* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Disember 12, 2007

Alkisah pertemuan minggu lalu

Alhamdulillah....berjaya juga pertemuan yang dianjurkan oleh Shahriz yang sedang bertahkta itu. Dapat juga LAng melepaskan rindu untuk bertemu rakan jauh seperti Shahriz, Mitsu dan Shah Swinger a.k.a Shah Ratu dan juga rakan yang dekat tapi sukar nak bertemu macam Cekmi, Tednet, Toolar dan A-Del. Tambahan lagi ada juga rakan baru yang LAng dapat.

Lang terasa gembira walaupun cuma dapat memberi lebih kurang 10% je penglibatan dan lebih 'biskut' berbanding Tednet yang 'membiskutkan' dirinya itu! Ketika mereka bergumbira, LAng masih sibuk bekerja...hmm terkilan juga, namun apakan daya sudah tugas!! Sempat juga Shahriz, Mitsu dan rakan Mitsu; (jom gelar dia P.Z) membuat lawatan sosial sambil belajar di syarikat S itu. Baru tahu Shahriz tempat kerja LAng itu tez merata-rata!! hmm ...sempat la Shahriz ber-catwalk disitu!!


Lang sempat menyebokkan diri di hotel penginapan Shahriz, Mitsu dan P.Z pada malam Sabtu sehingga pagi Ahad.

Kisahnya bermula jumaat, Shahriz, Cekmi dan Mitsu berkumpul. Kemudian malamnya, LAng dari tempat kerja terus bertemu mereka yang terdiri dari Shahriz,Tednet, Cekmi, Toolar, Mitsu, P.Z serta Mr.F di tempat wajib kedua dalam gathering iaitu AMpang PArk. Kami kemudian berniat untuk makan di KFC namun terpaksa membatalkan gara-gara restoren itu sudah tamat waktu perniagaan.

Toolar sempat menghidupkan radarnya gara-gara pengurus restoren itu menepati citarasanya!! Dalam pada itu, Cekmi memberi cadangan untuk membungkus makanan itu dan berkelah di Tasik Titiwangsa. Kami pun terus mengikuti plan itu dan memandu ke sana. Pada ketika itu juga LAng baru t ahu sesuatu yang baru dimiliki Mr. F iaitu kereta yang secomel tuannya!! LAng meninggalkan motosikal dan bersama Mr.F untuk ke tasik..namun, oleh kerana kesesakan lalu lintas terpaksa membatalkan hasrat nurani itu dan berkelah di lobi Hotel sahaja.

Suasana riuh rendah mengulit lobi yang sunyi itu dan membuahkan tawa ria. Malam itu berakhir dengan sesi melawat bilik hotel yang diinap Shahriz, Mitsu, P.z berserta Ted oleh LAng, F, Cekmi dan Toolar.


Hari kedua menyaksikan lawatan sosial berserta makan petang di tempat kerja LAng. Agak janggal juga Lang yang berpakaian formal; bertali leher bagai dalam acara pertemuan itu! Kami pun melangsungkan acara itu dengan lancar meskipun sedikit lewat dan tergesa-gesa untuk mereka mengundang Shah Swinger untuk ke acara malam.

Malam itu, A-del juga turut serta di acara malam tajaan Cekmi, Shahriz dan Mitsu itu. Lang tiba jam 10.20 malam dan terus berbual melepas rasa bersama Shah Swinger dan A-del. Kemudian Toolar bersama anak ikan teznya datang. Macam pernah lihat pula budak remaja itu, tapi dimana ye??

Toolar berserta budak innocent itu terus melantak makanan di atas meja setelah melihat LAng merasmikannya. Spagheti goreng berserta ayam panggang sungguh lazat!!Siapakah tukang masak berbakat itu??? Haruz mendapat tender untuk gathering akan datang!!

~aiyo..ni ayam ke tukang masak ni??~




Kemudian tiba-tiba sebuah kek datang ....terbang ntah dari mana. Rupa-rupanya ada surprise birthday party...eh untuk siapa??oo pakej pelengkap rupanya!! birthday LAng yang dah terkeluar carta juga dimasukkan berserta Ted, A-Del dan toolar yang lahir di bulan Disember. Agak malu-malu , LAng memegang pisau dengan 2 jari ...disertai Ted, A-del dan Toolar dengan satu jari telunjuk masing-masing untuk acara memotong kek yang bersejarah itu.

Masing-masing membuat ucapan...terasa segan juga Lang yang terkeluar carta Disember itu. Kemudian Shahriz dan mitsu menghulur buah tangan ikhlas masing-masing buat 'b-day boyz' semua (wah dah macam kumpulan muzik plak)


Malam itu LAng mengikuti rombongan Shahriz, Mitsu dan P.Z untuk menginap di hotel. Kemudian LAng mendapat mesej daripada Toolar memberitahu siapakah gerangan anak ikan berkopiah itu. rupa-rupanya, itulah anak penjual kuih di kawasan perumahan Toolar yang pernah kami usha bersama dulu!!!

Pagi Ahad, kami memulakan aktiviti bersarapan di kedai mamak bersama segerombolan abang-abang Pol yang tak semuanya tez. Nasi Lemak itu memang tak seswai di makan di kedai mamak okay!! Haruzlah tak habis a.k.a terbuang!!


Aktiviti Shahriz,F, Cekmi, Tednet,Toolar, Mitsu dan P.Z petang itu tidak dapat disertai LAng...ye...terkilannya, apa pun tak merasa okay!! MAlam itu terjadi kejadian yang mempanikkan LAng namun dapat juga diselesaikan.





Sekali lagi, LAng berterima kasih kepada semua yang ada ketika pertemuan anjuran Shahriz itu...harap maaf atas segala kekurangan LAng...trima kasih kepada yang memahami situasi LAng....

dan lagi,kalau nak cerita lebih bolehlah tanya Shahriz, Mitsu, Cekmi atau Ted yang kurang 'biskut' berbanding LAng...wah terima kasih Ted yang menghangatkan kalimah 'biskut' kali ini!

Label: