Sudah seminggu (ketika artikel ini ditulis) berita pemergian bintang penghibur tersohor di dunia; Michael Jackson dan majlis memorialnya telah berlangsung dengan sambutan yang hebat seperti jangkaan MJ semasa hidup "It will be the greatest show on earth!!"
Lang meminati beberapa lagu MJ seperti You Are Not Alone, Beat It, Billie Jean, Earth Song dan kolobrasi We Are The World. Video klip MJ antara terawal Lang tonton ialah Thriller yang menggerunkan Lang yang belum tadika ketika itu ...setiap kali ke udara sehingga Lang menekup muka ketakutan! Bila ingat balik lucu plak sebab takut benar masa kecik dulu dengan adegan werewolf tu!!!
Walaupun hidup penuh kontroversi dengan pelbagai kisah, dikutuk, dikejar dengan cerita kurang elok, MJ tetap meneruskan kerjaya seninya. Lang teringat beberapa babak dalam siri Scary Movie (termasuk Disaster Movie dll) yang mentertawakan MJ..rasa berdosa plak bila difikirkan balik!!
Kematian MJ mengejutkan seluruh dunia terutama peminat seni muzik membuktikan gelaran Raja Pop sememangnya hanya miliknya. Namun amat pelik juga dimanakan suara jutaan peminatnya sebulan sebelum kematiannya ketika beliau merancang 'come back' serta konsert jelajah seluruh dunia yang akhirnya tidak kesampaian!? Bagaimanakah tahap sambutannya??
Pemergian MJ melonjakkan jualan single, album dan koleksi MJ. Jualan di Amerika Syarikat sahaja menunjukkan peningkatan sehingga melebihi 2000 peratus!!!!!
Sembilan single lagu MJ menduduki senarai teratas dan 3 albumnya berada di tempat teratas sepanjang minggu pemergiannya!
Pun begitu, amat pelik apabila pengeluar carta paling sensasi dan terhangat di dunia iaitu BILLBOARD (www.billboard.com) bagaikan tidak mahu mengiktiraf 'comeback' MJ ke carta itu!!
Tiada satu pun lagu& album MJ disenaraikan sedangkan album dan single yang menduduki tangga teratas ialah milik Black Eye Peas yang jualannya jauh lebih rendah berbanding 9 single lagu MJ dan 3 albumnya!! Ini bermakna BEP sebenarnya menduduki tangga ke4(album) dan ke10 (single) pada realitinya bagi jualan di Amerika Syarikat!!
Syarat Billboard yang tidak mahu menyenaraikan material yang berjaya masuk semula amat dikesali para peminatnya!! Ini kerana perkara yang sama tidak berlaku kepada Elvis dan The Beatles yang juga melonjak masuk kembali menjuarai carta setelah pemergian Elvis dan anggota The Beatles.
Tindakan Billboard ini dimarahi peminat MJ dan dianggap tidak relevan malah bagai tidak mengiktiraf kehebatan MJ yang kini dianggap lagenda yang sudah tiada lagi di dunia ini. Kini hanya maklumat Nielsen - Soundscan iaitu pengaudit jualan muzik AS menjadi rujukan untuk mengetahui jualan sebenar berbanding billboard yang nampaknya sudah hilang kredibiliti.
Apa-apa pun MJ tetap nombor satu ketika ini meskipun tindakan Billboard tidak me'nombor satu'kan MJ dalam program mereka!!
Untuk MJ marilah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau meskipun status agamanya hanya Allah yang tahu dan banyak kisah beliau yang masih menjadi misteri!
Dah agak lama tak menonton wayang apatah lagi nonton sekali ngan famili!! Hasil ajakan ahkak yang beriya nak nonton filem Geng buat kali ke berapa ntah (dah pun tengok sebelum ni) akhirnya berjaya gak kumpulkan famili untuk nonton filem animasi tempatan paling popular ni.
Petang tu...sewaktu nak beli tiket untuk tayangan malam nanti...di luar panggung begitu sesak dengan kaum keluarga dan kebanyakannya kanak-kanak yang merupakan peminat Upin&Ipin...watak utama filem ini yang dah hampir setahun dipromosikan di kaca TV. "Betul,Betul,Betul!" ungkapan yang tak abis2 kedengaran sana sini!!
Lang risau gak tak dapat tiket apabila panggung tu awal-awal lagi dah sediakan notis waktu-waktu tayangan yang sudah habis dijual bagi filem Geng ni. akhirrnya dapat jua beli tiket untuk menonton bersama ahli keluarga malam itu nanti!
Selesai beli tiket kemudian pulang ke rumah berehat dulu sebelum kembali ke panggung malam nanti. Dalam perjalanan keluar dari kompleks beli belah itu ..kelihatan seorang bapa mempromosi filem Geng kepada anaknya untuk menonton filem itu dengan ungkapan "betul3" demi memujuk anaknya!! wah...bapa pula yang melebih lebih ni...jangan terkejut!!
Bila dah belikan tiket reaksi bapa Lang agak kurang memberansangkan..yelah..tengok kartun kat wayang kan?? Namun aktiviti kekeluargaan ni memang tak kan dilepaskannya apatah lagi nak ditolak!!
Waktu yang ditunggu2 pun tiba...tiba di panggung terserempak pula bekas rakan sekolej bersama buah hatinya...bila ditanya filem apa pilihannya...jawabnya dengan lancar "Geng-Upin&Ipin!"..nasib pula Lang dapat tiket panggung bernombor berlainan!!
Waktu tayangan terlewat gara-gara kesesakan panggung yang luar biasa dipanggung itu!! Sesak..penuh ngan adik-adik, akak-aka, abang-abang, makcik pakcik...semuanya nak tonton filem Geng ni!! Wah....kaget dibuatnya!! (ramai tez tiz pulak!!)
Akhirnya filem pun ditayangkan setelah lewat hampir 20minit. Panggung itu penuh...tiada satu kerusi kosong pun!
Filem itu penuh dengan kesan bunyi yang baik dan pastinya grafik yang mengkagumkan! Paling dinantikan ialah watak Upin& Ipin yang muncul lebih kurang 15 minit kemudian.
Memang banyak adegan melucukan dan aksi saspen pun ada!! Sesuai dengan tagline "pengembaraan bermula" Ibu dan bapa Lang pun terus teruja!! tak sangka!! Ada juga watak comel lain dalam filem ni...sampai ramai bersorak "comelnya!!!"
Filem ini mempunyai graf yang agak cantik dengan irama lucu diselangi adegan dramatik dan saspen dan hujungnya drama yang leh menyebakkan dada kanak-kanak. Pada adegan saspen...ada plak kanak-kanak terjerit jerit!! Fuohhh!!
Kesudahannya..memang tak rugi tonton filem ni... kepada yang mempunyai prinsip - prionsip seperti ini hendaklah tonton filem ini dulu yer..dan timbang-timbang lah dulu
1) " Eee..wat pe tengok filem Melayu apatah lagi Filem Malaysia ni?? Bazir jer...baik tengok filem luar negara!!" - Dah sah verangan diva international....suka nilai daripada poster je kot!
2) " La...apa tengok kartun ni...macam budak-budak lor" - Ni ego ler konon...macam ler ilang macho kalau tengok kartun ni...bis tu tengok anime & baca komik tu bleh plak!!???
3) " Tiket mahal ler...baik beli DVD je" - yang ni tatau ler cakap per....takkan nak sponsor tiket plak!!
Lang dengan ni mengesyorkan untuk tonton je filem ni...jangan rasa rugi dulu ok...tapi Lang tak rekemen kepada diva feeling international, cik embun feeling macho 24-7 atau cik Senah penuh speku awal dan cik Mamat yang tak leh tengok kartun,komik,grafik hatta lukisan pada pandangan matanya langsung!! Dengan modal RM4 juta ..marilah kita sokong filem tempatan yang berkualiti ini moga-moga nanti ada siri yang seterusnya!!
(Lang sedang 'feeling' guru Bahasa Malaysia ketika ini) Murid-murid....Selain menggunakan nama sendiri atau gelaran bagi membahasakan diri ...dalam Bahasa Malaysia terdapat penggunaan perkataan yang lain
Saya: Menggunakan 'saya' sebagai membahasakan diri sendiri dianggap sopan dan lembut di telinga kebanyakan oleh masyarakat semenanjung terutama di negeri-negeri selatan dan tengah Semenanjung Malaysia yang menggunakan loghat Melayu Johor-Riau. Umumnya loghat Melayu Johor-Riau diangkat sebagai sebutan rasmi Bahasa Malaysia setelah sebutan baku dimansuhkan bagi membezakan bunyi Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.
Orang Melayu Semenanjung selalu membahasakan diri 'saya' apabila bercakap dengan orang yang dihormati seperti guru,kawan rapat atau ibu bapa bagi menjaga kesopanan dalam berbahasa
Aku, Daku: Menggunakan 'aku' dalam pertuturan kadangkala dianggap kurang sesuai bagi masyarakat Melayu Semenanjung kerana bunyinya yang agak kasar. Penggunaan 'aku' selalunya apabila berbicara dengan orang yang dianggap sama atau lebih rendah darjat/pangkat atau umurnya. Pun begitu 'aku' juga digunakan untuk membahasakan diri hamba yang lemah di dalam bacaan doa ! Justeru tidak hjairanlah masyarakat Jawa dan kepulauan nusantara menggunakan 'aku' dan menganggap 'aku' tu bunyinya lebih lembut! Aku juga selalu digunakan oleh masyarakat di Utara Semenanjung dan Sarawak.
Penggunaan 'daku' amatlah jarang dalam pertuturan harian dan hanya digunakan dalam puisi atau lirik lagu sahaja.
Beta Digunakan oleh golongan kerabat di raja sahaja. yang bukan kerabat di raja tu sila jangan berangan nak guna 'beta' yer..kang kena baling batu bata tak pasal pasal!
Patik Digunakan oleh golongan rakyat bagi membahasakan diri dengan kerabat di raja yang membahasakan dirinya 'beta' sebagai balasan.
Bahasa Daerah/ Negeri....
Den, Eden 'Den' atau kadangkala 'Eden' digunakan oleh masyarakat Minang dan orang Negeri Sembilan bagi membahasakan diri mereka. Bagi yang tak mengerti(masyarakat luar), mungkin menganggap rakyat satu Negeri Sembilan tu nama bermula dengan 'DEN'!
Kami/Kamek Bagi orang di Sarawak penggunaan Kamek bukan asing lagi. Tapi di Semenanjung Malaysia ada juga yang menggunakan 'Kami' bagi membahasakan diri sendiri ketika berbicara. Bunyi 'kami' ni bagai menggambarkan ramai orang tapi bagi masyarakat Peranakan atau Baba Nyonya dan beberapa masyarakat di Melaka dan Pulau Pinang 'kami' ni maksudnya saya!
Oku 'Oku' ni digunakan oleh masyarakat di Sabah. Bunyi dan fungsinya sama je dengan 'Aku'. Oku ni bukan maksud untuk digunakan oleh OKU (Orang Kurang Upaya) sahaja yer!
Che' Che'( sebutannya Chek) selalunya digunakan oleh masyarakat di Pulau Pinang bagi memaksudkan diri mereka. Walaupun dah bergelar puan hatta nenek bagai, perkataan Che' tetap digunakan bagi membahasakan diri mereka tu!!
Teman/Kawe/Kawan Mungkin agak janggal apabila perkataan yang bermaksud sahabat atau kenalan rapat digunakan sebagai ganti nama diri sendiri. Penggunaan 'Teman' di Perak atau 'Temang' atau 'Kawang' di Terengganu, 'Kawe' di Kelantan atau 'Kawan' di Johor pasti mengundang pelik bagi masyarakat yang tak faham dengan bahasa mereka ini! Macam mana plak mereka boleh membahasakan diri mereka tu sebagai kawan atau teman kepada semua orang?? Orang Mungkin ada yang lagi pelik bila mendengar sesorang itu membahasakan dirinya 'orang'. Ini digunakan oleh beberapa masyarakat Melayu di Johor, Melaka, Selangor dan Pahang bagi mewakilkan dirinya dalam nada yang lembut bila berbicara (selalunya dengan kaum keluarga)
Ada kisah lucu kawan Lang dari Utara yang nak mengorat awek Johor, dengar awek ni membahasakan dirinya sebagai 'orang' ketika berbicara dengannya terus kawan Lang tu ingat perkataan 'orang' tu adalah gelaran manjanya!!
Hari-harilah kawan Lang tu dok tanya kat awek tu "Orang sihat tak hari ni??""Orang dah makan ke belum?" "Orang OK tak ni?" .....Hmmm..kalau orang Johor dengar dan cuba mengertikan macam si budak Utara tu dok kata "aku sihat tak hari ni??" , "aku dah makan ke belum?" ,"aku OK tak ni?" ~Lang tersenyum sinis sebab dah tegur pun sombong bodoh orang nyer!~
Berasal Daripada Bahasa Bukan Melayu....
Gua / Wa: 'Gua' bukan maksudnya lubang dalam bukit tu...tapi 'Gua' digunakan oleh masyakat Melayu di bandar besar yang selalunya perasan dirinya ganas dan hebat. Penggunaan 'Gua' amat popular bagi golongan yang meminati muzik rock , mat gian atau geng-geng bas sekolah yang merasakan dirinya akan dikagumi bila menggunakan 'gua' dalam setiapbutir bicaranya.
Sebenarnya 'Gua' pengguna asalnya adalah masyarakat Tiong Hwa yang kini lebih kerap menggunakan 'Wa' untuk membahasakan diri mereka apabila berbicara dalam Bahasa Melayu.
Watashi 'Watashi' berasal daripada Bahasa Jepun dan amat jarang di dengar digunakan oleh masyarakat Melayu Malaysia kecuali bagi mereka yang pernah tinggal atau belajar bahasa Jepun ataupun mereka yang gila dengan kartun atau komik anime. Pun begitu penggunaan 'Watashi' dalam bahasa Melayu ni lebih menyerlah dalam filem P.Ramlee " Ali Baba Bujang Lapok ' oleh penyamun yang berpakaian tentera Jepun tu!!
Ana 'Ana' digunakan oleh kebanyakan pelajar atau lepasan madrasah dan pengajian Islam dan juga masyarakat Melayu yang berketurunan Timur Tengah. 'Ana' yang berasal dari Bahasa Arab turut digunakan (kadangkala) oleh orang yang perasan ilmunya lebih tinggi daripada yang lain dengan niat riak dan menunjuk-nunjuk! masya Allah!!
I 'I' selalunya digunakan dalam Bahasa Rojak (bercampur Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu) oleh masyarakat Melayu Moden apabila dirinya merasakan feeling world class atau bertaraf diva antarabangsa!Masalahnya, 'kelas' ke kau??? Iols
Perkataan 'Iols' yang merupakan gabungan perkataan yang salah tatabahasa dan 'wrong Grammar' iaitu 'I +All' . Perkataan 'Iols" ini memandai mandai dicipta oleh golongan hadek-hadek dan hakak-hakak bagi membalas perkataan 'Uols' yang berasal daripada perkataan 'You+All' . Perkataan 'Iols' turut digunakan beberapa blogger bagi membahasakan diri mereka. Ooops ada Lang tergunakannye ke??
Mama/ Mak/ Akak ni selalu digunakan oleh para ibu dan kakak-kakak apabila membahasakan diri mereka dengan anak atau adik beradik. Pun gitu ada gak yang menggunakannya bagi melambangkan betapa 'Mak Hayam' nya dan Diva dirinya itu!! "Koser tau mak layan uols!!"
Senyum seindah suria,yang membawa cahya,senyumlah dari hati ,duniamu bererti...Senyum umpama titian... dalam kehidupan,kau tersenyum,ku tersenyum, kemesraan menguntum...Senyum,kepada semua..senyumanmu,amatlah berharga...Senyum,membahagiakan,dengan senyuman,terjalinlah....ikatan...
Lagu ni ialah jingle atau lagu kempen senyum mesra dalam memberi perkhidmatan dan melaksanakan urusan harian..kira macam iklanlah juga... iklan ni ehsan atau terbitan Maybank dalam penghujung tahun 1980an dan awal 90an macam tu.. Lagu duet lelaki dan wanita...Suara penyanyinya sedap...jayjay kalau tak silap!Lagu pun sedap lah di telinga Lang yang masih kecil lagi...yang masa tu ala-ala bagai gahara gitu!!
Lagu ni penah gak jadi lagu tema persahabatan ketika di kolej dulu...lirik agak kurang sesuai tapi memberi kesan yang agak mendalam...Lang tercari-cari kalau ada link untuk mendapatkan lagu ni....lagu pendek...lagu iklan RTM plak tu...hmm bertuahlah kan??
Lang cuma terjumpa versi nyanyian semula ..video amatur di youtube... ni sampel lagunya..
tentu2lah nyanyian asal jauh lagi merdu!!
Anyway kalau kengkawan ada lagu-lagu iklan atau lagu kempen yang memberi kesan sampai hari ni story mory lah sikit yer!!
Hmm dah 3 minggu AF 6 bersiaran....ada ke yg demam?? Lang dapat saksikan secara tertunda sahaja konsert minggu lalu gara-gara kena kerja malam tu. Minggu ni pun sama juga la...keje malam sabtu lagi!! Hmm...apa-apa pun Lang nak gak komen sejak dah ‘terlepas mulut’ untuk musim yang lalu....ini komen rumusan setiap peserta setelah 3 minggu berlalu...
Yana-24 tahun,K.Kangsar,Perak (tersingkir minggu pertama) Lagu: Tapak Sulaiman
Yana ni suara tak de masalah..Cuma kedengaran biasa-biasa aje...faktor untuk diundi peminat pun amaat kurengs!!! Jadi memang tak terkezut dia terkeluar meskipun ada yang wat persembahan lebih burux daripada Yana ni pada minggu pertama!!
Ika- 19 tahun, P.Pinang (tersingkir minggu kedua) tagline: “i like” Lagu: Kesetiaan & Malu tapi mahu
Ika ni macam ne leh terlepas ek? Dengan kelemahan suara yang teramat ketara ...teramatlah pelik bahagian kualiti AF ni leh lepaskan Ika ni masuk kedalam kandang AF?? Kedua-dua persembahan Ika sungguh menyakitkan mata dan telinga...mungkin benar kata Adlin. Yang menarik semasa persembahan Ika ialah but dan tali pinggang jer!! Tapi leh plak Ika ni brangan dia tu ala2 Mila AF5???
Naim ni juga mempunyai masalah suara. Masalahnya, beliau ni langsung tak punyai ton sebagai penyanyi!! Aiyo...sape yg jaga kualiti AF 6 ni ek? Sekali lagi , baik ganti orang yang lebih layak ok!! Naim ni sesuai berlakon je kot!!
Lufya- 23, JB, Johor (tersingkir minggu ketiga) tagline: “Gerek Seh!!” Lagu: Engkar, Cintaku 100% & Tika dan saat ini.
Amatlah malang Lufya ni tersingkir awal. Memang Lang suka akan warna suara Lufya ni. Lufya mempunyai potensi yang baik untuk bergelar penyanyi kalau diberi lebih masa. Tragedi ‘tiak basah’ mungkin faktor utama penyingkiran Lufya. Agak kesian juga tiada kredit diberikan kepada Lufya meskipun berjaya membawa lagu sukar “Tika dan saat ini” dengan kawalan vokal yang bagus!
Faisal -21, KL tagline: “Salaam”
Lagu: Satu Kiblat Yang Sama ,Ranggi Metropolis & Sentuhan Kecundang
~aksi bersama mikropon...huhu asik banget ek??~
Faisal ni kadang kadang tez gak..(haha perlu ke highlight??) Faisal ni pun punyai masalah seperti Ika..iaitu “pekak ton” (tone deaf) . Lenggok ala nasyid memang kedengaran meskipun membawakan lagu rock. Oh Faisal ni bekas anggota kumpulan nasyid rupa-rupanya...Harap jangan master gaya je bak kata Ning...sebab Faisal ni kalau nyanyi gaya je lebih (sama macam Ika) tak padan pun ngan vokal!!
Ibu beranak 4 ni tak yah lah kenalkan lagi...dah adiknya pun popular kan? Tapi Saida ni pemalu sungguh dan asik nangis jer ! Dari segi nyanyian...bunyi ‘sengau’ tu dah leh cam dari keluarga mana...memang ada persamaan tapi suara ada lain sikit. Saida ni pun banyak part nyanyi sumbengs....mungkin “pekak ton” lagi sorang dalam AF!!
Alif-22, P.Pinang Tagline: “Baguih la ” Lagu: Sayang sayang, Angan dan sedar & Kamelia
Alif ni memulakan AF ngan persembahan lemau. Vokal tak bertenaga sehingga Aidit (pengkritik) bertanyakan tentang kesihatan Alif. Pun begitu untuk lagu Kamelia macam ada sesuatu merasuk Alif...persembahannya berbeza sekali. Macam ‘hantu’ pun ada!
Toi-31, JB,Johor Lagu: Pagi yang gelap, Sang Pencinta & C.I.N.T.A
Toi ni memang ‘alien’. Ketika konsert pertama, beliau macam berada di dunianya sendiri..kadang kala macam syok sendiri pun ada! Namun beliau tahu nak tarik perhatian penonton. Beliau tahu nada suara yang sesuai untuk nyanyiannya..itu merupakan satu kelebihan Toi. Pun begitu ketika menyanyikan Sang Pencinta, persembahan Toi agak membosankan.
Nubhan- 22,K.Pilah, Negeri 9. Lagu: Ruang Rindu, Tak bisa memilihmu & Summer of 69
Nubhan punyai suara unik namun dari segi julat suaranya agak sempit. Kadangkala kedengaran suara Nubhan macam tercekik.Pun begitu ton suaranya itu menyelamatkan keadaan. Nubhan ni mungkin adalah “Kaer” bagi AF6 ni.
Stanly- 25,Kuching,Sarawak tagline: “Waah seh!!” Lagu: You raise me up, Sudah tu sudah & Patahnya sayap malam
Meskipun Astro menggambarkan Stanly ni mempunyai kehebatan seperti Idayu AF 3, namun ternyata Stanly tidak dapat mengaplikasi ilmu muzik yang ada padanya untuk menjadikan persembahannya memukau. Konsert pertama mungkin merupakan lagu makanannya. Pun begitu kawalan vokalnya agak berserabut. Ketika menyanyi besama Nadia pada konsert yang lalu..itu merupakan suara terbaiknya setakat ini. Betul ke Stanly dotdotdot??ooops!!
Riz- 22,Gerik,Perak tagline: “apa ke hei tu Yob?”
Lagu: Ketulusan Hati, Separuh Masa& Dari Sinar mata.
Riz ni merupakan bekas peserta Malaysian Idol dan merupakan anggota Equal Star dalam Gangstarz TV3. Jadi tak heranla beliau kelihatan selesa diatas pentas besar. Tak dapat dinafikan Riz bijak mengawal suara dan sebutannya walaupun ada kedengaran ala Anuar Zain. Setakat ini persembahan Riz konsisten. Riz ni sejiwa sejawa ngan Stanly ek...Ooops..matilah kang kontrolbesi!!
Sorang lagi ex-Gangstarz TV3. Stacy ni anggota kumpulan E-Voke. Lontaran suara Stacy memang tidak mengecewakan. Suara dan kawalan vokal Stacy ni lebih baik berbanding Candy AF5. Persembahan Stacy agak konsisten..sama seperti Riz...Cuma spesis je lain!!Oops
Rina-44, Selangor tagline: “Gotcha!” Lagu: Simply the best, Ku seru & Enter sandman
Ibu tunggal yang merupakan nenek kepada 2 cucu ni memang mencetuskan kontroversi dan cakap-cakap tentang AF. Patutlah wartawan menamakan Rina sebagai ‘aset AF6’ disamping Saida. Aiyo...ni nak kembalikan memori Mas AF 2 ke?? Dari segi persembahan dan vokal , Mama Rina atau Makcik Rina yang dipanggil Ajai ni memang tak mengecewakan. Pun begitu ketika lagu Ku seru, persembahan Rina amat membosankan!!
Nadia- 18, KL tagline: “Redah je” Lagu: Rindu, Umbrella & Total Eclipse of The Heart
"Kalau ada payung...leh la redah jer ujan lebat!!!"
Nadia punyai suara yang baik dan lontaran yang padu. Sesuai dengan tema “Redah je’ memang Nadia ni punyai potensi yang besar. Ala2 Amylea AF3 ...Nadia ni mampu beri saingan kepada peserta wanita AF yang sebelum ini seperti Farhan, Amylea dan Mila. Pun begitu persembahan terlebih yakin untuk lagu YUm-brella memang kurang sesuai untuk Nadia. Tapi persembahannya setakat ini belum mengecewakan Lang. Harap Nadia memperbaiki sebutannya. Untuk Total Eclipse of The Heart , Nadia memang roxx!!Itu merupakan vokal terbaik dalam konsert AF6 setakat ini!!
AF 6 mencipta sejarah sebagai AF pertama yang membenarkan pelajar beraksi miming lagu “Menuju Puncak” dengan suara Juwita Suwito tahun 2002!!??
Hm...saban hari Lang mengisi hari di kafe siber melayan internet, mencari peluang pekerjaan dan mendapatkan maklumat , dan sejak beberapa bulan ini waktu di kafe siber ‘terpanjang’ pula gara-gara kegilaan terbaru Lang iaitu memuat turun video daripada youtube.
Naik penuh dah harddisk PC kat umah dengan hasil 'kerja' LAng ni....ok lah, ni LAng cuma nak kongsi ilmu yang dah ada ni sebab ada dulu yang insan tanya macam mana nak muat turun video dari dalam youtube ni....da alang-alang ni...LAng buat jelah entri ini......
aplikasi yang LAng ajar ni boleh juga diguna pakai untuk googlevideo dan lain-lain....ok inilah prosedur nya!!!
Mula-mula dapatkan ‘URL link’ daripada video youtube tersebut.
Yeah...akhirnya terbongkar jua rupa model terbaru Proton yang akan menggantikan Proton Saga/Iswara lama yang mungkin guna nama Proton SAGA juga! Ini dia snapshot yang dapat dicuri lagi...gambar ini kat opis LG Design Studio (syarikat Korea) yang jadi rakan Proton kali ini. LG juga akan membantu Proton mereka MPV baru yang bakal keluar setahun lagi.
Rekaan Korea ini dah nampak ala-ala Kia dan Hyundai (sebutan Korea; Hi-Un-Dai, bukan HYUNDEY!........jangan ikut sebutan Mat Saleh perasan okay!)
Dengan Audio dari Syarikat Eropah iaitu Clarion yang wat sistem audio untuk Lotus dan Savvy, papan meter oleh Siemens dan enjin baru yang dikod dengan nama IAFM yang dikatakan oleh Bos Proton sebagai Upgraded Campro 1.3...
Bahagian belakang ni cantik gak...dah tertera pun nama SAGA tu!!
Hmm semua spesifikasi kedengaran gempak..... Tapi katanya versi penuh yang asal terlebih kos pengeluaran jadi ada yang kena kaji lagi sebab nak letak harga yang bakal mengkagetkan peminat kereta di Malaysia!
Kalau benarlah harga sekitar RM40k dan ke bawah, maka sama-samalah kita mengucapkan 'Selamat Bungkus' kepada jualan Viva, Myvi, Suria, Sutera dan sedara mara mereka itu!!
Mesti semua pelikkan nape tetiba kuar entri sebegini? Kadang-kadang Lang teringin nak tulis benda benda lain plak. Sebenarnya dah lama nak menulis perihal ni sejak bulan Ogos lagi tapi asyik tertangguh. Ini pasal kereta nasional kita, Proton. Berbanding Naza dan Perodua yang cuma menukar jenama kereta yang dipasang, Proton adalah satu-satunya kereta nasional yang tak perlu membayar royalti kepada syarikat lain untuk model keluarannya.
Terbaca dalam internet ramai rakyat Malaysia yang suka menghentam Proton terutama sejak keluarnya model-model seperti Proton Juara, Arena dan Savvy.
Namun baru-baru ini Savvy memenangi anugerah di Indonesia sebagai kereta bandar terbaik menewaskan Suzuki dari Jepun dan Cherry dari China selepas menang anugerah kat Malaysia dan mencipta rekod Malaysia . Siapa nak jawab tu?
Napa ye satu-satunya kereta milik tempatan yang direka dan dibina dengan sendiri sejak Proton Waja tahun 2000 ni menjadi sasaran utama? Bagi Lang, memang ada yang perlu diperbaiki oleh Proton untuk lebih dihormati oleh ramai peminat dunia permotoran. Tapi kereta jenama lain juga ada yang lebih teruk daripada Proton. Janganlah kata Proton ni kereta paling teruk di dunia okay!
Terbaru Proton berjaya menjadi hits semula dengan munculnya Proton Persona. Model ini sepatutnya di keluarkan bersama-sama Gen 2 dulu tapi ada krisis katanya. Persona menjadi hits tertinggi Proton selepas era model terlarisnya iaitu Proton Wira. Memang wajarlah Persona dinamakan model gantian Wira!! Sekarang pun kalau kat KL memang dah berlambak jumpa Persona ni kat mana-mana padahal baru nak masuk 3 bulan tu uols!
Lang pun dah lama bawa Proton Gen 2 selepas kereta pertama dalam hidupku yang kupandu iaitu Perodua Kancil. Memang ada banyak masalah pulak kereta bapaku ini. Biasalah, kalau beli barang ni memang kadang-kadang nasib tak baik dapat yang kualiti kurang. Tapi taklah sampai rasa serik dihati dengan Proton ni!! Pakai Perodua dulu pun ada problem gak!
Akan datang Proton akan keluarkan model gantian Saga/Iswara dan MPV. Shot-shot curi ini dah lama Lang dapat dari blog popular Paul Tan. Inilah dia Proton yang akan dibuka tempahan dalam 2 bulan lagi dengan kod Proton BLM. Ia dibina diatas platform Savvy khabarnya,tapi kelihatan bahagian depan seperti Proton Satria Neo dan bahagian belakang seperti Proton Waja.
Adakah ini bakal menjadi ‘Baby Waja’ atau ‘Baby Persona’? Proton terbaru ini ialah sedan kompak bersaiz seperti Toyota Vios dan Honda City tetapi menggunakan enjin Campro 1.3 yang diperbaiki dan ditingkatkan. Harga alat gantinya kata Proton akan dimurahkan lagi namun kualitinya tetap dijaga! Harganya dibawah RM40k (lebih murah dari Savvy dan Viva), wah jadi bulanan dalam RM300 sahaja!Ini satu pakej yang menarik bagi orang yang nak memiliki kereta buat kali pertama! Kalau ditanya Lang, kemungkinan besar model terbaru ini akan menjadi hits sekali lagi buat Proton. Wah....tetiba plak feeling jadi promoter Proton uols!!
Hmm...berangan je Lang ni kan?? Dulu masa kerja dulu memang target nak wat loan kereta tahun depan tapi nampaknya terpaksa aku redha... menunggu sampai rezeki ada.
Alhamdulillah, syukur.. 50 tahun negara kita sudah merdeka...atau secara tepatnya 50 tahun Tanah Melayu merdeka. Terima kasih para pejuang kemerdekaan yang telah memerah keringat dan menumpahkan darah..Allah sahaja boleh membalas jasa-jasamu....kepada yang telah tiada Al FAtihah.
Harus kita ingat....Jangan samakan Hari Kemerdekaan ini dengan Hari Kelahiran MAlaysia, kerana Malaysia hanya dilahirkan pada 16 September 1963 dengan gabungan Malaya(Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura...dimana seterusnya Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada 1965.
Jadi harapnya jangan la sesekali ada yg ucapkan selamat Hari JAdi MAlaysia pada 31 Ogos kerana....ermm fikir2 lah sendiri yer!!!!
Hari perayaan tahun ini seharusnya disambut penuh kesyukuran dan semangat cintakan negara yang tinggi...Oh Malaysia...aku sayang padamu!!Tiada negara yang setanding Malaysia dihatiku!!Merdeka!!!
Di sebuah hutan, hidup si belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi antara belalang lainnya. Belalang ini sangat bangga dengan kemampuannya itu. Ia asyik melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi. Dari atas pohon tersebut, belalang dapat melihat sebuah desa yang indah. Suatu hari, burung merpati mengajaknya ke desa tersebut.
Setelah mendarat, mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa sehinggalah sampai di taman berpagar tinggi yang dijaga oleh anjing besar. Belalang bertanya, « Siapakah kamu dan apa yang kamu lakukan disini ? » « Aku anjing penjaga taman ini. Aku dipilih majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini , » jaewab anjing dengan sombongnya. Panas sungguh hati belalang. « Hello, tidak semua binatang boleh kau kalahkan. Aku mampu mengalahkanmu. Aku mencabarmu bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi di antara kita.”
“ Baik! Di depan sana ada pagar tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang berupaya melompati pagar tersebut.” Giliran pertama adalah si anjing. Setelah mengambil langkah, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa itu.
Wuff wuff wuff!!
Si belalang pula mengambil tempat. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat.
Namun ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut dan belalang itu jatuh ke tempatnya semula. Dia cuba melompat lagi dan lagi namun ternyata gagal juga. Sambil tertawa si anjing berkata, “ Nah, belalang, apa lagi yang mahu kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.” “ Belum . Cabaran pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika aku yang menentukan cabaran kedua?”
“ Apa pun cabaran itu, aku bersedia,” tukas si anjing. Tambah belalang, « Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di satu tempat. Pemenangnya akan diukur bukan seberapa tinggi dia melompat tapi dari lompatan yang dilakukan tersebut, berapa kali tinggi tubuhnya.” Dari lompatannya, ternyata anjing berjaya melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Tiba giliran si belalang. Lompatannya hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara 40 kali tinggi tubuhnya.
Belalang menjadi pemenang untuk perlumbaan kedua ini. “Hebat. Tapi pemenangnya belum aa. Kita seri dan harus mengaadkan lumba ketiga,” kata si anjing.” Tidak perlu, jawab si belalang. “Kerana, pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang diadakan adalah daripada mereka yang menentukan standard perlumbaannya.
eeet!!eeet!!
“ Pada perlumbaan pertama kamu yang menentukan standard perlumbaan dan kamu yang menang. Lumba keduu saya yang menentukan, saya pula yang menang!”
“Maknanya, kamu dan saya mempunyai potensi dan standard yang berbeza tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kejayaan sejati adalah dengan potensi yang kamu miliki, kamu mampu melampaui standard dirimu sendiri. Setuju ? »
Pengajarannya betapa kita sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain- profesion, pendapatan, pakaian, kenderaan, harta benda, kejayaan kita dan seterusnya. Hasilnya? Ada kalanya muncul perasaan – perasaan negatif seperti iri hati atau kecewa pada diri sendiri sekali gus menyingkirkan rasa syukur atas kehidupan kita. Namun, kala yang lain muncul juga semacam motivasi untuk lebih maju dan berusaha lebih tekun agar boleh melampaui orang lain.
Justeru, cara bersaing yang lebih sesuai adalah dengan diri sendiri. Mulailah mengukur kemajuan kita tahun ini berdasarkan prestasi kita pada tahun lepas. Kita tetapkan bahawa tahun ini kita harus lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya; pendapatan dan sumbangan tahun ini diusahakan lebih tinggi; pengetahuan ditingkatkan dari tahun yang silam; tali silaturahim direntangkan dengan lebih lebar; kualiti ibadah diperdalam; memperbanyakkan amalan baik dan bukannya membuang masa bercakap hal orang dan sebagainya.
Dengan cara ini, kita ternyata lebih mampu mengatasi penyakit-penyakit seperti iri hati, dengi, rasa kecewa pada diri sendiri yang akhirnya bukan saja boleh membinasakan fizikal tetapi juga akal fikiran yang waras. Berlumba untuk memecahakn rekod peribadi yang baru, melampaui rekod yang tercapai di masa lalu, ternyata menimbulkan rasa syukur yang begitu asyik dan membahagiakan. Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, melainkan kemenangan atas hawa nafsu dan diri sendiri.
(karya PUTRI, Mingguan Malaysia 5 Ogos 2007)
ngomel Blalanglalang- tak kenal lah pulak dengan si belalang itu. Sian kat burung merpati tu jadi pelakon tambahan, lepas tu lesap ntah ke mana!kesimpulannya, jangan terlalu mudah banding-bandingkan orang dan melihat kelemahannya sahaja!!
Pengajaran : ukur baju di badan sendiri, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Biar apa pun jua kehebatan diri dan biar di mana pun bumi dipijak, langit yang sama juga tetap dijunjung ! Ikutlah jua resmi padi, makin tunduk makin berisi.
Pertandingan Ikon Malaysia dah pun bermula. Ramai yang pertikai perkataan Ikon dalam pertandingan ini. Bagi Lang, kita boleh samakan tajuk pertandingan ini seperti Malaysian Idol juga yang mencari seorang idola baru.
Begitulah juga Ikon Malaysia yang nak mengetengahkan Ikon baru. Jadi tak perlulah runsing mengenai perkara tak mengiktiraf artis yang dah pun tersedia dianggap ikon pada era masing-masing!!
Semalam dah disaksikan pertandingan pusingan ke separuh akhir kategori grup untuk Ikon Malaysia di Astro Ria. Nampaknya kebanyakan kumpulan Rock berjaya memukau dengan persembahan mantap seperti May dan Amuk. Pun begitu keputusan yang layak ke Separuh Akhir Ikon Malaysia hanya akan diketahui pada 30 Jun nanti di Buzz Ikon Malaysia jam 9 malam di Astro Ria.
1.
Jaclyn Victor
Siapa yang tidak kenal dengan keistimewaan Jac? Lagu nada tinggi boleh dibawa dengan mudah sahaja. Merupakan antara penyanyi angkatan baru paling berjaya setakat ini. Malaysian Idol telah mengangkatnya sebagai bintang dan idola baru dengan muncul sebagai juara. Jac berjaya memenangi banyak anugerah yang diadili oleh juri profesional. Beliau pernah menewaskan beberapa nama besar dalam pencalonan terbaik termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Aishah, Kris Dayanti, Rossa, Titi DJ dan Noryn Aziz.
Kejayaan Jac:
Juara Malaysian Idol 2004
Piala Emas , 8th Shanghai Music Festival
Artis Baru Terbaik, Album Terbaik AIM 13
Best New Comer Hitz. FM Malaysian
Hitz FM Awards: English Top 10 Awards
Chinese Global Awards - Most Promising Artist (Non Chinese)
Artis Baru Wanita Paling Popular ABP 2005
Juara Balada dan Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL) 2005
Persembahan Terbaik dan Juara Hits 1 Akhir 2005
Artis Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2006
Anugerah Vokal Terbaik AIM 14
2.
Dayang Nurfaizah
Dayang adalah artis yang dianggap sudah matang dalam industri dengan 7 buah album termasuk album yang dipakej semula. Lagu Seandainya Masih Ada Cinta mencetuskan fenomena Dayang pada lewat 2001. Dayang kembali hangat melalui lagu Erti Hidup ciptaan Afdlin Shauki yang menjadi lagu tema PLKN sekitar tahun 2004 . Di tahun 2006, namanya menjadi sebutan setelah menyertai OIAM namun hanya muncul sebagai pemenang tempat keempat.
Kejayaan Dayang:
Juara Bintang Asli Remaja RTM 1996
Juara Golden Teen Search RTM 1997
Juara Bintang Remaja Kuching 1997
Lagu Paling Popular APM 2001
Juara Bintang Penghibur HMI 2001
Lagu Terbaik AIM 2002
Juara Balada AJL 2002
Juara Etnik Kreatif AJL 2004
Tempat Keempat One In A Million 2006
3.
Mawi
Mawi mencetuskan fenomena peminat fanatiknya bermula AF 3 pada 2005. Beliau amat sinonim dengan anugerah melibatkan pilihan peminat dan SMS seperti Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular dan kategori popular dalam APM. Gelaran diberi termasuklah Tsumawi, Raja SMS dan Raja Kontroversi. Fenomena Mawi mencetuskan perdebatan sehingga kini dan dianggap bintang realiti paling popular di Malaysia!
Kejayaan Mawi:
Juara AF 3
Platinum Berkembar 8 Album Best of Mawi World
Platinum berkembar Album Yang Tercinta
Platinum Album Doa,Berzanji dan Qasidah Berlagu
Anugerah Anak Johor Cemerlang
Anugerah Belia dan Sukan Negeri Johor
Anugerah Pencapaian Anak Felda
Lagu Paling Popular Hits 1 Musim 2-4
Persembahan Terbaik & Juara Etnik Kreatif AJL 2005
Penyanyi Lelaki, Lagu Etnik Pilihan Anugerah Era 2005
Anugerah MTV Awards Asia untuk Artis Malaysia 2006
Lagu Paling Popular APM 2006
Penyanyi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular 2005
Penyanyi Lelaki, Duo (bersama Jamal) & Bintang Paling Popular 2006
Anugerah Kids Awards Choice Nickelodeon Malaysia Wannabe
2 Anugerah Majalah URS
Penyanyi Lelaki & Lagu Paling Popular APM 2007
Anugerah Artis Baru Cemerlang pilihan PARFI (Indonesia)
4.
Reshmonu
Reshmonu adalah penyanyi berbakat yang berkebolehan dalam bidang muzik termasuk kejuruteraan bunyi. Beliau merupakan antara artis paling banyak memenangi anugerah di AIM setiap kali menyertainya. Beliau muncul dengan irama R&b dan Fusion serta imej rambut yang unik.
Kejayaan Resh :
Artis Inggeris Baru Terbaik AIM 2004
Artis Inggeris Tempatan Terbaik AIM 2004
Album Inggeris Terbaik AIM 2004
Piala Emas untuk "Walk Away (Slow Jam Jam)" )" - 8th Malaysian Video Awards 2003
Piala Perak untuk "Cintaku Pergi" -8th Malaysian Video Awards2003
Vokal Lelaki Terbaik AIM 14 2007
Best Pop/Dance Award 2005 Hitz FM Malaysian English Top 10 Awards 2005 for "Its You That Matters"
Best Music Video Awards 2005 at the 10th Malaysian Video Awards 2005 :
Silver Award for "Kiranya Tiada Lagi" Music Video
Bronze Award for "Hey Waley" Music Video
5.
Dina
Kejayaan Dina :
Dina mengetengahkan lagu berunsurkan Fusion R&B dan Bounce. Beliau dianggap seorang yang berani mencuba irama yang mempunyai kelainan tersendiri. Pemenang pingat emas dan perak di World Performing Arts boleh dianggap sebagai penyanyi pelapis yang berbakat besar.
Pemenang 16 pertandingan Nyanyian sekitar Johor Bahru
Naib Juara Malaysian Idol 2004
Pingat Emas Kategori R&B World Performing Arts, Los Angeles 2005
Pingat Perak Kategori Lagu Asli World Performing Arts 2005
Calon Artis Baru Terbaik AIM 13
Calon Vokal Terbaik AIM 13
6.
Ezlynn
Ezlynn adalah penyanyi yang popular dengan lagu berkonsep Pop Rock. Lagu Hi Hi Bye Bye ciptaan KRU berjaya mencetuskan fenomena pada 2004. Ezlynn pernah mewakili Malaysia di Festival Muzik di Shanghai bersama Vince.
Kejayaan Lynn
Juara Kategori Pop Rock AJL 2004
Anugerah Artis Baru Berbakat, Shanghai Muzik Festival
Anugerah Carta Era 2003 untuk Hi Hi Bye Bye
Artis Baru Wanita Paling Popular ABP 2004
Artis Baru Terbaik AIM 2003
ASTRO - Anugerah Parti CitCat 2006 - Artis Paling Popular
7.
Farah Diana Anuar
Farah mempunyai suara yang lantang serta terkenal dengan vibratonya. Lagu Tangisan Dalam Kerinduan berjaya merangkul Anugerah Lagu Popular pada pertandingan Separuh Akhir Balada Juara Lagu 2005. Beliau adalah antara penyanyi wanita remaja yang paling popular di Malaysia.
Kejayaan Farah
Tempat Keempat AF 2
Artis Harapan Terbaik AIM 12
Artis BAru Wanita Paling Popular ABP
CAlon Vokal Wanita Pilihan Anugerah Era2006
Lagu Balada Paling Popular Juara Lagu 2005
8.
Adam AF 2
Adam dianggap protege KRU paling berjaya setakat ini. Terkenal dengan ‘bandangan’ serta lagu-lagu berunsur pop dance dan hiphop. Adam juga pernah muncul dalam beberapa filem. Adam adalah antara penyanyi lelaki paling popular dikalangan remaja.
Kejayaan Adam
Tempat Ketiga AF 2
Layak ke AJL kategori Pop Rock
Anugerah ERA Duo/Kumpulan Pilihan & Muzik Video Pilihan
Layak ke Hits 1 Akhir selama 3 kali
Finalis Penyanyi Baru Lelaki Popular ABP 2005
Finalis Penyanyi Lelaki Popular ABP 2005
9.
Shahnon Shah
Shahnon pernah muncul dengan album Di Landa Cinta. Beliau merupakan pensyarah muzik yang berkebolehan dalam penciptaan lagu. Namanya masih dianggap baru oeh peminat seni tanah air namun pengalaman muzik yang dimilikinya adalah luas.
Kejayaan Shahnon :
2001- Juara Tempat Pertama - Lagu "Kisahmu Belum Berakhir" & Mencipta lagu Patriotik alaf baru, Anjuran Kolej Muzik Antarabangsa Malaysia.
2003 - Won Mandarin Oriental Fan of the Arts Most Promising Artist Award at the 2nd Annual Boh Cameronian Arts Awards.
2006-Anugerah Vokal Terbaik AIM 13
10.
Daniel Lee
Daniel mencetuskan fenomena pada pertandingan Malaysian Idol 2 dan juga dikalangan peminat lagu-lagu Mandarin di Malaysia. Beliau berkebolehan bermain alat muzik serta mencipta lagu. Beliau menewaskan Nita untuk bergelar Juara Malaysian Idol 2 pada lewat 2005. Setakat ini beliau sudah merakamkan 2 buah album.
Kejayaan Daniel
Juara Malaysian Idol 2005
Anugerah Platinum Daniel - 25,000 unit
Kancil Air Awards
Award for outstanding commitment to the Malaysian Music Industry (Chinese)
PWH Awards ( Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia, Entertainment Reporters Association Awards)
Most Favorite New Local Artist -SMS
Most Favorite Local Artist -SMS
Most Favorite Chinese song (Local) - SMS
The Best New Artist (Silver)
Top 10 Song - Organic Love (You Ji)
The Most Outstanding Artist (undian penonton)
Layak ke Hits 1 Akhir 2006 dengan lagu Mimpi
Pertandingan ini diadili dengan 35 markah diberi kepada vokal dan 35 markah persembahan oleh juri. Pengundi SMS juga memberi peranan sebanyak 30 peratus markah. Ada yang anggap peratus SMS itu terlalu kecil. Jangan lupa 30 peratus markah itu diangap seperti bahagian kek yang perlu dikongsi oleh semua peserta Ikon Malaysia. Sekiranya ada seorang yang mendapat 20 bahagian, bahagian yang lain perlulah dikongsi oleh baki peserta lain!!
Baiklah disini Lang berikan satu contoh untuk membuktikan nilai SMS di pertandingan seperti ini.
Contoh:
Peserta A menyanyi dengan hebat dihadapan juri dan penonton namun bukanlah penyanyi yang menjadi pilihan penonton yang menghantar SMS.
Markah Juri = 67 / 70 (hampir perfect!!)
Markah SMS = 2 daripada keseluruhan 30 %
Jumlah = 69 / 100
Peserta B membuat persembahan yang biasa dengan vokal yang kurang menonjolkan skil tetapi mempunyai penyokong yang ramai.
Markah Juri = 50/ 70 (Sederhana Baik)
Markah SMS = 20 daripada keseluruhan 30%
Jumlah = 70/ 100
Jadi pemenangnya tetap peserta yang mempunyai sokongan peminat juga persembahan yang tidak perlu begitu hebat. Apa-apa pun terpulang kepada pilihan masing-masing. Diharapkan pertandingan ini akan menonjol Ikon Malaysia yang boleh mengharumkan nama Malaysia di Ikon Asean yang melibatkan Ikon dari Indonesia dan Filipina juga!!
Ikon Malaysia kategori solo akan bersiaran dari PICC, Putrajaya serta Astro Ria pada Jumaat ini, 22 Jun dan keputusan yang layak ke Separuh Akhir diketahui pada 30 Jun.
Siapa Ikon Pilihan Lang?? Rasanya adalah beberapa nama yang obvious kan?? Apa pula kata korang??
~Alang Blalang~
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
diriku umpama belalang yg terselindung di sebalik lalang...tiada yg perasan..tiada yg memandang...kehadiranku hanya sebagai pemerhati klik untuk profil