* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Oktober 30, 2006

Cerita Raya Kedua

Keesokan harinya...ibubapa Lang tetiba muncul dengan idea untuk ke Perak beraya di rumah mak cik di sana!! Mak cik yang berkahwin dengan bekas tentera laut itu dah lama menetap di sana dan dah bercucu pun!!Tak sangka pula akan ke negeri Perak yang pasti suasananya berbeza!!




>> aiyo..jangan tak tahu robot pun nak salam raya!!<<

Perjalanan dimulakan pada tengah hari Raya Kedua itu...jalan2 disekitar KL lenggang juga.. tapi tak selengang tahun2 lepas rasanya!! Mungkin tahun ni ramai yang tak dapat cuti gara2 perayaan berkembar dua!! Melalui jalan lama yang sudah dilebarkan...ternyata menarik pandangan apabila melalui kampung-kampung yang terletak di tepi jalan tersebut!! Ramai yang masih berbaju melayu seperti raya pertama pula buila melihatkan mereka berkunjungan di rumah kenalan masing2!! Terasa hidup kembali suasana raya dengan melihatkan pemandangan tersebut!!

Dalam perjalanan itu kemudian kami melalui satu pekan pula!! Hmm.. ada juga kedai yang sudah berniaga!! Papan tanda yang ada disitu ternyata menarik pandangan!! Antaranya pastilah kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa!! “Kelinik Raayat” sepatutnya “Klinik Rakyat” menjadi mukadimah!! Seterusnya “Kedai Pakaian” yang tiada kesalahan ejaan pada papan tandanya tetapi penggunaannya kerana kedai itu hanya menjual tikar getah, cerek dan peralatan rumah!!

Melalui satu lagi deretan kedai..Lang sudah tidak dapat menahan ketawa apabila terpampang perkataan “Pusat Bayi”!!!! Apakah kedai itu menjual Bayi atau hendak memberitahu kat situ ada pusat bayi yang dijual?? Macam2 hal!!

Selepas melalui pekan itu ...kami tersangkut pula dalam kesesakan lalu lintas selama lebih sejam! Hujan yang turun ...membuatkan Lang tertidur dalam perjalanan. Perjalanan yang sepatutnya 4 jam bertambah menjadi 6 jam akibat jem itu..dan kemudian kami tiba di pekan Lumut untuk singgah mengisi perut dahulu akibat kelaparan!! Ada juga gerai yang buka...hmm... dalam pada itu sempat mengusha Navy-navy yang hadir disitu!! Tezz-tizz lah pulak!! Dalam pada tu ...kesian plak kat diorang yang kena kerja di hari raya ini. Termasuklah adik Lang yang kerja di malam raya kedua! Lang plak cuti seminggu...hmmm bestnya!!

Selesai makan di gerai brader yang bulat itu, kami terus ke rumah mak cik Lang untuk beraya!! Oleh sebab bapa Lang yang kena bekerja keesokan harinya, kami Cuma sempat beraya selama 2 jam lebih saja sebelum berangkat pulang!! Perjalanan ke KL mengambil masa 4 jam sahaja kerana melalui highway!! Sampai di rumah Lang terus tidur dan tamatlah hari raya kedua tahun ini!!



>> aiyo...ni apa fesyen salam kayak gini??<<


Kesimpulannya raya tahun ini simple aje bagi Lang..meriah tu skit je lah...mungkin sebab ramai sedara rapat yang Lang tak dapat temui tahun ini dan melihat telatah mereka yang beraya di selatan tanah air.Apa-apa pun..syukur dapat meraikan raya tahun ini dengan sebaiknya dan puas dapat makan makanan kegemaran iaitu ketupat,rendang& kuah kacang!! Diharap semua kengkawan Lang juga gembira di Hari Raya tahun ini...ikhlas daripada Lang sekali lagi memohon ampun dan maaf segala dosa..dan halalkan segalanya ...huhu syahdulah pulak!! Moga bertemu di bulan yang mulia ini tahun hadapan pula!!!

Label: