* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, Mac 08, 2007

apa cerita ni??

Makluman ; zaman prektikal Lang akan tamat seminggu lagi…. Macam2 cerita berlaku kat kilang ni. Teman prektikal pun bertukar ganti. Kini, budak yang sama department prektikal ni ada 2 orang perempuan yang lebih muda daripada Lang. Jadilah mereka sebagai kawan baik Lang kat situ dan selalu lah kitorang ni ke mana-mana tempat dalam kilang bersama (except toilet occay) .

Alkisahnya sorang daripada mereka ni, dipanggil “N”; berkenal2 dan mula berjinak-jinak dalam percintaan dengan budak prektikal di department lain. Budak department lain tu kita gelarkan “R”. R ni sememangnya sorang yang berpenampilan menarik, nice body shape dan mempunyai renungan yang seksi...teruja juga first time tengok!!

N dengan R selalu date selepas waktu kerja. Di waktu kerja pula, N lebih selalu bersama dengan Lang dan beberapa orang budak prektikel di department yang berdekatan pada waktu rehat.

Apa yang nak diceritakan disini ialah perasaan R itu terhadap Lang! Pada mulanya Lang perasan jelingannya agak tajam dan sinikal terhadap Lang dan macam ada sesuatu terbuku dihatinya!!Lang tidak melayan jelingan itu..kontrol str8 apa lagi kan?

Di suatu hari N ni menceritakan sendiri tentang R yang sebenarnya jeles dengan Lang yang rapat ngan N itu. N menunjukkan SMS yang R hantar kepadanya menyatakan dia tidak senang dengan Lang ketika bersama N. N yang berwatak ceria mula mencebik masam melihatkan SMS itu dan bertanyakan pandangan Lang!! Ketika itu kaget sebentar Lang dengan sikap R yang baru mula nak bercinta dengan N itu!!apalah salah Lang???

Lang berniat kawan sahaja dengan N kerana suka berkawan dengan pompuan yang ceria dan tidak perasan cantik sepertinya! Setiap kali N bersama Lang dan R ternampak kami, ketika itulah HP N ni menerima SMS mengatakan N ni seorang yang gatal!!! Agak mendukacitakan buat Lang …nak je cakap kat R tu, “She’s not my taste okay!!” (haruzla pec lobs kat situ!!)

Lang terpaksalah control skit gurauan dan komunikasi dengan N tu supaya R akan faham bahawa kami ni kawan biasa saja selepas mengetahui perkara itu. Pun begitu R masih lagi cemburu walaupun kadangkala Lang duduk selang 2 orang daripada N. Pelik kan??

Ada beberapa ketika Lang terserempak dengan R di tengah jalan dan dia terus menjeling tajam terhadap Lang dan ketika itu bagai rasa semacam je kat dalam diri…yelah tak rocklah beb!!(pinjam konsep akak Yanz kejap)….. Lang ni tak suka nak cari pasal ngan orang…tapi ada je orang nak cari pasal ngan diri Lang ni!!! Peliknya!!!

Dah lebih sebulan R dan N bercinta dan tempoh yang sama juga jelesnya terhadap Lang tidak pernah pudar. Nak je bersemuka ngan R tu..tapi rasanya buang tenaga je sebab dah memang sikapnya begitu bak kata N!!

Lang layan aje drama yang berlaku … takpelah dah nak abis pun waktu bergelek sakan kat kilang ni!!!

~gambo Collin Farrel tengah kaver str8..eh pec lobs ler..!!!~

Tapi kan….drama ni macam berulang ulang terjadi kat Lang!!…teringat di zaman kolej. Lang ada bestfriend pompuan.yang juga berperangai ceria dan suka membantu Lang. Ketika dia mula berjinak-jinak dengan seorang jejaka pilihannya, Lang dan pompuan ni dah 5 tahun menjadi kawan baik ketika itu..dan macam2 cerita pernah kami kongsikan bersama. Jejaka pilihannya seorang yang cute juga.

Satu ketika Lang dapat rasakan perbezaan ketara dengan kawan pompuan Lang ni. Dia bagaikan sengaja menjauhkan diri dengan Lang dan tidak pula obvious sikap itu dengan kawan lelaki lain. Terasa amat sedih ketika itu…tertanya-tanya…apakah salah Lang?? Mungkinkah kerana sikap Lang yang suka sangat mengadu nasib terhadapnya ketika itu!!??

Lang pun terus bersemuka dengan besfren Lang itu untuk mengetahui perkara yang sedang berlaku pada hubungan kami. Ternyata tekaan Lang silap!! Siapa sangka kekasih kawan baik Lang itu rupa-rupanya amat jeles dengan kehadiran Lang malah memberi amaran kepada besfren Lang itu supaya memilih antara 2!! Pengakuan kawan baik Lang itu membuatkan Lang terkedu….nak je cakap “ ko ni bukan taste aku tau!!” geram sangat dengan sikap pakwe budak sorang ni!!

Kawan baik Lang itu juga mengatakan pakwenya pernah berkata “Dalam ramai2 kawan U ni …I paling cemburu dengan dia (Lang)”..aiyo kenapalah perlu bersikap begitu ?? Lang ni bukan perampas okay!!


Kenapa diorang ni tak yakin ke dengan diri sendiri yang dah cukup dari segi penampilan luaran dan pesona bulan bintang milik mereka itu!! Lang pelik gak, Lang ni bukannya hebat pun, tengoklah muka pun childish!!! Tapi dah hati orangkan?? ..kita tak leh nak buat apa2!!! Kalau dah hitam tu hitam juga!! Kalau kelabu tu, Grey lah jawabnya!!

Pun begitu Lang masih nak tengok dari angle yang lebih sensasi. Sekurang-kurangnya Lang tahu yang Lang ni pun boleh membuatkan lelaki str8 cemburu…. bukan yang dari kategori hadek2 okay!! Kiranya mantap gak lah kaver str8 yang dilakonkan walaupun banyak gak pec lobs yang berlaku tanpa disedari!!

Kepada yang jeles tu …terimalah pesanan ini : “Tolonglah!! Please….. I penat okay nak melayan uols!!! I pun ada komitmen okay…ooops!!!”….

Label: