* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Disember 05, 2006

Syukur......aku masih disini



Waktu menunjukkan jam 915 malam.. diri Lang baru sahaja pulih daripada sakit kepala yang berat, Himitsu kata mungkin kerana tidak cukup rehat atau terlalu banyak berfikir!! Tak tahu antara dua tu yang mana satu agaknya yang pasti kesakitan itu dah pun beransur hilang!!...perut plak dah kenyang...berselera makan!!!sedap pula masakan ibu tadi!! Semasa makan tadi, teringat pula dengan blog, apalah nak dingomel untuk minggu ini ye?? Hmm.. kenalah cari idea dan inspirasi kat internet ni!! Disebabkan rumah Lang ini tiada talian internet maka Cyber Cafe lah perlu ditujui!!

Dalam masa 5 minit, keputusan pun dibuat untuk ke CC malam itu juga!! Dalam pada bersiap tu, sempat mengajak adik perempuan Lang untuk ikut bersama.... teruja plak dia nak ikut!! Dia terus bersiap-siap ketika Lang memanaskan enjin kereta di malam yang tak berapa dingin itu! 3 minit kemudian dia muncul dan masuk ke dalam kereta ,maka kami pun terus menuju ke bandar M yang terletak 4 km dari rumah itu.

Tiba di CC itu, alangkah bertuahnya dapat petak parkir yang betul-betul dihadapan CC itu....tak payahlah nak jalan jauh lagi...pintu CC itu betul-betul disebelah kereta!! Kami terus masuk ke CC itu setelah kereta dikunci...Lang memilih komputer yang agak terperosok diruangan kedai itu demi privasi, manakala adik Lang memilih PC yang berhampiran dengan kaunter bayaran. Di CC itu penjaga kaunternya agak manis sedang berbual pula dengan pelanggannya yang menghantar CPU untuk diperbaiki..

Hmm...lambat pula menunggu dia menghidupkan talian internet bagi PC yang Lang pilih itu... jam pula dah menunjukkan pukul 938 malam!! Seminit kemudian barulah brader manis itu mahu menghidupkan komputer itu..namun tetiba suara machonya berkata “ Bro tukar PC yang depan itu!!”... erghhh beratnya langkah kaki nak ke PC yang betul-betul bertentangan dengan PC adik Lang itu kerana terlalu hampir dengan pintu masuk !!!tahap privasi nya rendah.......yang mana kalau orang luar pun boleh nampak apa yang dilayari oleh Lang!!!

Dengan terpaksa, Lang pun mula melayari internet menggunakan PC yang berjarak 2 meter sahaja dari pintu masuk!! Lambat pula nak fikir web mana yang nak dimasuki dulu.....akhirnya blog sendiri juga jadi pilihan!! Oh...Angah ada hantar mesej di shoutbox....Tednet pula membalas di ruangan komen!! Terhibur juga melayan mesej mereka meskipun pendek saja!! Tak banyak web dibuka, Lang nak fokus kepada forum pula!! Erm.. banyak juga yang dihantar Tednet dalam forum... ada keperluan untuk di’kacau’ ler jawabnya!!

Lang terus ke thread “Happy Birthday” ...oh... 5 Disember birthday Tednet rupanya.... Lang mengucapkan Happy Birthday kepada TedNet dalam ruanagan itu dan klik kepada window lain pula untuk memeriksa e-mel! Erm... tiada yang menarik...kemudian buka pula myspace dan kembali ke forum untuk membaca bebelan yang lain pula!!

Dalam pada hendak memilih thread di bahagaian “baru dipos” itu.. tiba-tiba terdengar orang mengerang!! “Aaah....eergh....” dan semakin kuat pula “ Arghhhhhhh!!!!!” jeritan itu kedengaran seperti di belakang Lang sahaja!!! Memang benar...ada sesuatu yang berlaku dibelakang Lang..sesuatu yang dasyat telah berlaku!! Kemudian muncul pula seorang yang memegang pinggangnya bagai ada sesuatu...oh... itu darah!!!


Lang terpinga-pinga dan kaget melihat lelaki itu betul –betul berdiri disebelah PC yang Lang gunakan itu!! Lelaki itu telah dicederakan dengan senjata tajam disekita bahagian pinggangnya!! Pasti ada pergelutan yang berlaku tadi tanpa disedari Lang!!!Oh...Ya Allah...darahnya terpercik sehingga meja PC yang Lang guna itu dipenuhi titisan darah!!!

Tiba-tiba meluru masuk seorang jejaka tampan dengan jaket kulit berwarna hitam dan berhenti berdekatan Lang!! Dia bertanyakan kepada brader penjaga CC yang manis itu.. " Ada siapa lagi kat dalam tu??”Brader CC itu berkata “takde bang... saya kerja kat sini je!!”.. siapakah yang memakai jaket hitam itu?? Polis? Ketua kongsi gelap?? Kemudian lelaki jaket hitam itu terus keluar dan bagai mengejar sesuatu!!!Oh... ntahlah... tangan Lang terus menggerakkan mouse untuk menutupi semua tetingkap web yang Lang layari!!Jam di PC itu menunjukkan 1013 malam!! Lang terpandangkan adik yang masih berada bertentangan Lang!! oh... terdedah kepada bahaya diri Lang dan adik Lang waktu itu!!

Dalam pada Lang menutup web itu, brader CC itu membuat tindakan yang agak pelik dengan membuka pintu yang berjarak 2 meter dibelakang Lang itu seluas-luasnya dan masuk semula ke tempat kaunternya!! Ohh.. apakah motif tindakan brader ni??Yang pasti sekiranya penjenayah yang bersenjata tajam itu datang, pastilah Lang yang pertama dia nampak!!!Lang terus bangun dan melihat sendiri lantai yang dipenuhi titisan darah itu lalu menuju ke PC adik untuk mengajaknya pulang!! Lang turut memeriksa pakaian Lang…nasiblah tiada kesan darah terpercik padanya!!

Lelaki yang cedera itu masuk ke dalam sebuah bilik disebelah kaunter untuk mengambil tuala bagi menekap lukanya yang sudah koyak besar itu!! Brader CC itu pula kelam kabut keluar masuk dan akhirnya mengambil sebilah kapak sebagai senjata pertahanan sambil menutup semula pintu yang telah dibuka itu!!

Selepas menutup pintu, kapak itu disisipkan dibahagian belakang seluar jeansnya..namun oleh kerana beliau sendiri rasa tidak selesa pemegangya yang keras dan panjang itu, maka diletakkan sahaja kapak itu diatas meja kaunter!! Beliau kemudian menelefon gengnya untuk datang membantu...bukannya Polis atau membawa kawannya ke klinik dahulu!!!

Dalam suasana kelam kabut itu, pasangan MakCik –Pak Cik bersama seorang anak kecilnya menjadi pelanggan pertama yang keluar selepas kejadian itu!! Ini diikuti oleh Lang yang kemudian ke kaunter bersama adik untuk membayar penggunaaan PC kami berdua yang hanya diguna selama setengah jam sahaja!! Meski pun brader itu menggigil...beliau sempat menunjukkan muka kesian dan bahasa tubuh yang mungkin bermaksud kejadian itu bukan kemahuannya!! Pelanggan disitu mmasih berbaki dalam 7-8 orang..... mereka masih asyik dengan laman web yang dilayari masing-masing...ada juga yang bagai tak tahu hendak berbuat apa-apa dan melihat sahaja kami pergi!!! Selepas itu , Lang melangkah dengan berhati-hati menuju ke pintu kerana laluannya dihiasi percikan darah merah yang masih baru!! Oh.. pemegang pintunya juga dibasahi darah....di cermin pintu itu pula bagai ada yang menyimbah secawan cat merah ke atasnya!!

Kemudian tiba di kereta....kunci kawalan jauh ini pula lambat beri respon utuk membuka kunci pintu kereta!! Lang dan adik masih kelihatan tenang untuk mengawal perasaan ketika melalui kawasan kejadian itu!!! Akhirnya kunci kereta dapat dibuka ..... selepas masuk saja Lang terus kunci semula dari dalam dan terus menghidupkan enjin!!

“Vroom...Vroomm” ....kereta meluncur pergi dari CC itu!!!Terasa seperti ada yang memerhati kami sejak keluar dari CC itu...kemudian ternampak sekumpulan remaja yang memandang wajah Lang yang memandu pergi itu!! Fuh...Alhamdulillah selamat jua!!!Tangan masih menggigil mengingatkan peristiwa yang berlaku sekelip mata itu!! Dalam kereta, kami masih bercerita..dan menjadi peringatan pula supaya jangan terlalu berani keluar di malam hari!!! Kadangkala perkara yang dirasakan selamat itu sebenarnya adalah sebaliknya!!

Sampai dirumah terus memberitahu F, Himitsu, Tednet, Grey dan Shah!!F yang pertama tahu, Shah pula menjadi pembalas mesej pertama!! Himitsu yang dapat tahu terus menelefon Lang untuk mengetahui cerita yang panjang lebar!! Himitsu menasihati supaya Lang banyakkan berselawat dan minum air..begitu juga Tednet dan Grey!!
Perasaan Lang reda namun masih tidak percaya dengan peristiwa yang dihadapi itu!! Erm.. tak sangka , sememangnya niat Lang untuk mendapatkan story di CC itu dikabulkan dengan mendapat pengalaman yang ngeri sebegini!! Budak yang cedera itu apalah pula ceritanya...tunggu sahajalah di warta berita sekiranya wartawan rasa cerita itu sensasi...sekiranya tiada di dalam berita pun harap-harap semuanya selamat dan penjenayah itu dapat ditangkap!!

Malam itu Lang hanya dapat tidur pada jam 130 pagi selepas menonton siaran perlawanan sukan yang tak tahu apakah kesudahannya kerana terpaksa juga tidur demi bangun pagi untuk pergi kerja!! Dalam pada itu, Lang terasa amat bersyukur kerana terselamat dan dilindungi daripada mara bahaya yang begitu hampir dengan diri Lang malam itu! Alhamdulillah!!

Label: