* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Ahad, Januari 14, 2007

Demam...


Haiyo...Haiyo..Haiyo....check it out...yo ini Blalang...kondisi diri ini baru je stabil daripada sakit!!! Sepanjang minggu lepas, penyakit yang lama tak hinggap kat badan ni iaitu demam ‘panas dingin’ (dah macam tajuk lagu dangdut!!) menyinggah pula!!

Alkisahnya isnin lepas, Lang ke tempat keje macam biasa ...hm...bila masuk je kilang tu terus jadi kaget!! Bukannya pe.....dalam tu bagaikan musim dingin baru melanda....bayu dingin yang menghembus diri sehingga menggigit tulang!!! Ini mungkin gara2 aircond yang baru diservis dan tujuan sejuk tu ialah untuk menunjukkan prestasi sebenar aircond itu boleh menandingi ‘almari Es’ (peti sejuk dalam Bahasa Indon) !!!

Akibatnya...Lang menggigil kesejukan pada waktu tengah hari buta tu sebelum Lang keluar sebentar pada waktu rehat untuk pulang!! Keluar je dari kilang, kaget lagi bila suasana berbeza plak diluar...musim panas El Nino plak yang melanda!!! ( you make my temperature rising like El Nino!!)

Then sampai je di rumah, badan mula rasa lain macam....rasa macam nak keluarkan je sosej yang di makan makan waktu sarapan tadi..itu seketul demi seketul!!! Lang terus rasa nak ‘Rebah’ (macam lagu Ina Naim) dan terus tak pi keje dah dibuatnya!! Konteklah teknisyen hamil tu bagitau kondisi Lang ni...pastu terus makan nasik, makan panadol & ....... tido lah!!

Esoknya Lang MC dan gi klinik.....then pagi rabu tu pegi gak keje!! Kat tempat keje plak , pagi tu still rasa mula dan m*nt*h kat toilet!! Justeru itu, Lang terus je balik sebab dah tak tahan lagi...dan terus berehat!!

Hm... ari khamis tu Lang dapat ke tempat keje.....sampai petang...selamat sejahtera dah!!! Ari jumaat plak ...kena c*r*t b*r*t....MC lagi!!! hmm... sib lah Lang ni budak prektikel...leh je nak hilang2 macam tu dalam kilang yang besar ni!! Tapi risau gak apa kata supervisor minggu ni!!


Apapun, Lang tak sangka ada gak kekecohan skit kat kilang sebab tak datang ni....ermmm... jiran2 yang tahu pun ada...apalagi kengkawan!! Terima kasihlah kepada yang perihatin dan bagi nasihat ye.....rasa semangat dan gembira sangat!!! Himitsu, Tednet, Afeer, Shahriz, Zerd, Cek Mi, Angah (sekadar menyebut beberapa nama) .... sayang korang ni!!

Lang paling ingat kata2 Grey masa Lang bagitau Lang demam...dia kata “ wah seronoknya demam...dah lama tak kena!!” hmm sronok ek?? Tak tau plak kan?? Sape nak kena demam????? (sila JANGAN angkat tangan kalau nak!!)

Label: