Bab2: Gathering Berbuka
Kronologi hari keduaHari kedua dimulakan dengan sesi membuang taik mata selepas tidur dari subuh hari hingga jam 10 lebih....dan aktiviti seterusnya menonton drama berjudul “12 hari” sehingga jam 1230. Dalam pada itu, temujanji berjaya dibuat bersama Prodigy di KLCC bagi bertemu Angah,Grey&Himitsu sebelum Lang berangkat ke bandar S bagi menjemput seseorang!!! Lang tidak dapat bertemu Prodigy kerana kesuntukan masa dan terus ke Midvalley bersama seseorang yang amat penting bagi Lang!!!
Menurut mereka yang bertemu Prodigy ini berkata beliau ini bertubuh kecil dan obses dengan warna merah jambu!! Erm...agak2 jambu gaklah budaknya kot!! Tapi sayang belum ada rezeki bertemu Prodigy ini walaupun yang mengatur temu janji itu ialah Lang sendiri!!
Seterusnya Himitsu,Grey & Angah ke Midvalley bagi menempah tempat di Pizza Hut...yang mana tiba2 pihak restoren itu mengatakan tak boleh tempah2 dan segala macam benda syarat yang membuatkan kami beralih arah kepada Domino’s Pizza yang lebih mesra pelanggan dan tidak bersikap Diva!! Dalam pada itu, Lang mendapat SMS daripada Eddi yang tidak dapat join kerana berada di kampungnya di selatan tanah air!! Erm..tiada rezeki lagi!!
Kemudian Lang ke Midvalley...huhu malang pula masa kereta berbaris untuk masuk ke tempat parking itu Lang terlanggar perlahan kereta model yang sama di depan Lang sehingga no platnya retak....erm...peliknya no platnya saja yang terkesan..tapi kereta Lang tak de apa2 kecederaan langsung!! Kecelakaan itu setel ngan wang sahaja!!tiada calar-balar sebab pelanggaran itu terlalu perlahan gara2 terlepas brek!!Seterusnya Lang pun berjalan bersama seseorang yang penting bagi Lang itu iaitu F menuju ke Domino’s Pizza bagi memperkenalkan si dia yang Lang simpan selama ini!!
Tiba di depan Domino’s, Lang pun memperkenalkan F kepada mereka. Si F malu-malu kerana sememangnya dia seorang yang pemalu!! Kemudian Lang, F dan Himitsu ke kedai kek berhampiran bagi mendapatkan kek hari jadi untuk Angah yang telah diusha sejak semalam lagi!! Kek itu terus dibawak ke tempat duduk yang telah ditempah ketika Angah yang bagai dah tahu ada sesuatu yang dirancang!!
Kemudian hampir kepada waktu berbuka, tibalah para jemputan khas oleh Himitsu iaitu Cik Mi, Adlin dan Albert lalu mencukupkan kehadiran seramai 9 orang pada hari pertama itu!! Peserta pada hari tersebut mengikut susunan arah jam ialah Angah, Shah,Himitsu, Cik Mi ,Adlin, Albert, Grey, Lang dan F. Tema hari itu iaitu “Down to Earth” dengan tema warna2 tanah dan hijau tidak dipenuhi oleh Shah yang berbaju merah & Grey yang berbaju Kelabu!! Lang, Albert dan Adlin berbaju hijau petang itu!

Susunan kedudukan para jemputan pada sesi pertama
Ketika menjamu selera tersebut; Angah, Shah, Lang dan F tidak dapat berkenal rapat lagi dengan Cik Mi, Adlin dan Albert gara2 kedudukan meja memanjang yang berjauhan dan terpisah oleh tembok Grey dan Himitsu yang telahpun mengenali mereka!!Grey&Himitsu bagai melepas rindu terhadap rakan2 mereka ini namun sempat juga Lang mencelah-celah menyampuk perbualan mereka!! Sebenarnya Cik Mi ini Lang pernah baca blog dia, jadi adalah buah mulut sikit!!
Menu hari itu dimulakan dengan air Ice Lemon Tea diikuti dengan 4 jenis Pizza dan kek tiramisu yang sungguh lazat dan gebu!!Desert pisang yang dipesan juga sedap beserta roti garlic dan sup cendawan sebagai menu wajib di restoren piza!Ternyata jumlah makanan malam itu terlalu banyak bagi 9 orang dan terpaksa dibungkus sebahagiannya untuk mengelakkan pembaziran!
Ketika menjamu selera itu juga, Lang , Angah dan F dihiburkan oleh Shah yang semakin menunjukkan belangnya sebagai Ratu Propa profesional. Tak kering gusi mendengar celoteh beliau dan Angah juga menunjukkan warna dirinya yang juga menambahkan seri bual bicara! Di sebelah yang lain, Himitsu ,Grey, Adlin ,Albert dan Cik Mi juga membuat sesi mereka sendiri dengan tema “Ceritamu Ceritaku” diiringi suara jeritan umat2 Domino’s pizza yang sibuk dan menyibuk!
Sesi berbuka itu juga diserikan dengan drama “Will you marry me” di meja berjarak 5 meter dari kami oleh seorang Balak kepada Aweknya yang sama boing2!!Tahniah!!
Selesai makan, kami ke Jusco yang berada disitu. Tempat menjadi tumpuan ialah bahagian pakaian lelaki...spesifiknya dikawasan yang penuh ngan seluar-seluar kecik yang sangat digemari Grey dan Shah!! Paling mengkagetkan ialah kotak seluar dalam yang dijual dihiasi gambar ketupat!!????
Kami seterusnya ke Ampang Point untuk membolingkan diri disitu!! Namun begitu, Angah mengucap permisi dulu kerana ada urusan dan tempatnya diganti pula oleh Derek yang sangat talkative meskipun baru pertama kali Lang, F dan Shah bertemu!! Kami seterusnya menempah 2 lane dengan lane pertama ialah Lang, Himitsu, Derek dan Shah manakala lane kedua Adlin, Albert, Grey dan Cik Mi. F hanya menjadi pemain gantian Lang sahaja sebab beliau kepenatan malam itu!!Ketika berboling tersebutlah masing2 menunjukkan warna diri masing2 dan mula bermesra antara satu sama lain!!
Paling menonjol tentulah si Ratu Propa (Shah) yang mana aksi lambaian ratu setelah mendapat strike buat kali pertama dan terakhir pada malam itu lalu mengundang hilai tawa semua!! Begitu juga dengan gaya Derek yang baru kali kedua bermain boling dengan aksi penuh pening-katannya!! Namun begitu , aktiviti mensnap gambar juga mendapat tempat dihati... dengan Shah ternyata paling banyak muncul di setiap snap yang diambil!
Keputusan game pertama itu dijuarai Adlin,diikuti Himitsu, Lang, Albert, Cik Mi, Grey,Shah & Derek. Game kedua pula Adlin, Himitsu, Cik Mi, Grey, Albert, Lang, Shah dan Derek. (huhu...betul ke susunan ini???)
Dalam pada berboling itu, Lang mendapat mesej pula daripada Zerd yang mengatakan dirinya tidak dapat join hari itu kerana ada tugasan di opisnya!!Ermm...
Selesai berboling dan beramah mesra, kami seterusnya ke Jalan T.A.R untuk meninjau pasar Ramadan disitu yang mempunyai aneka pilihan untuk Hari Raya.Pun begitu, oleh kerana lewat tiba, pasar tersebut telah pun mula dikemaskan dan hendak tutup. Lang, Derek dan Cik Mi sempat juga membeli CD lagu cetak rompak di situ!!
Selesai disitu, kami ke Kg Baru pula untuk bersahur!! Walaupun jam baru menunjukkan jam 1.30, namun kami terus bersahur di Kg Baru yang agak sesak dengan kenderaan dan manusia itu! Restoren dipersimpangan jalan menjadi pilihan!! Sewaktu makan, Derek, Cik Mi dan Grey sempat menunjukkan gambar-gambar tersimpan di dalam kamera masing-masing. Derek menjadi perhatian apabila aksinya merayu orang lain supaya menghabiskan nasi goreng Pattaya nya!!Derek tidak jadi makan kerana nasi goreng itu mengandungi bahan larangan baginya! Derek hanya makan piza yang kami bungkus dari waktu berbuka tadi bagi mengisi perutnya yang ramping itu (eh perut ramping ke kempis??)
Selesai makan dan puas berborak ketika masing-masing sudah nampak amat keletihan, barulah kami berpisah disitu dengan Lang, F, Himitsu, Grey dan Shah pulang ke bandar B untuk merehatkan diri!! Kami sampai di chalet itu pada jam 5... Lang terus tertidur tanpa sedar Shah pulang pada jam 7 pagi dengan pengangkutan diberi nama Ekspress Senyap Angah!! Kepulangan Shah hanya disedari setelah Lang bangun pagi itu setelah diberitahu oleh Himitsu!!menci3
Label: kengkawan



