Yang nombor satu!!
Hmm...kisah kerja di tempat ini semua dah tau kan?? memang langit tak selalunya cerah....pun begitu masih ada cerita yang masih dapat menghiburkan hati.. Lang yang sudah pun mengambil alih secara berperingkat kebanyakan kerja pengurus itu, antaranya ke Bank setiap kali beliau bercuti...Dengan duit 'beriban' itu, Lang buat sahaja kerja yang dianggap ringan oleh pengurus itu.Di bank itu, ada pula stafnya yang menarik perhatian...wah...seronok pula dibuatnya!! Kehadiran Lang itu pernah mendapat renungan 'antara matamu dan mataku' yang sangat mendebarkan. Tez pula si perenung itu. Pada awal kehadiran Lang disitu, beliau seolah-olah terkesan, lalu dengan automatik mencuri pandang ....(wah perasan je kan?)
Lang setiap kali menunggu giliran, sudah pasti mengharapkan kaunter hujung yang dikendalikan beliau...bila tak dapat tu , kuciwa murana la kan? Lang hanya dapat sekali sahaja setelah beberapa kali mengharap giliran Lang mengenai kaunternya....wah macam menang loteri kalau dapat!!
Kali pertama Lang mendapat kaunternya, beliau memberi senyuman manis...wah berbunga-bunga pula dihati... pun begitu tak banyak yang leh LAng jadikan buah mulut. Oleh sebab itulah LAng hanya memerhatikannya....dan terserlah pula 'Zon V' beliau itu! mau nak terjojol mata!!
Lang semakin teruja setiap kali beliau bangun (kerana hendak mengambil barang di meja belakangnya) dan duduk kembali ke kaunter itu....hmmm
Ada pula pelanggan lain yang memuji penampilannya, dan sudah pasti samam seperti Lang , mengharap nombor giliran mengenai kaunternya!!
Kemudian Lang sering 'tidak bertuah' kerana asyik mengenai kaunter lain yang tak tezz, ada sekali beliau memandang Lang yang berada di kaunter lain dengan wajah hampa (wah perasan lagi!!)
Setelah berlarutan beberapa minggu, Lang terkena pula kaunter yang mengandungi seorang lagi staf yang tak kurang tezznya, ranking kedualah kiranya. Beliau yang sudah beberapa kali melayan Lang ;namun Lang plak asyik fokus kat tezz no.1 itu...akhirnya meringankan mulut bertanyakan pelbagai soalan terutama latar pekerjaan Lang. Beliau tidak sangka Lang berjawatan agak penting juga, tiba-tiba teruja dan bertanyakan bermacam-macam lagi. Beliau yang berminat hendak datang ke pusat jualan meminta-minta pula diskaun yang sama sekali tidak wujud!! (wah mulalah 'gedik' keluar)
Tezz no.2 itu, dengan selamba meminta kad nama Lang yang ketika itu terasa macam mahu 'menyuruk' je (gara-gara kaget dan keseganan) . Lang menjawab tiada, lalu beliau menghulurkan kertas kecil dan meminta Lang menuliskan nama dan nombor telefon. Lang pun menunaikan permintaan beliau. Lang sendiri lupa bertanyakan nama beliau apatah lagi nombor telefonnya, setelah LAng terus berlalu dari kaunter itu dalam kekagetan!
Lang tunggu juga, kalau-kalau tezz no.2 itu ada cuba menghubungi, namun tiada pula...hmmm hari seterusnya Lang mendapat giliran kaunter tezz no.1. Wah 'menang loteri' lagi!! Beliau tersenyum dan mengucapkan 'Hai'! Wah...tetiba plak si no.1 ni!! Beliau terus meminta kepastian tempat kerja Lang. aiyo...dah sah no.2 ni mulot tempayan kan??huhu...Lang memberikan kepastian dan beliau mula mengusik LAng untuk memebeli barang dengan harga staf yang sekali lagi Lang tegaskan ...tak wujud ok! haha..beliau meneruskan usikan beliau itu...sampai senyap sikit sambil-sambil LAng memfokuskan kepada zon v ittew!
Terkejut juga, beliau sudah mula menegur Lang...wah petang itu terasa berbunga-bunga lagi (bak unjuran kak Yanz) macam tak percaya pula si no.1 bank itu mengusik Lang dengan penuh mesra gitu!! Apa yang terjadi lepas ni??hmm rasa-rasa nya tak delah apa-apa sangat...ini sekadar hiburan waktu kerja je...boleh?? (tiba-tiba ada 'bau plastik terbakar'...~laaariiiii!!!~)
Label: kisah blalang



