* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Disember 05, 2007

aiyoooozzzz.....

Hai semua...wah inilah kali pertama Lang dapat update blog setelah mula bekerja di kedai S itu. Hmm memang memenatkan hari-hari yang Lang lalui...secara ringkasnya...

- 12 jam di tempat kerja.
- 2 jam di jalan raya
- 3 jam waktu aktiviti di rumah
- 7 jam waktu tidur
cuti sehari je seminggu...pada hari Rabu!!


memang padat sungguh hari-hari Lang...apatah lagi kerja di kedai S juga merupakan kejutan budaya juga! Lang adalah orang ketiga terpenting di kedai itu...namun masih ‘blur’ dengan kedai yang terlalu banyak pengajian mendalam yang harus dilakukan bagi memastikan dapat bekerja dengan baik!

Dengan tenaga kerja lebih kurang 10 orang...memang kekurangan kakitangan di kedai 3 lot itu amat terasa. Kadang kala pelanggan datang berduyun-duyun sehingga tak mampu dilayan sehingga menimbulkan ketidak puasan hati!! Lang pada hari kedua sudah mula melayan pelanggan meski pun belum banyak maklumat yang Lang perolehi. Geram juga dengan perangai ‘anak-anak buah’ yang kadang kala malas itu!!

Pelanggan di kedai ini majoriti terdiri daripada golongan elit dan warga asing yang berjawatan penting serta mempunyai ‘demand’ yang tinggi atau pendek kata...mengada-ngada!!

Kebanyakan pelanggan juga menuntut perkhidmatan dan layanan kelas pertama dan memerlukan informasi dari A hingga Z dan huruf selepas Z kalau ada....pada setiap produk!! Bayangkan produk-produk dijual di situ adalah lebih 200 buah tidak termasuk produk yang di dalam katalog dan yang bakal dimasukkan!! Apalah sangat maklumat yang boleh dikumpul oleh Lang dalam masa seminggu ini!! Memang penat jasmani namun penat lagi mental!!

Ketua Lang yang baru berpindah ke situi dari cawangan lain juga mengakui kedai S itu lebih mencabar daripada yang dijangkakan!! . Lang juga diberikan tugas untuk bersama-sama ketua dan seorang lagi ketua bahagian untuk menguruskan ‘anak-anak buah’kami yang kebanyakan sudah berkahwin dan lebih tua daripada kami itu!!Perangai mereka juga menambah sakit pening kami!!


Namun begitu sikap timbang rasa dan perihatin ketua Lang yang lebih kurang sebaya itu menguatkan sedikit semangat yang mula goyah pada hari-hari awal Lang ini
Apa-apa pun doakan Lang mendapat kesihatan yang baik serta ketahanan mental dan fizikal yang tinggi dalam menjalankan tugas yang mancabar dan bertekanan tinggi ini!!!

p/s: selamat hari jadi kepada pembaca setia "Blalang di sebalik lalang" iaitu Tednet yang sambut hari ni

Label: