AF 6 demam ker??
Hmm dah 3 minggu AF 6 bersiaran....ada ke yg demam?? Lang dapat saksikan secara tertunda sahaja konsert minggu lalu gara-gara kena kerja malam tu. Minggu ni pun sama juga la...keje malam sabtu lagi!! Hmm...apa-apa pun Lang nak gak komen sejak dah ‘terlepas mulut’ untuk musim yang lalu....ini komen rumusan setiap peserta setelah 3 minggu berlalu...Yana-24 tahun,K.Kangsar,Perak (tersingkir minggu pertama)
Lagu: Tapak Sulaiman
Yana ni suara tak de masalah..Cuma kedengaran biasa-biasa aje...faktor untuk diundi peminat pun amaat kurengs!!! Jadi memang tak terkezut dia terkeluar meskipun ada yang wat persembahan lebih burux daripada Yana ni pada minggu pertama!!
Ika- 19 tahun, P.Pinang (tersingkir minggu kedua)
tagline: “i like”
Lagu: Kesetiaan & Malu tapi mahu
Ika ni macam ne leh terlepas ek? Dengan kelemahan suara yang teramat ketara ...teramatlah pelik bahagian kualiti AF ni leh lepaskan Ika ni masuk kedalam kandang AF?? Kedua-dua persembahan Ika sungguh menyakitkan mata dan telinga...mungkin benar kata Adlin. Yang menarik semasa persembahan Ika ialah but dan tali pinggang jer!! Tapi leh plak Ika ni brangan dia tu ala2 Mila AF5???
Naim- Gerik,Perak (tersingkir minggu ketiga)
tagline: “Let’s enjoy”
Lagu: Memburu Rindu, Aspalela & Opera hidup.
Naim ni juga mempunyai masalah suara. Masalahnya, beliau ni langsung tak punyai ton sebagai penyanyi!! Aiyo...sape yg jaga kualiti AF 6 ni ek? Sekali lagi , baik ganti orang yang lebih layak ok!! Naim ni sesuai berlakon je kot!!
Lufya- 23, JB, Johor (tersingkir minggu ketiga)
tagline: “Gerek Seh!!”
Lagu: Engkar, Cintaku 100% & Tika dan saat ini.
Amatlah malang Lufya ni tersingkir awal. Memang Lang suka akan warna suara Lufya ni. Lufya mempunyai potensi yang baik untuk bergelar penyanyi kalau diberi lebih masa. Tragedi ‘tiak basah’ mungkin faktor utama penyingkiran Lufya. Agak kesian juga tiada kredit diberikan kepada Lufya meskipun berjaya membawa lagu sukar “Tika dan saat ini” dengan kawalan vokal yang bagus!
Faisal -21, KL
tagline: “Salaam”
Lagu: Satu Kiblat Yang Sama ,Ranggi Metropolis & Sentuhan Kecundang
Faisal ni kadang kadang tez gak..(haha perlu ke highlight??) Faisal ni pun punyai masalah seperti Ika..iaitu “pekak ton” (tone deaf) . Lenggok ala nasyid memang kedengaran meskipun membawakan lagu rock. Oh Faisal ni bekas anggota kumpulan nasyid rupa-rupanya...Harap jangan master gaya je bak kata Ning...sebab Faisal ni kalau nyanyi gaya je lebih (sama macam Ika) tak padan pun ngan vokal!!
Saida- 32, K.Lipis,Pahang
tagline: “Oklah tu!”
Lagu: Terlalu Cinta, Dokter Cinta & Sepi sekuntum mawar
Ibu beranak 4 ni tak yah lah kenalkan lagi...dah adiknya pun popular kan? Tapi Saida ni pemalu sungguh dan asik nangis jer ! Dari segi nyanyian...bunyi ‘sengau’ tu dah leh cam dari keluarga mana...memang ada persamaan tapi suara ada lain sikit. Saida ni pun banyak part nyanyi sumbengs....mungkin “pekak ton” lagi sorang dalam AF!!
Alif-22, P.Pinang
Tagline: “Baguih la ”
Lagu: Sayang sayang, Angan dan sedar & Kamelia
Alif ni memulakan AF ngan persembahan lemau. Vokal tak bertenaga sehingga Aidit (pengkritik) bertanyakan tentang kesihatan Alif. Pun begitu untuk lagu Kamelia macam ada sesuatu merasuk Alif...persembahannya berbeza sekali. Macam ‘hantu’ pun ada!
Toi-31, JB,Johor
Lagu: Pagi yang gelap, Sang Pencinta & C.I.N.T.A
Toi ni memang ‘alien’. Ketika konsert pertama, beliau macam berada di dunianya sendiri..kadang kala macam syok sendiri pun ada! Namun beliau tahu nak tarik perhatian penonton. Beliau tahu nada suara yang sesuai untuk nyanyiannya..itu merupakan satu kelebihan Toi. Pun begitu ketika menyanyikan Sang Pencinta, persembahan Toi agak membosankan.
Nubhan- 22,K.Pilah, Negeri 9.
Lagu: Ruang Rindu, Tak bisa memilihmu & Summer of 69
Nubhan punyai suara unik namun dari segi julat suaranya agak sempit. Kadangkala kedengaran suara Nubhan macam tercekik.Pun begitu ton suaranya itu menyelamatkan keadaan. Nubhan ni mungkin adalah “Kaer” bagi AF6 ni.
Stanly- 25,Kuching,Sarawak
tagline: “Waah seh!!”
Lagu: You raise me up, Sudah tu sudah & Patahnya sayap malam
Meskipun Astro menggambarkan Stanly ni mempunyai kehebatan seperti Idayu AF 3, namun ternyata Stanly tidak dapat mengaplikasi ilmu muzik yang ada padanya untuk menjadikan persembahannya memukau. Konsert pertama mungkin merupakan lagu makanannya. Pun begitu kawalan vokalnya agak berserabut. Ketika menyanyi besama Nadia pada konsert yang lalu..itu merupakan suara terbaiknya setakat ini. Betul ke Stanly dotdotdot??ooops!!
Riz- 22,Gerik,Perak
tagline: “apa ke hei tu Yob?”
Lagu: Ketulusan Hati, Separuh Masa& Dari Sinar mata.
Riz ni merupakan bekas peserta Malaysian Idol dan merupakan anggota Equal Star dalam Gangstarz TV3. Jadi tak heranla beliau kelihatan selesa diatas pentas besar. Tak dapat dinafikan Riz bijak mengawal suara dan sebutannya walaupun ada kedengaran ala Anuar Zain. Setakat ini persembahan Riz konsisten. Riz ni sejiwa sejawa ngan Stanly ek...Ooops..matilah kang kontrolbesi!!
Stacy-18,K.Kinabalu,Sabah
tagline: “Alamak terlebih sudah”
Lagu: No One, Rela & Pelesit Kota
Sorang lagi ex-Gangstarz TV3. Stacy ni anggota kumpulan E-Voke. Lontaran suara Stacy memang tidak mengecewakan. Suara dan kawalan vokal Stacy ni lebih baik berbanding Candy AF5. Persembahan Stacy agak konsisten..sama seperti Riz...Cuma spesis je lain!!Oops
Rina-44, Selangor
tagline: “Gotcha!”
Lagu: Simply the best, Ku seru & Enter sandman
Ibu tunggal yang merupakan nenek kepada 2 cucu ni memang mencetuskan kontroversi dan cakap-cakap tentang AF. Patutlah wartawan menamakan Rina sebagai ‘aset AF6’ disamping Saida. Aiyo...ni nak kembalikan memori Mas AF 2 ke?? Dari segi persembahan dan vokal , Mama Rina atau Makcik Rina yang dipanggil Ajai ni memang tak mengecewakan. Pun begitu ketika lagu Ku seru, persembahan Rina amat membosankan!!
Nadia- 18, KL
tagline: “Redah je”
Lagu: Rindu, Umbrella & Total Eclipse of The Heart
Nadia punyai suara yang baik dan lontaran yang padu. Sesuai dengan tema “Redah je’ memang Nadia ni punyai potensi yang besar. Ala2 Amylea AF3 ...Nadia ni mampu beri saingan kepada peserta wanita AF yang sebelum ini seperti Farhan, Amylea dan Mila.
Pun begitu persembahan terlebih yakin untuk lagu YUm-brella memang kurang sesuai untuk Nadia. Tapi persembahannya setakat ini belum mengecewakan Lang. Harap Nadia memperbaiki sebutannya. Untuk Total Eclipse of The Heart , Nadia memang roxx!!Itu merupakan vokal terbaik dalam konsert AF6 setakat ini!!
AF 6 mencipta sejarah sebagai AF pertama yang membenarkan pelajar beraksi miming lagu “Menuju Puncak” dengan suara Juwita Suwito tahun 2002!!??
Ranking peserta pilihan Lang:
1.Nadia
2. Stacy
3. Rina
4. Lufya (sudah tersingkir)
5. Riz
6. Nubhan
7. Toi
8. Faisal
9. Alif
10. Saida
11. Stanly
12. Naim (sudah tersingkir)
13. Yana (sudah tersingkir)
14. Ika (sudah tersingkir)
Label: variasi

















