kisah si anak - anak ikan peliharaan
Alkisahnya...bukan mengenai anak ikan yang diluar permukaan air..tapi ni kisah anak -anak ikan dalam akuarium di rumah! Di dalam kotak kaca itu...terkandung 8 ekor ikan emas dan seekor ikan pengelap cermin (Plecostomus) atau dipanggil ‘ikan bandaraya’.Ikan-ikan emas ni separuh daripadanya dibela sejak kecil sehinga saiznya sebesar telapak tangan, separuh lagi masih baru lagi dibeli. Ikan-ikan ini adalah kesayangan ibu, Lang pun suka gak sebab setiap kali menghadap PC di rumah, mesti jeling2 juga ke arah ikan-ikan ni...terasa sejuk kejap mata memandang.
~ikan ni tengah bergossip ni!~
Ikan bandaraya ni juga dibela sejak kecil...saiznya pula setanding ikan-ikan emas yang besar itu. Ikan bandaraya ini memang agresif, kalau bagi makanan dialah yang akan telan awal-awal dulu!! Bila dah besar, hasil buangan ikan-ikan lain tak dihiraunya kerana dia dah menjadikan makanan ikan emas tu sebagai makanan ruji!!
Dulu akuarium ini dipenuhi ikan-ikan gapi, tapi lama kelamaan ikan gapi ni semakin berkurangan dan akhirnya pupus terus dalam akuarium ini akibat pergaduhan sesama jenis. Bila mati je ikan gapi ni, terus badannya dirobekkan oleh warga akuarium ini sebagai makanan. HAsilnya, tinggal rangka jelah beberapa ketika. Hmm ganas sungguh!!
~tinggal kenangan sajork!!~
Dibawah aquarium ini ada pula balang berisi ikan puyu. Ikan ni pun ganas juga sebab selalu melompat tak tentu pasal. Pernah seekor melompat keluar di waktu malam..sedar2 je pagi-pagi dah bersemut di atas lantai!! Ekoran itu, penutup diletakkan di atas balang sebagai langkah berjaga-jaga.
puyu yg cumil!!!!
Di suatu pagi, tiba-tiba terdengar keluhan ibu...”ala...abis semua!!”.Ikan emas peliharaan berjumlah 8 ekor itu semuanya terapung-apung dipermukaan....tinggal seekor je ikan...oooh tinggal ikan bandaraya itu saje!!?? Pelbagai telahan dibuat, antaranya ikan-ikan itu keracunan makanan....ikan2 itu terkena ilmu hitam ( mengikut cerita orang-orang dulu, ikan peliharaan melindungi tuannya daripada sihir) takpun ikan-ikan itu mati kelemasan.
Namun semua teori itu Lang tolak dan menuduh ikan bandaraya itulah puncanya!! Masakan keracunan sedangkan ikan bandaraya itu pelahap makanan ika dan kalau terkena sihir mestilah ikan puyu pun mati juga!! Paling menguatkan bukti ialah ikan bandaraya itu sudah mempunyai sengat kerana sudah dewasa dan juga berkelakuan ganas!!
Akibat insiden itu, Lang diperintahkan untuk mencuci akuarium itu dengan sebersih bersihnya. Setalah itu Lang ke sungai untuk melepaskan ikan bandaraya itu. Ganas betul ikan pelahap tu, menggedik-gedik dia dalam baldi!!
~ikan bandaraya dewasa yang ganas...dah la x tezz!!~
Sampai di jambatan, Lang terus menyimbah keluar air di dalam baldi...”gedebushhh!!!” ikan ganas itu terjunam terus ke dalam sungai dan terus dia memecut laju dan menghilang di aliran air deras. Puas juga melihat ikan itu akhirnya bebas dan hidup berdikari setelah tidak sesuai lagi dengan persekitaran kotak kaca yang sempit itu.
Beberapa hari kemudian, akuarium ini kembali dipenuhi dengan ikan emas dan juga ikan bandaraya baru yang masih kecil ..ermmm tunggu jelah apa yang akan terjadi kepada ikan-ikan ini...harap-harap ada juga spesis betina...untung-untung bolehla ia bertelur dan lahir pula anak-anak ikan yang comel!!!!

tema: ikan baru...harapan baru
Label: kisah blalang







