* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Oktober 30, 2006

Cerita Raya Pertama

Hai semua!!pekaba? macam ne raya kengkorang semua??hmm...bagi Lang , Raya tahun ni biasa-biasa saja... meriah lagi tahun lepas rasanya!!mungkin sebab tahun lepas dapat pulang ke rumah pusaka arwah nenek di selatan tanah air...itu yang lebih rasa rayanya!! Tahun ni terperuk je kat rumah ibu bapa Lang ni... kat sini suasana raya ada juga...leh tahan!Hmm..dah lama tak beraya disini ...dah 8 tahun lamanya!! Terasa lain macam pula...sebab selama ni cuma Hari Raya Haji je yang Lang sambut disini!!!

Hari terakhir Ramadan tahun ini...diisi dengan menghantar SMS raya kepada semua kawan-kawan Lang sampai habis separuh kredit yang masih berbaki !! kemudian acara menunggu balasan SMS dari merekalah pulak!! Hmm...penuh inbox dibuatnya!! Terima kasih semua yang balas tu!! Yang tak balas tu...jawablah kenapa tak balas??!!hmm ...napa ek??

Sambutan Hari Raya Puasa dimulakan di malam raya dengan kehadiran jemaah Marhaban yang selesai bertakbir di surau.... Upacara bertakbir raya itu diketuai oleh seorang pensyarah yang cukup Lang kenali sejak kecil lagi!! Pensyarah itu rajin ke surau dan hafal surah Yassin!! Taklah tua sangat...anak dia pun comel2!! Hikhik...

Selesai bertakbir raya...bacaan doa dibuat oleh pensyarah itu dan para jemaah dijemput makan dan minum oleh Tuan Rumah iaitu bapa Lang dan Lang sendiri!! seronok dapat bertakbir beramai-ramai dalam umah sendiri bersama para jemaah surau itu!! Seronok lagi bila dapat melihat bebudak kiut yang turut serta.....sempat gak Lang beramah mesra!! Comel plak sorang budak tu!!! (Ooops tak leh lelebih!!)

Para jemaah itu nampaknya kaget ngan hasil kerja cat oleh tangan Lang ni...hehe yelah...kaler striking...paling meriah digabung dengan kaler hijau!! Hehe... suka plak tengok mata diorang meliar tengok umah keluarga Lang ni!!Hiasan dalaman pula hasil kerja ibu Lang!!

Kemudian selesai makan dan minum ringan...kami semua bersalaman manakala bapa Lang sibuk menghulur duit raya kepada jemaah bertaraf remaja dan kanak2! Para jemaah itu kemudian ke rumah sebelah pula!!

Malam itu berakhir dengan tidur yang lena ... Lang yang tak sempat membeli kasut raya tidur je dengan pasrah....Malam yang dingin itu bapa dan adik Lang sempat keluar KL untuk membeli belah disaat akhir. Nasib Lang berubah akhirnya apabila dibelikan oleh bapa Lang yang mana kasut itu dipilih oleh adik Lang sendiri!! Diorang ni main taram je saiz kaki Lang...sib baik muat!! OK gak ler ada kasut raya untuk tahun ini!!

Pagi raya itu Lang bangun jam 7 lebih dan terus menggosok baju melayu kaler coklat yang baru dibeli ..pagi itu Lang kena plak sakit perut!! Gara-gara itu Lang terkandas sebelum dapat mandi sunat dan bersiap!! Keluar je bilik air dah jam 8.30 pagi...aiyo terkejar-kejar namun disebabkan kecederaan di kaki Lang yang berplaster bagai ni tak dapatlah nak berkejar lagi ke Surau yang sejauh 150 meter dari rumah itu!!
Hmmm... takpelah..tak dapat bersolat Raya...sunat je kan? Yang penting yang fardu!!

Kemudian aktiviti seterusnya ialah makan di pagi raya.....sunat gak tu... namun tak lama lepas itu.. perut Lang sekali lagi mengajak Lang ke bilik kecik itu!! Isk3... macam2 hal!!
Sesampai je kepulangan bapa Lang ke rumah, sesi drama airmata pun bermula!!Lang sekeluarga melutut,bersalam dan bermaaf-maafan antara satu sama lain... satu acara yang wajib setiap tahun....kesyahduan dan gelak tawa berselang seli... kerana pasti ada ayat masing2 yang mencuit hati!!Terasa sungguh rapat pula selepas bersalaman ini...yelah tanpa keluarga siapalah kita??

>>salam jangan tak salam..tapi biarlah ikhlas!! <<

Kemudian kami sekeluarga ke rumah nenek Lang disebelah umah untuk beraya di rumahnya!! Wah...ramai gak saudara... tak terlayan pula!! Tapi saudara sebelah sini kurang ummpph skit sebab ramai yang glemer2... tu yang Lang segan!! Artis2 le katakan!!

Lang tak lama sangat kat umah yang ramai selebriti tu dan pulang je kat umah selepas itu sebab ada pak cik dan mak cik lain yang datang!! Terasa best melayan sedara yang sederhana macam dorang ni!!

Lang kemudian disuruh menghantar hidangan kepada jiran-jiran terdekat! Dengan gaya jalan berterabur tanpa sempat nak ber-catwalk bagai...Lang pun melangkah ke rumah jiran-jiran sebelah menghantar juadah raya yang disediakan ibu. Lang tersangkut di sebuah rumah jiran yang mana anak bujangnya sebaya dan masa kecil sering bersaing terutama masa sekolah rendah dan sekolah agama!! Lang selalu dapat kalahkan dia ni walaupun kadang2 dia menag tipis!! Berbezalkah sekarang...dia dah ada kereta malah rupa sekarang dia dah macam bapak orang!!

Sempat beraya pulak kat umah dia...berbual panjang dan beramah mesra!!Macam2 cerita keluar..termasuklah kerja masing2,politik, isu semasa dan paling mengkagetkan hal nak berumah tangga!! Dia merancang nak berkahwin tahun depan!! Aiyo....dalam hal ni Lang memang ngaku kalah!!

Selesai beraya di rumah jiran itu...Lang dibalas dengan satu pinggan biskut raya untuk dibawa pulang....dalam perjalanan pulang itu Lang ditegur oleh seorang brader yang menanyakan dan meminta kuih yang Lang bawa dalam dulang itu untuk dihantar ke rumahnya!! Aiyo...siapalah brader ni ek?? Lang layan je...sebab dia kata dia kenal bapa Lang yang dikatakan glemer dalam kampung ni satu ketika dulu!! Hmm... tulah sebab kat kawasan rumah Lang ni ramai kenal Lang....Lang pulak sebaliknya!!Aiyo!!

Selesai melayan brader itu dan menjemputnya datang umah..Lang tiba di rumah dan terkejut pula tengok sedara mara dah penuh dalam rumah!! Lang salam mereka...dan melihat perubahan masing2...hmm...ramai sepupu dah jadi anak teruna dan comel2 belaka!! Biasalah bila jumpe mesti tanya soalan2 bonus...apalagi tentang apa yang dibuat sekarang...ermm...kerjalah tu!!

Selesai mereka beraya..Lang diberi pulak duit raya!! Aiyo...terasa muda kembali bila dapat duit raya!!hm...boleh lah tahun ni dapat kumpul banyak gak!!keh3...
Kemudian selepas melayan mereka...rumah Lang dimeriahkan dengan kehadiran kanak2 beraya dari serata ceruk kampung!! Uih ramai gak yang beraya disini tu!!Lang petang tu terasa ngantuk pul akibat makan terlalu banyak dan sempat melelapkan mata selama 10 minit sebelum Grey mengejutkan Lang dengan panggilan jarak jauhnya!! Seronok dapat berboran ngan mamat tu ...kemudian ilang plak ngantuk Lang itu!! Lang kemudian menelefon Himitsu yang dikatakan sibuk melayan para peminat ciliknya yang datang beraya!! Sempat plak kami bergosip sakan!!

Selesai menelefon Himitsu..Lang teruskan aktiviti membalas mesej yang datang bertalu-talu sambil mengadap TV dengan program Raya nya!! Itulah aktiviti Lang...depan TV je sambil berSMS seterusnya makan dan makan lagi!! Aktiviti itu diteruskan hingga ke malam!! Akibat aktiviti makan yang kerap..perut Lang pun meragam lagi hingga keesokan harinya!! Aiyo....menci3

Label: