* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Oktober 01, 2007

hari yang lesu...

Hari itu sungguh suram...mentari memancar lesu dan angin yang berlalu tidak mampu menghembuskan dedaun yang gugur di taman. Aku melangkah ke Kilang X untuk minggu ke 10. Aku kelihatan seperti salah seorang pekerja Kilang X yang profail tingggi itu, namun hakikatnya adalah berlainan sekali. Aku sebenarnya adalah pekerja syarikat yang dikontrakkan oleh Kilang X untuk memberikan servis kepada pekerja-pekerja mesin di Kilang X itu. Syarikat itu adalah Syarikat J.E yang berpusat di selatan tanah air. Aku menerima lamaran syarikat itu tanpa berfikir panjang kerana sudah tidak tahan menganggur lama.

Aku termanggu seketika dan mengingati detik pertama kali menjejakkan kaki disini. Minggu depan adalah hari gaji aku buat kali yang ketiga, terasa cepat juga masa berlalu!

Aku pun tiba di tingkat 4, tempat lokarku. Aku memakai pakaian kerjaku sebelum ke tingkat bawah, tempat kerjaku. Aku berjalan sambil memandang mesin-mesin di tingkat itu beserta pekerja-pekerjanya. Ramai juga yang tezz.

Tiba di tempat kerjaku, aku ternampak adanya projek untuk hari itu. Ketuaku yang berketurunan Luzon itu terus bertanyakan akdakah aku mahu membuat kerja itu. Aku pun mengiyakan dan terus memulakan hari itu dengan projek itu.

2 jam berlalu, aku pun selesai menerakan projek itu. Tiba-tiba ketuaku yang berketurunan Luzon itu berkata bahawa bos yang datang dari selatan tanah air hendak bertemuku di bilik lokar tingkat itu. Kau terkejut juga kerana belum pernah lagi aku ketemu dengan bos walaupun sudah lebih 2 bulan di situ. Bos itu pula hanya datang 2 kali sebulan sahaja di Kilang X itu untuk mendapatkan respon bagi pekerja- pekerja Syarikat J.E itu .

Aku pun ke ruang lokar dan terlihat seorang Cina mengendong beg bersama seorang jurutera berbangsa Cina berbual dalam bahasa mereka. Aku menanti selama 10 minit disitu sebelum jurutera itu beredar. Aku pun melemparkan senyuman dan terus bersalaman dengan bosku itu. Wajahnya ada ekspresi yang kurasakan semacam pula,lalu dia pun memulakan perbualannya.

Bos: Amcam, OK ke kerja disini?
Aku: OK je bos!!
Bos: Beginilah saya ada berita sikit untuk awak.

Dia pun mengeluarkan surat dari satu sampul untukku. Aku tertanya seketika apakah surat itu. Aku membaca surat berbahasa Inggeris yang bertarikh dua hari kemudian itu. Aku terasa bagai halilintar membelah bumi dengan tajuk surat itu!

Bos: Beginilah,minta maaf banyak kami terpaksa memberhentikan perkhidmatan awak.
Aku: (kaget) Kenapa?



Bos: Awak tahukan; shift kerja 12 jam yang ditawarkan untuk itu tidak dapat berjaan seperti yang dirancangkan. Syarikat kami tidak mendapat kontrak daripada Kilang X. Kami selama 2 bulan ini sudah mengeluarkan wang sendiri menggajikan awak dan beberapa pekerja lain meskipun kami tidak mendapat kontrak itu. Harap maaf ya

Aku termenung dan mendengar kata-kata yang menghiris hati...terasa dunia ku gelap gelita dilatari suara yang menusuk hati.

Aku: Mana boleh maca ini, saya mana ada backup apa-apa. Bagilah saya tempoh sebulan.
Bos: Maaflah, sebab bos yang jaga kontrak dengan kami itu dah buat keputusan. Awak buat kerja bagus!
Aku tidak mempeduli kata-kata yang sekadar pemanis itu.
Aku: Boleh tak saya minta lagi sebulan kerja?Hujung bulan ini saya berhentilah.
Bos: Beginilah, nanti saya bincang dengan orang atasan saya tentang kes awak ini. Saya tak boleh jamin, tapi kalau dapat tunaikan permintaan awak itu saya akan beritahu kemudian.
Aku: Oklah...saya dah faham. Terima kasih.
Aku dengan sugul berjalan meninggalkan bilik itu.

“ Sorry ye!!” teriak bos yang dah pun bergelar bekas bos mengakhiri pertemuan pertama dan terakhir kami itu. Aku terus ke tandas bagi menenangkan perasaan, sambil membacakan surat yang bernotis akhir pada 2 hari kemudian itu.

Aku kemudian ke tempat kerjaku semula dan mengemaskan projek yang berjayaku selesaikan tadi itu. Kau terus bertanyakan kepada kawan yang juga berpangkat penyelia kepadaku tentang halku ini. Ternyata dia tak mampu berbuat apa-apa. Raut wajahnya menunjukkan rasa bersalah namun tubuhnya memang tiada apa yang dilakukan demi membantuku.

Aku terasa berbagai-bagai perasaan. Namun aku cuba bertahan untuk menunggu jam 12.30 iaitu waktu rehat setelah meminta untuk bekerja setengah hari sahaja pada hari itu. Aku terus memeseji Ted untuk memberitahu hal ini. Kemudian Ted pun menelefonku dan memberikan nasihat. Kata-kata saktinya,” Kalau aku, aku dah blah je sekarang!”

Benar juga kata Ted itu. Aku berfikir sejenak dan naik lif ke tingkat paling atas untuk bermain laptop berinternet demi menenagkan perasanku. Di tingkat 5 itu aku bertemu dengan seorang lagi pekerja J.E iaitu Z yang dah lama merancang untuk meninggalkan syarikat itu selepas Hari Raya nanti. Dia sedang menelefon seseorang demi menghebohkan perancangannya itu.

Aku pun terus membuka internet demi melihat tawaran temuduga pekerjaan yang ada. Z pun tamatkan panggilannya itu. Aku memulakan perbualan dengan memberitahu bahawa aku yang akan ‘pergi’ dulu sebelumnya. Z kaget dan bertanyakan kenapa. Kau menjawab bahawa aku dah pun dapat surat dan kena berhenti. Z terkejut namun dia meneruskan gaya perbualannya yang sering menyelitkan lawak jenaka itu.

Aku menghiburkan diri dengan melayan celotehnya itu. Kami berbual seperti akan berbual untuk kali terakhirnya. Aku bertanyakan pendapat Z dan dia juga sependapat dengan Ted. Aku akhirnya menerima cadangan Ted dan Z dan memulakan langkah untuk meninggalkan Kilang X untuk sekian kalinya.Z bersetuju untuk mengiringiku dan menyerahkan kunci lokarku nanti kepada pihak pengurusan.



Pertemuan kami pun berakhir di ruang lokar itu. Aku tidak mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja lain melainkan kepada Z seorang. Aku tidak sampai hati nak mengucapkan perkataan itu apabila melihat wajah mereka menerima ucapan itu. Aku meninggalkan Kilang X pada jam 11.30 dan membuatkan pak gad disitu juga berasa kaget.

Aku pun tiba di rumah dan membuatkan ibu serta adikku yang sedang membakar kuih tertanya-tanya kerna jam masih menunjukkan 11.48. Aku memberitahu dengan nada ganas lagi kecewa. “Astaghfirullah”,ucap ibuku. Aku merasa hiba dengan reaksi itu dan terus masuk ke bilik. Kau memeseji beberapa member lain dan ternyata mereka memahami keadaan diriku. Ayat sakti “ dalam nak menyambut aidlfitri ini kau diduga sebesar ini” antara yang menyentuh perasaanku.

Aku kemudian mendapat mesej daripada teman sekerja yang baru tahu berita itu melalui Z yang bermulut becok itu. Mereka juga terkejut dan bersedih dengan pemergianku itu. Aku terharu kerana tidak menyangka kehadiranku yang seketika itu berjaya memberikan kesan di hati mereka.

Petang itu aku bertemankan bantal yang dibasahi kesedihan dan perasaan-perasaan yang bercampur baur. Waktu berbuka puasa pula, aku kurang berselera dan terlihat wajah ibuku yang menahan hiba melihat dugaan yang menimpaku sedang anggota keluargaku yang lain belum mengetahui.

Label: