. Slot Nek Nak nampaknya kurang berkesan di hati penonton seperti Lang ni!!
Dafi- Zikir Kasih (3/10)
OOhh ..hancus!! Tarian Dafi juga agak janggal dan tiada ciri-ciri kemelayuan malah seperti diajuk-ajuk!! Peliknya ada yang boleh terima versi lagu tiada jiwa dari Dafi ini!! Mungkin dalam hati pemilik lagu ini agak tersentuh apatah lagi elemen Qasidah yang menjadi teras lagu ini di buang terus!! Vokal Dafi sangat lemah, tidak bertenaga, tiada dinamik selain lenggoknya kurang menjadi!! Dafi juga bagai memberitahu bahawa dirinya terhad kepada lagu-lagu ringan yang komersial dan bukan mempunyai kehalusan seni seperti Zikir Kasih ini!! Komersial kan Daffy Duck??
Noni- Pastikan (2/10)
Vokal Noni tidak terkawal sejak dari mula. Nampak Noni macam takde tenaga. Banyak out of pitch. Pun begitu ada effort untuk mengelakkan dari berbunyi seperti CT. Lagu ini juga bukan dalam julat vokal Noni yang lebih kuat kepada low dan middle low notes. Banyak sumbang dan menggerunkan para pendengarnya!!
Ebi- Kasihnya Laila (10/10)
Ebi adalah salah satu peserta kegemaran Lang sejak mula. Nasibnya diramalkan sesetengah pihak seperti Zahid AF2. Ebi berjaya membawakan lagu ini dengan versinya yang boleh diterima baik. Showmanship Ebi juga mantap., nampak keyakinan Ebi semakin terserlah!! Melihat Ebi melompat..macam lebih kurang sama aksi Faizal AF 4 dulu melompat ke bawah pentas!! Pun begitu agak kecewa dengan makeover yang diharapkan boleh mengemaskan lagi rambutnya bukan sekadar menempekkan gel semata-mata! Ebi adalah satu-satunya peserta yang mempunyai graf persembahan yang terbaik setakat ini!!
Ranking pilihan Blalang Lalang untuk konsert keempat
1.Ebi –Kasihnya Laila (10/10)
2.Mila- Benci Tapi Rindu (9/10)
3.Aizat- La Camisa Negra
4.Dekna- Salam Untuk Kekasih
5.Heliza-Torn
6.Aswad-Hakikat Sebuah Cinta
7.Candy- Setiaku Korbankan
8.Shawal – Izinkanku Pergi
9.Rizal – Di Ambang Sore
10.Dafi- Zikir KAsih
11.Fatin- Joget Gila Bayang
12.Farha- As Long As You Love Me
13.Noni - Pastikan
Label: variasi












