* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, November 06, 2006

Selamat Hari Jadi Scorpians!! 23 Oktober - 22 November



Selamat Hari Jadi rakan-rakan dibawah Zodiak yang sama dengan Lang iaitu Scorpio!! Mari kita baca skit perihal jejaka Scorpio..tapi jangan percaya 100% ok??

Personaliti dan sifat Scorpio


Seseorang yang jujur dan terlalu jujur dengan pendapat dan luahannya!! Jikalau anda seorang yang sensitif jangan tanyakan pendapatnya kerana jawapan yang bakal diterima adalah yang sejujur-jujurnya walaupun bunyinya keras!! Pun begitu, anda boleh mempercayai kejujurannya!!

Tidak suka perbuatan mengampu demi mendapatkan sekutu atau kejayaan.

Tiada yang boleh menghalang cita-cita yang bersungguh-sungguh dimahukannya!!




Jangan percayakan khabar angin tentang sifat mementingkan diri yang kononnya ada dalam diri Scorpian sebaliknya mereka ini setiakawan, pemurah dan bijak.

Scorpian mampu menarik golongan yang gemar berkawan dengannya, peminat rahsia ataupun musuh ketat yang terlalu cemburu dengannya.

Jangan dicabar kesabaran Scorpian atau cuba menyerangnya, kelak kesakitannya kembali kepada anda!!( Planet di bawah zodiak Scorpio ialah Pluto yang merupakan kuasa Nuklear)


Seorang yang teratur dan boleh memimpin dan sukakan idea-idea terbaru untuk dilakukan disertakan dengan pandangan jauh dan menguruskannya hingga selesai.

Kesabaran, toleransi dan kemahuan yang tinggi adalah kunci kejayaan bagi Scorpian.

Jejaka Scorpio akan menemui kepuasan sebenar dalam bidang Ketenteraan, Kepolisan, Seni Mempertahankan Diri, Pembedahan, Pergigian, Perubatan Alternatif, Perunding Psikik, Psikiatri dan Mekanik. Sekiranya tercebur dalam bidang hiburan, boleh menjadi sesuatu yang amat hebat dalam menonjolkan bakat seni dan kretiviti yang ada.

Banyak penulisan menerangkan tentang betapa seksi dan misterinya jejaka Scorpio. Jejaka scorpio adalah pendiam, sekelas hero 007 zaman moden, punyai kekuatan dan berwajah menarik.


Petua popular dikalangan scorpio ialah selalu minum air banyak-banyak sekiranya hendak berjalan jauh!

Scorpian tidak gemar terlalu bergantung atas pertolongan orang lain dalam kehidupan.

Sebab mengapa scorpian terlalu independent ialah kerana sifat dalamannya yang rapuh berbanding sifat keras luaran yang ditunjukkannya. Oleh kerana jejaka scorpio paling sukar memaafkan berbanding zodiak lain, dia tidak suka mengambil risiko untuk dilukai.

Jejaka scorpio dikatakan sebagai mempunyai nilai magnetik yang tinggi, sensual dan menawan.

Kestabilan dalaman Scorpio adalah tinggi jadi ia memerlukan tenaga sehebat gempa bumi untuk mengocakkan kestabilan dirinya!!

Kerajaan scorpio adalah kerajaan yang paling berkuasa!!

Orientasi tanda kerahsiaan, seks dan pemerhatian Scorpio adalah berasaskan elemen Air.

Renungan jejaka scorpio adalah mendalam dan punyai kuasa magnetik!

Jejaka scorpio tidak menarik perhatian umum melalui pakaiannya, namun gemar dengan pakaian yang cantik berkualiti dan berhati-hati dengan penampilannya!


Scorpio adalah merupakan karektor yang paling berkuasa, menyerlah dan berjaya dalam kumpulan zodiak.

Meskipun mampu mengawal diri dan tenang , terdapat tenaga emosi yang berpusat di dalaman disebalik rupa luarannya yang teguh!! Perumpamaan: seperti Volkano didasar lautan tenang bakal meleus bila-bila masa yang tak terjangka!



Scorpio adalah simbol seks dan kekasih yang hebat!! Zodiak paling bertenaga sensual berbanding yang lain!!

Berbanding zodiak yang lain, Scorpio mendapat publisiti paling teruk. Pun begitu, mereka mempunyai jiwa yang mendalam sensitifnya dan terlalu perspektif demi kebaikan dirinya! Tambahan lagi, dia sering merasa kesunyian, mudah terluka dan sensitif terhadap sekelilingnya.

Scorpian mampu menyerap perasaan sentimental, kesakitan dalaman orang lain dan punyai karisma yang hebat!

Scorpian adalah pakar psiktiari yang baik dan boleh memahami situasi yang komplek dan mengelirukan!!

Kekuatan terselindung dimilikinya mampu menjadikan sesuatu perancangan itu berjaya!

Seorang yang penyabar dalam cita-cita dan boleh menunggu bertahun lamanya bagi menjadikan impiannya satu kenyataan!

Terdapat 2 jenis golongan sama ada yang gemar ataupun tidak gemar dengan si kala ini!!
Sekiranya anda penggemarnya, anda adalah seorang yang mampu menjadi setanding dirinya!!

Scorpian terlalu sayangkan sahabat karibnya dan melakukan apa sahaja demi sahabat-sahabatnya itu!!

Scorpian mementingkan ruang dan jaminan apabila inginkan privasi.

Scorpian mampu mengingati sesuatu dengan baik. Sekiranya ada sesuatu perkataan yang pernah anda sebutkan dan terlupa, dia mampu mengingati semuanya!

Bisa pada ekor si kala jengking ini hanya untuk pertahanan dirinya bila diancam sahaja, namun senjata utamanya ialah kepetahan bicara dan lawak jenakanya!!




Sekiranya anda terjumpa seseorang yang mampu membaca fikiran melalui anda ataupun seseorang yang memerhati tanpa berkelip, anda boleh meneka orang itu berzodiak Scorpio atau mempunyai kedudukan planet Pluto yang kukuh dalam carta astrologi mereka!!

Scorpio suka:
Kebenaran
Menyertai sesuatu
Kerja yang berfaedah
Bersikap mesra

Scorpio Benci
Diberi hanya maklumat asas
Mengkhianati dan pengkhianat persahabatan
Sesuatu yang mendatar

Nombor bertuah Jejaka Scorpio - 1, 5, 10, 11, 28, 29



Selebriti Scorpio: Aiswarya Rai, Aznil Nawawi, Liza Hanim, Bill Gates, Dylan McDermott, Joaquin Phoenix, Julia Roberts, Puff Diddy, Matthew McConaughey, Calista Flockhart, Demi Moore, Ethan Hawke, David Schwimmer, Lisa Bonet, Whoopi Goldberg, Prince Charles, Leonardo DiCaprio, Danny Devito, Owen Wilson, Goldie Hawn, Bjork, Bo Derek, Kevin Kline, Calvin Klein.

Label: