* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, November 22, 2007

Kisah semalam dan hari mendatang

Semalam Lang sekali lagi menghadapi temuduga kerja. Kali ini jawatan penolong pengurus sebuah syarikat menjual barangan perkakasan rumah yang mempunyai cawangan di serata tanah air. Temuduga ini merupakan pusingan kedua setelah berjaya merentasi halangan pertama minggu lalu.

Temuduga pertama minggu lalu, Lang ditemuduga oleh wanita Tiong Hua yang bekerja di tingkat 1 bangunan ibu pejabat syarikat itu. Lang yang sudah agak lali dengan temuduga, menjawab dengan selamba sahaja tetapi sepenuh hati terutama mengenai diri sendiri. Selesai temuduga itu, wanita itu terus mengatakan Lang lulus dan akan dijadualkan untuk pusingan kedua bersama bosnya pula.

Lang tiba di pejabat itu semalam 10 minit lebih awal. Lang terus dibawa naik ke tingkat 3 oleh wanita minggu lepas itu untuk berjumpa bos besar syarikat itu. Ketika Lang di muka pintu, bos yang merupakan lelaki Tiong Hua berusia awal 50an itu sedang menatap akhbar.Wanita itu kemudian memberikan resume Lang yang dikepil gambar dan kemudian berlalu pergi. Lang kemudian bersalam dengan bosnya dan disapa oleh kata-kata yang mengkagetkan... “wah, very hensem aar your face!”

Lang tak tahu nak jawab apa cuma berterima kasih dan senyum aja...pada fikiran Lang yang resah gelisah itu, Lang sedang memikirkan ayat-ayat yang boleh menarik minat lelaki tua itu.


Sambil menyelak resume dan kertas temuduga pertama itu, lelaki tua itu dipaksa mendengar celoteh Lang mengenai perihal diri. Lang cuba mengelakkan suasana senyap dan sunyi tanpa bicara hatta 5 saat pun. Kami kemudian dihidangkan teh cina yang masih panas oleh pembantu bos itu.

Ketika menyelak helaian kertas temuduga pertama itu, Lang terkejut melihat daripada 5 markah penuh untuk setiap kategori...ada satu kategori mendapat 3.5/5 , ada beberapa mendapat 4/5 seterusnya 4.5 markah dan ada juga yang markah penuh!!!


wow!!! Sungguh tak sangka begitu tinggi skor Lang diberikan oleh wanita Tiong Hua itu minggu lalu!! Bos itu terus membelek sambil menggaru kepala yang beruban itu....
(perbualan ini asalnya dalam Bahasa Inggeris)

Bos: penampilan awak ni sesuai di barisan jualan dan pemasaran
Lang: err...(matila tak dapat ni!!)
Bos: saya nak gajikan awak tapi awak ni tiada pengalaman
Lang: ya betul..saya pegi mana-mana pun nak minta pengalaman..tapi kalau tak bekerja macam mana nak dapat pengalaman?
Bos: yela...saya suka orang muda macam kamu
Lang: terima kasih (wah..tidak ku berapa mengerti)
Bos: oklah..saya gajikan awak jelah
Lang: ha..ye?? (tersenyum girang...terpancar sinar)
Bos: tapi saya letak kat cawangan kecil dulu ye...awak ni masih dalam percubaan
Lang: terima kasih banyak(alhamdulillah)
Bos: kalau awak gagal saya boleh berhentikan awak tau...
Lang: baiklah tuan!! Boleh saya habiskan teh ni??
Bos: oh..silakan..teh mahal ni!!hehe
Lang: (kegirangan) elok minum teh ni.... awet muda
Bos: yelah...feel pun muda!!

Lang menghabiskan separuh cawan dan meminta izin ....
Lang: ok terima kasih ye...nanti bila saya mula ni?
Bos: nanti saya akan suruh pembantu saya telefon awak nanti
Lang: Ok terima kasih....!!

Lang pun keluar dan menuruni tangga dengan penuh kegirangan...inilah interview paling berjaya setakat ini. Walaupun akan kerja 12 jam selama 6 hari, Lang rasa berbaloi untuk bekerja disebuah syarikat bernama besar ini. Mungkin selepas ini jikalau benar diterima, Lang akan sibuk dengan pekerjaan ini san selamat tinggal masa lapangku!! Lang masih belum percaya tawaran ini sehingga mendapat panggilan daripada syarikat itu seperti yang dikatakan.


Gelisah juga menanti panggilan kemana akan diri ini didaratkan......haraplah benar apa yang dikata!!

Label: