* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Januari 30, 2007

Gathering Tahun Baru :Episod 1

Fuiyo.....seronoknya rasa sepanjang berlangsungnya acara sempena tahun baru kali ini. Gathering tahun baru ternyata sukses dan penuh memori indah untuk ingatan para peserta yang join kali ni!! Bermula Jumaat; 26 Jan 07 (7 Muharam) jam 6 petang dan berakhir Ahad 28 Jan 07 (9 Muharam) jam 11.59 malam..gathering kali ini penuh dengan pengisian yang berwarna warni!! Erghh,... maca skema plak ayat....Ok lah skang tukar kategori dangdut plak!! Bapak2, Ibu2 semua....Terimalah laporan berita gathering kali ini iya....!!(tetiba feeling Inul plak!!)



Petang itu sungguh hangat...sehangat acara yang akan bermula sebentar nanti. Lang terus menuju ke rumah penyewa kereta untuk mengambil kereta sewa yang telah dijanjikan. Tiba saja di rumah penyewa itu, Lang disambut oleh pembantu rumah tokei itu dan terus Lang memberikan password “kunci warna Oren” . Lalu wanita itu menghulurkan kunci kereta ber-key chain warna pink sebagai balasan! Aiyo...sungguh aneh apabila password yg diberi takde kena mengena dengan yang didapatkan!! Hmm pening jap!!!... dapat je kunci, Lang terus ke kereta Proton Wira itu , masuk dan mula adjust apa yang patut!! Kaget pula kerana terasa macam terperosok pabila memandu kereta itu pertama kali dan kedudukan sterengnya pula bukan main tinggi lagi!!! Bagai memandu lori pula dengan stereng separas kepala!!!

Lang terus je ke rumah sebentar untuk mengambil barang2 peribadi sebelum bertolak ke Puduraya. Dalam hati rasa sungguh kesian dengan mereka yang dah mula menunggu Lang!!!

Petang itu jalan2 di KL sangatlah sesak!! Penat juga bawa kereta yang berat semacam itu!! Daya pecutan dahla ala2 kura2 ... Lang bawak saja sambil cuba mententeramkan perasaan yang gusar tentang rancangan seterusnya!!





proton wira biru bagai tin sardin!!



Jam 6, Lang tiba di Puduraya. Sebelum itu Himitsu dah menghantar mesej yang mengatakan dia dan Grey pergi berjumpa Zerd di tempat kerjanya. Kaget pula, mereka meninggalkan biduanita Shahriz di platform 14 seorang diri!! Risau3 kang ada yang culik plak biduanita sorang ni!! Ooops...sib baik lah takde yang berani nak culik!! Lang terus terkam biduanita itu!! Wah rambutnya dah lain daripada masa gathering lepas!! Sempat gak dia set rambut tu!! Takpe3, prektis untuk bergelar Mak Datin tu!!!


puduraya memang gini!!



Dapat je Shahriz terus mulalah bertanya kabar...berita sensasi dan dok usha orang kat situ!! Wah3...leh tahan gak ekor mata Shahriz ni melekat kat tezz dia yang lalu kat situ!! Kaget3

Sebenarnya motif utama duduk di situ ialah untuk bertemu Puteri Utara yang telah tercampak ke Timur, iaitu Afeer. Hmm...tak sabar gak tunggu Afeer ni, si Himitsu dan Grey plak yang menghilang ntah ke mana!! Tinggallah si biduanita melayan kerenah Lang yang hanya serangga ni!!

Tiba2 muncul wajah bujur daun palas yang berseri2 dan berpeluh2 manja di dahi...Selebriti Selatan, Himitsu datang diiringi orang yang jalan disebelahnya yang nampak excited; Seniwati Utara iaitu Grey....kitorang terus bersalam..dan bertepuk tampar lalu terus duduk kepit sambil tanagn di mulut!! Ooops, pec lobs!!!

Kami menanti dan terus menanti di Istana Menanti lalu menyanyikan lagu Bienda “Penantian” sambil Himitsu dan Shahriz berlawan gelek siapa yang paling hebat.... Grey pula mula membuat aksi2 bagi menarik perhatian Pak cik2 yang lalu lalang di situ .. Pak Cik2 teruja dan menjerit-jerit.... aiyo... terberangan jap!! (Padahal dorang duduk sopan santun je kat situ tanpa mengusik sesiapa pun!!)

Aiyo lama juga menunggu Puteri seorang ni! Sempat gak bergosip sambil2 memandang liar umat manusia yang berada disitu!! Ramai juga ratu2 yang lalu!! Tapi ratu2 itu tetap tak mampu melawan kemantapan Biduanita Jelapang Padi, Seniwati Utara dan Selebriti Selatan di sebelah Lang ni!!

Jam dah pun menunjukkan pukul 7...tak lama kemudian Puteri Utara; Afeer muncul dengan gaya ala2 peserta AF menarik beg dengan selambanya...lalu terus menerkam kami dan bersalaman!! Wah Puteri seorang ni....nampak ceria betul!!

Kemudian kami terus ke tempat parking...suprise... kagetlah Himitsu bila nampak kereta sewa itu!! Tak sangka agaknya Lang amik kereta tu awal daripada yang dirancangkan!! Kami kemudian bergerak menuju ke CM...dan terus ke tempat penginapan yang telah pun Lang survey. Mula2 ke satu tempat di bangunan bersejarah di KL ni dan suruh Himitsu tengok2 kan pakejnya...tak sangka pula Himitsu terus je daftar dan check in. Jimat masa....caj hotel tu sungguh berpatutan sekali!! Kami pun berjalan menuju ke bilik 2240.. dengan menggunakan lif yang sungguh klasik!! Himitsu suruh Lang tekan punat ke tingkat 2..tapi tiada pula punat tingkat 2!! Yang ada cuma tingkat 1 dan 3 saja!! Lang terus tekan punat 3 dan tiba di tingkat 3!!! Kaget dengan keadaan lif tu yang menakutkan Grey, Himitsu dan Shahriz!! Sampai serik mereka nak naik lif tu lagi!




bangunan bersejarah ini menjadi saksi!!


Sampai di tingkat 3 tu, Himitsu mengatakan tingkat 3 itu salah dan terus ajak turun tangga ke tingkat 2!! Rupa2nya tingkat dibawah itu untuk bilik bernombor pangkal 1 sahaja..maka betullah tingkat 3 tu untuk bilik berpangkal 2!!! Hehe.. lawak plak sebab yakin betul Himitsu time ajak kami turun tu dan kami pun terpengaruh!!

Kami kemudian naik semula ke tingkat 3 menggunakan tangga dan berjalan di atas karpet yang panjang!! Shahriz sempat feeling ala2 Top Model catwalk di atas kapet itu!! Bagai juru cakap Cover Girl...Easy,Breezy, Beautiful!! Dalam pada itu,Lang sebok menyebok demi menengok pintu bilik bertulis 2240...keliru plak susunan nombor berterabur!!

Akhirnya dapat jumpa pintu 2240 dan terus Himitsu buka pintu bilik dan hidupkan suis lampu....shhhh ...jeng3 (tetiba Azwan Ali da....!!)...tengok2 ..wah.. besarnya bilik!! Terus je kami amik tempat masing2 Shahriz dgn Afeer, Grey dgn Himitsu, dan Lang satu lagi katil!! Kami berseronok dan melompat lompat atas katil dengan Afeer dan Grey memulakan tarian Tiger Show dan Shahriz bersama Himitsu bergelek sakan!! Oops terberangan lagi!!!

Kami berehat sebentar dan terus siap2 untuk ke acara seterusnya pula!! Dalam pada itu, Afeer sempat beramah mesra dengan Grey dan Himitsu yang baru pertama kali ditemukan!! Ternyata gaya Afeer yang bersahaja memikat sesiapa sahaja untuk berborak dengannya!!

Sementara itu, kami dapati ada masalah dengan sistem pendingin hawa. Terus kami cuba telefon receptionist di bawah...aiyo tak diangkat pula telefon!!! Afeer dan Shahriz terus amik keputusan untuk turun dan mengadu nasib diri yang malang itu kepada pihak yang bertanggung jawab!! Hasilnya seorang pak cik bukan melayu datang mengaku bertanggungjawab atas nasib diri Afeer dan Shahriz itu .......... (suspen)......dan beliau terus menghidupkan air cond itu sambil memberi amaran supaya jgn mengubah lagi setting yang dibuatnya...kami akur saja dengan bebelan pak cik itu sebelum dia beredar!!

Selepas je siap2.... pintu bilik di buka dan mulalah kami terbang keluar...(eh..manade sayap!!)....kami berjalan penuh lenggang lenggok sambil melihat kawasan hotel yang sunyi itu...ermm takde maknanya sunyi kalau kitorang ni ada!!! Suara hilai tawa kami memecah sunyi dan membuatkan kucing2 yang ada di situ lari bertempiaran!!~~laaaaariiiiii!!!!!!


Kami kemudian ke tempat kereta dan menuju ke Ampang. Sementara itu F dan Zerd memberitahu mereka sudah tiba di area Ampang Park!!makin kelam kabut driver kereta itu iaitu Lang mengejar masa!! Beratnya kereta tu....nape ek??? lagu "Enggan" (kak Jee) mula kedengaran di radio.....tapi Lang tak enggan memandu!!

Tiba je di Ampang Park terus mendapatkan Zerd. F pula rupa2nya berada di KLCC.....kami menanti kehadiran F sambil berborak2!! Ada pula ratu2 yang lalu disitu!! Shahriz nampak tercabar dengan kehadiran mereka...aiyo...tenang saja dong !!! Tak lama lepas itu, F kemudiannya hadirkan dirinya sambil membawa drama bersama!!Opss... lupakan sahaja drama tidak menarik itu!!

Kami kemudian ke restoren Pizza Hut dan makan di situ setelah restoren Manhattan Fish Market dah ditutup. Duduk di meja je....sesi usik mengusik Biduanita Shahriz pun bermula setelah kami mengetahui piza bukan makanan kegemarannya!! Perkataan... “tak pa ”, “tak kisah “ asyik keluar daripada mulut biduanita ni tapi tahu aje apa maksudnya!!Nasib baik kami pesan makanan goreng ....bolehla dimakan olehnya!!

Tak lama kemudian Angah pun muncul bersama anak buahnya. Sesi salam peluk ala2 hip hop Angah pun berlangsung!! Anak buahnya yang cumil itu pula diam sahaja!! Ermm...nape ek??? Angah pula terus dijamu dengan makanan yang ada. Sesi senda gurau bertambah meriah apabila kisah telekung dan qasidah Angah yang akan dibawa ke Albert Hall menjadi buah bicara.

Dalam pada gelak2 itu .....pada jam 10.35 malam, Zerd meminta diri kerana telah berjanji dengan membernya di KL Sentral sempena acara menghantar dirinya pulang ke rumah!! Pertemuan singkat dengan Zerd memang tak puas....tapi apakan daya dia perlu bekerja keesokan harinya!! Kami pasrah...... (tetiba feeling Erra Fazira)

Kemudiannya muncul pula Toolar bersama temannya, Peah. Mereka terus dihidangkan piza yang masih berbaki di atas meja. Kami terus berbual-bual, cuma Peah dan anak buah Angah yang agak terlunci mulut. Kaget agaknya!! Pastu datang pula gadis pekerja restoren yang agak kelam kabut membersihkan meja, lalu Lang pun tegur...”sabarlah... nak balik cepat ke??” dia pun membalas “mestilah !!!tinggal lagi 3 minit lagi kul 11!!” lalu Lang membalas servis itu dengan berkata “ tak larinya umah tu” .....gadis itu pun smash ; “ Eh...umah saya jauhla!!”. Lang tidak membalas kata2nya itu hanya melihat sahaja gelagat kelam kabutnya itu!!

Tak lama kemudian datang pula segerombolan manusia yang pastinya sebuah keluarga yang ingin makan di situ. Kehadiran mereka menjadi buah mulut apabila gelagat pekerja di situ yang nampak kurang “welcome” kepada famili itu...yelah dah time kedai tutup!! Gadis tadi kelihatan kasar sekali mengemas meja seolah2 geram dengan kehadiran famili itu di saat akhir lalu Lang pun tegur... “Aih...mengamuk ke??” . Gadis itu hanya tersenyum geram mendengar teguran Lang itu. Gelagatnya itu menjadi satu kelucuan buat kami yang kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari tempat itu.

Kami kemudiannya tiba di luar Ampang Park. Angah seperti yang dijangka, meminta diri selepas itu, mungkin risau dengan lenggok qasidahnya dikritik oleh pengkritik tak bertauliah seperti kami ini! Lang yang sudah menjangka awal2 lagi...mula berdrama sedih dan kecewa dengan Angah. Angah yang percaya dengan lakonan itu dan bertindak balas dengan pujukan dan terharu. Memang Lang tidak mahu Angah pulang awal tapi apakan daya, masa bersama dengan keluarga Angah lebih penting!! Tapi tak sangka pula Afeer, Shahriz, Himitsu, Grey dan yang lainnya percaya dengan lakonan tak mantap itu!! Sorry ye....keh3


Plaza Ampang ke City Square???


Dengan pemergian Angah dan anak buahnya itu, tinggallah 8 orang menuju ke pusat melalak di Plaza Ampang yang sudah pun retak akibat lalakan gathering yang lalu!!! Sementara itu, Nan sudah pun menunggu di pusat itu dengan perkhabaran bahawa tempat itu sedang sesak dengan manusia!! Tiba di hadapan pusat itu memang ramai umat manusia di situ!!terpaksalah kami menunggu hampir sejam sebelum dapat masuk ke bilik melalak 29. Masuk2 je, Lang terus ke toilet bersama F ...tak sempat tahu siapa yang memulakan nyanyian. Tapi dah tau sangat....rasa2nya Selebriti Selatan, Himitsu yang first nyanyi sebab bila Lang tiba di bilik itu Himitsu yang sedang ghairah beraksi!!

Malam itu masing2 menonjolkan bakat. Antara yang menarik ialah nyanyian lagu Memori Bahagia (Sahri)- Afeer yang kena ulang 2 kali gara2 Lang tertekan butang Delete!!! Afeer yang berbakat dalam nyanyian turut mengalunkan My Baby You dengan aksi ala2 Jaclyn Victor + Ziana Zain menggenggam mikrofon!! Berbakat bakal calon peserta AF 5 ni!!! Shahriz selaku Biduanita bertaraf guru vokal turut melagukan I will survive, Elegi Sepi dan duet bersama Nan melalui lagu yang paling mendapat perhatian iaitu My Heart!!!

Lang dan F Cuma menyanyi satu lagu; Memori Cinta Luka (Mawi) dan Mungkin (Anuar Zain). Selebriti nyanyian, Himitsu paling banyak menyanyi dengan rangkuman lagu dari Jepun, Aris Ariwatan, Carpenters, begitu juga Nan dengan lagu Samsons, Peterpan, Once, Broery dan banyak lagi. Peah pula dengan lagu Ayah Ibu Anak dan Kejoraku Bersatu. Grey hanya menyelit sahaja melalui lagu Kian dan Memori Cinta Luka tetapi muncul dengan gaya rock melalui lagu nasyid Kasih Kekasih (in Team) !! Kaget dibuatnya!! Begitu juga Toolar yang turut menyelit2 saja di beberapa bait lagu!!Senarai lagu nyanyian malam itu sangat panjang dan kami tidak sempat menghabiskan kesemua list lagu yang tersenarai kerana masa sewaan hanya 2 jam!! Kelakar juga tengok dah last2 minit sempat lagi tambah lagi 2-3 buah lagu walaupun pasti tak sempat nyanyi lagu tu!!

Rasa sungguh cepat masa 2 jam itu berlalu. Tidak puas mendengar suara mereka ini!!
Kami kemudian keluar dari tempat itu dan berbincang sebentar di luar Plaza Ampang itu ketika jam sudah menunjukkan jam 245. Isk..ada ke Toolar kata “ikut arahan Lang je!!”?? Lang cuma uruskan gathering bukan pengarah ye....oleh kerana dah kehabisan idea, Lang ajak je mereka pergi minum2 di kawasan berdekatan umah Nan .

Kami pun pergi minum2 dan berborak2 di kedai mamak di Wangsa Maju. Toolar macam tahu2 aja ramai budak2 skuter berada disitu!! Hmm...bagi Lang pula rasanya dah lama tidak ke tempat yang pernah terserempak dengan kembar Grey itu!! Dalam mengambil tempat duduk itu , Himitsu sempat memberitahu kepada Lang supaya menghafal kedudukan setiap kali kami duduk makan!! Aiyo...perli ek??erm..Lang ingat je kedudukan itu tapi tak perlulah nak mention lagi!!hehe...perlu ke lukis gambarajah kedudukan tempat duduk lagi???


Kami pun terus borak2 hingga jam 4 pagi!! Kemudian Toolar dan Lang membawa kereta masing2 ke haluan berbeza ...Lang bersama F, Himitsu, Afeer, Shahriz dan Grey menuju ke hotel manakala Toolar bersama Peah dan Nan ke rumah masing2!!

Comei nya kartun Spice Girls ni!!


Penat rasanya malam itu.. sampai je di hotel terus kami tidur lena!!Lagu Viva Forever dendangan Spice Girls menjadi lagu tema untuk tidur malam itu....juga untuk cover bunyi dengkuran Shahriz malam itu!!

Label: