* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Januari 08, 2007

Hari Raya Haji punya cerita!!

Inilah kisahnya Hari Raya Haji yang Lang raikan di Selatan Tanah air baru-baru ini!! Dimulakan dengan solat sunat hari raya, Lang turut membantu saudara menghantar makanan ke surau. Selepas solat raya, Lang mendapat mesej daripada Himitsu yang ingin sangat berjumpa Lang.



Lalu Lang tidak keberatan mengajak Himitsu datang sahaja ke rumah Pak Su Lang itu!! Dengan direksi yang kabur2, Lang berjaya memimpin Himitsu membawa keretanya ke jalan yang sesat lagi menyesatkan!! Himitsu terkeliru dan termasuk pula simpang yang Lang sendiri tidak tahu hujung pangkalnya!! Kemudian Lang memberikan tandaan yang boleh diikuti Himitsu dan akhirnya Himitsu muncul dengan kereta mininya!! Eh tapi Himitsu terlajak pula di tepi surau yang Lang solat pagi tadi dan tak nampak Lang sedang melambai-lambai ke arah kenderaannya!! Dari jauh nampak Himitsu sedang mendail nombor yang pastinya nombor Lang...hmm lucu pula!!! HP Lang pun berdering dan belum sempat Himitsu berkata apa, Lang terus cakap “kau undur lah.... aku kat belakang ko ni!!”

Himitsu mengundurkan keretanya dan terus Lang ajak masuk ke rumah Pak Su Lang itu. Himitsu diperkenalkan kepada Pak Su Lang dan sesi interview daripada Pak Su Lang pun bermula!! Rancak sungguh Pak Su Lang menemu bula Himitsu dan makin menjadi-jadi bila tahu kerjaya si Himitsu ini!! Dalam pada Pak Su Lang meletakkan tanda koma dalam perbualannya, Himitsu berbisik pada Lang, “Eh macam Zamarul pelakon tu lah Pak Su ko ni!!”...Lang berkerut memikirkan tang mana pula ada irasnya dengan pelakon itu???...ermm ntah ler Himitsu ini!! Sesi borak itu dilatari dengan suara siaran TV dari seberang yang menyiarkan rancangan rayanya!! Lang kadang kala sahaja mencelah yang pasti Pak Su Lang itu macam tak percaya Himitsu itu adalah kenalan Lang yang nampak pendiam ini!!

Kemudian Himitsu diajak ke meja makan menjamah Nasi Impit, Serunding dan Lontong yang disediakan...Himitsu memang tak boleh menolak makanan dan terus santap!! Lang cuma makan 5 ketul Nasi Impit sahaja kerana telah pun melahap sebelum Himitsu tiba! Dalam pada makan itu, Mak Su Lang pula bertanyakan dari mana Lang berkenalan dengan Himitsu ini...erhh...biasalah saudara mara Lang ni semua keturunan CID, semua mau disiasatnya!! Himitsu jawab dengan penuh cover-girl lalu merungkai persoalan yang ditujukan oleh Mak Su yang riuh itu!!

Selesai makan, Himitsu melawat sepupu Lang yang baru masuk jawi tapi bermasalah dengan jahitan lukanya..hmm..sempat juga Himitsu beri nasihat kepada budak itu!!
Kemudian kami beredar dari rumah Pak Su Lang dan Himitsu mengikut sahaja direksi diberikan Lang untuk keluar ke jalan besar!

Tiba di jalan besar, Himitsu mula dengan lagaknya yang sudah mengetahui selok belok jalan di JB itu!!Lang melihat sahaja pemandangan luar cermin yang mula diwarnai dengan abg pol yang sedang memandu kereta perondanya!! Tapi sekejap sahaja sebab kami memilih simpang jalan yang lain...mungkin tiada jodoh agaknya!! Himitsu membawa keretanya dengan sopan santun diiringi lagu daripada pemain MP3nya yang menyiarkan lagu Kasih Yang Terpisah – Idayu.
Dalam perjalanan yang Lang sendiri tidak tahu kemana arah tuju, kami berborak sepuas hati dan sempatlah Himitsu berkongsi cerita tentang tempat-tempatt yang kami lalui bersama! Kemudian kami tiba di bandaraya itu...sungguh tenang sekali perjalanan kerana kenderaan diatas jalan raya sangat sedikit!!! Himitsu kemudian membuat belokan masuk ke kompleks beli belah bernama City Square itu dan kami terus mencari tempat parkir! Penuh juga parkir di dua tingkat bawah pertama, akhirnya di tingkat bawah yang ketiga barulah ditemui tempat kosong! Kami kemudian menaiki esklator dan naik ke aras beli belah dan mulalah ber-catwalk bagai sambil berposing maut si Himitsu....errrr mana nak pegi pun tak tahu!!! Aktiviti bersiar-siar ini bertujuan mencuci mata semata-mata dan tiada kaitan pun dengan membeli belah!

Dari satu aras ke satu aras...Lang kemudian tertarik dengan satu gerai yang menjual patung disitu dan menunjukkan watak kegemaran adik Lang kepada Himitsu...tiba-tiba terdengar pemuda yang berjalan di sebelah Lang yang sedang berborak ditelefon menyeru “ Oh my God ....Abg **** (Himitsu)!!!” Kaget melihat wanita persis mak datin yang turut menyapa Himitsu dituruti oleh anak perempuannya dan pemuda tadi yang juga merupakan anak wanita itu!! Lang terpana melihat drama yang berlaku dihadapan mata ..terserlah kerlipan bintang laksana Diva di tempat permainan beliau ini!! Lang diperkenalkan kepada pemuda tadi yang bernama ‘Ij’ yang dikatakan bakal bergelar selebriti tak lama lagi!! Kemudian tiba-tiba muncul mamat berbaju kuning yang berwajah cute serta punyai pesona.... lalu ditunjukkan kepada Diva yang sedang membuat show di situ iaitu Himitsu oleh abangnya yang gayanya nampak begitu teruja !!

Lang kemudian bersalaman dengan mamat baju kuning itu yang bernama “Ej”. Lang terus menyaksikan drama pendek antara keluarga itu dan Himitsu disamping berbalas senyuman dengan mak Datin itu!! Mereka bertukar-tukar nombor dan kemudian kami bersalaman sekali lagi sebelum drama itu ditamatkan. Himitsu nampak gumbira dengan pertemuan itu yang disifatkan bagai “Jejak Kasih” kerana sudah lama tidak berjumpa mereka!!! Lang kemudian dihidangkan cerita mengenai mereka dan keluarga mereka mengikut kaca mata Himitsu dan mulalah membuat gambaran sendiri.....


Kemudian kami menuju ke aras yang menempatkan panggung wayang....tapi malangnya ramai pula berpusu-pusu disitu!! Kami membatalkan niat untuk menonton wayang disitu dan terus bersiar-siar lagi!! Kami keluar dari bangunan itu dan berjalan di JB Walk yang dipenuhi warga asing (atau PADI) yang sedang seronok bergambar kenangan di situ!! Kami menuju ke Plaza Kotaraya....ohh.. sungguh berbeza sekali dengan City Square..lengang sahaja plaza ini kedai pula banyak yang tutup sempena raya ini!! Kami berjalan tanpa arah lagi sambil mulut tak henti terkumat -kamit dengan bahasa.... ada juga yang mencuri perhatian...bila gayanya tidak kena je.... terungkaplah “Pec Lobs!!!”

Di plaza itu kami sempat menunaikan solat zohor sebelum bergerak ke tempat yang dijangkakan kurang pengunjung iaitu Komtar! Tiba di Komtar memang lengang...tapi masih ada pengujung di situ seperti kami juga ......berjalan-jalan entah ke mana! Himitsu yang bertindak sebagai tourist guide terus menerus dengan Himitsu borakannya....hmm pandai Himitsu berborak!!

Di Komtar itu Lang ditunjukkan pusat boling dan panggung wayang yang telah di tutup akibat saingan perniagaan. Sayu pula melihat panggung yang pernah Lang kunjungi dulu telahpun ditutup! Hmm.. begitulah akhirnya nasib orang tempatan berniaga..

Kemudian kami berhenti sebentar di medan selera untuk pekena ABC disitu...Abg buat air nampaknya menjadi perhatian Himitsu manakala Lang berasa rimas apabila seorang mamat tidak habis-habis menoleh ke arah kami dengan penuh tanda tanya!! Erm....sistem pendingin hawa di situ pula amat sejuk dan makin berganda kesejukan ketika menjamah ABC!!!

Dalam kami menikmati ABC itu, datang pula seorang brader yang turut memandang kami dengan penuh sesuatu sampai Himitsu pun perasan juga!! ABC yang dimakan akhirnya habis juga, Himitsu terus ke kaunter dan membayar manakala Lang terus keluar premis itu kerana tidak tahan dengan kesejukan!!

Seterusnya kami ke Pelangi Leasure Mall di Taman Pelangi. Ramai juga orang di situ. Himitsu membawa Lang ke kedai DVD kegemarannya yang menjual banyak DVD dari Jepun, Korea mahupun Antarabangsa. Kami kat situ sibuk tengok citer2 yang gambar depannya tezz...last2 Himitsu sempat gak membeli 2 judul DVD untuk koleksi simpanannya!! Kemudian kami ke panggung wayang disitu. Kaget pula melihat tak ramai orang beratur disitu!! Satu kesempatan yang baik...kami memilih-milih filem yang hendak ditonton...akhirnya “A Night In Museum” menjadi pilihan!!Murah pula tiket wayang di siu berbanding kat KL ni....erm..rupa2nya panggung wayang tu punyalah besar macam dalam dewan pulak!!! Hmmm...lawak betul filem lakonan Ben Stiler tu....tak sangka time raya haji pi tengok wayang citer omputih plak tu!!

suka babak ni!!

keh3 Kami kemudian meneruskan perjalanan menuju tempat kami meletak kereta....Himitsu menghidupkan enjin kereta dan kami terus menuju keluar ke jalan di tepi pantai!! Dalam perjalanan tu, terperasan 2 orang jans sedang berjalan berpegangan tangan sambil berjalan di tepi pantai!! Ooo PADI juga!!


Kami kemudian tiba di teluk Danga dan kecewa pula melihat kereta telah pun berasak-asak kat kawasan itu..ruapa2nya ada sambutan tahun baru 2007 disitu!!! kenderaan berlalu disitu dengan kelajuan yang tak laju.....dalam pada Himitsu membawa kereta perlahan-lahan tu terperasan pula brader menjaga parkir khas disitu, Lang berbalas pandangan yang dilemparkan beliau..kemudian senyuman makin mengukir dan tiba2 pula beliau menggelengkan kepala sambil tersengih memanjang!! Mungkin bahasa tubuhnya memberitahu bahwa “ penat je dok pomot orang soh park tempat ni , orang wat tak tau je!!”...hmm tak tau ler kalau2 ada maksud lain!!


Sampai je kat area parking diatas pasiran pantai, Himitsu terus menghentikan enjin. Kami terus berjalan meronda2 ...ramai pula kapel yang normal dan tak normal...terutamanya PADI!! Ramai juga yang memandang2 ...tapi kami wat tak tau je sambil catwalk di depan mereka!! Sambil2 berjalan...kami tak henti2 dengan berborak...macam topik ler keluar!! Perut plak tetiba je lapar.... Himitsu mengajak makan je kat kawasan teluk Danga itu yang pastinya mahal2 harganya. Kami pun memilih je tempat duduk dan mulalah Himitsu membuat order!! Kami pesan nasi...dan Himitsu yang memilih lauk...hmmm pencinta makanan ni pesan tak ingat2!! Tomyam, sotong, udang, sayur, ayam....punya lah banyak...dengan confiden Himitsu berkata “ ala aku pesan hidangan bersaiz yang kecik2 je!!”.... menu2 banyak...harga2 pulak ‘lawa2’!!

Kemudian bila tiba makanan sungguh mengejutkan!! Lauk yang dimasak untuk hidangan seorang kelihatan dimasak untuk dua orang...erm dalam kepala Lang fikir.... “mak uih banyaknya....dahla tak habis ni kang, harga pun double!!” Kami pun makan je apa yang di depan mata itu dengan lahapnya...tapi tak habis akhirnya!!
Dengan penuh debaran, Himitsu meminta bil, dan terkejut pula harganya tidaklah semahal yang disangka!! Walaupun masih dalam kategori mahal, tetapi setidak-tidaknya takdela sampai beratus seperti yang dibayangkan!!

Himitsu kemudian diperintahkan oleh Lang untuk menghantar ke rumah mak cik Lang...pertemuan kami berakhirlah di situ....puas berjalan petang raya itu, sedangkan orang sibuk dengan daging korban, kitorang pula sibuk berjalan2!!

Label: