* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, September 04, 2007

....inikah budaya kita??

Sudah masuk 2 minggu Lang ‘diturunkan pangkat’ ke bahagian perkhidmatan pelanggan setelah seorang pekerjanya melarikan diri kerana masalah peribadi. Lang sangka kena seminggu sahaja, rupa-rupanya kena tambah seminggu lagi gara-gara pekerja baru masih perlu dilatih selama seminggu lagi. Walau bagaimanapun, bagi Lang ada baiknya kerana dapat belajar lagi denga lebih luas skop pekerjaan dalam syarikat ini. Gaji pun tidak dipotong malah dapat elaun lagi.

Lang membuat kerja-kerja yang boleh dikatakan lebih santai berbanding tugas Lang yang asal sebelum ini. Lang dapat merasa bagaimana berada di satu tempat yang dikatakan lebih rendah daripada juruteknik kerana terpaksa memberi khidmat kepada jurutera, pembantu jurutera, juruteknik dan pembantu juruteknik. Setiap kali mereka muncul di kaunter, pasti ada permintaan barang yang mereka kemukakan bagi memulakan operasi dan proses mesin-mesin yang terdapat di bahagian pengeluaran. Lang bersama 2 lagi rakan sekerja seharusnya memberi perkhidmatan sebaik mungkin keada mereka sehingga mereka beredar dari kaunter. Selain itu, kerja di bahagian perkhidmatan ini juga termasuklah membaiki peralatan kecil yang rosak dan memastikan ruang simpanan sentiasa kemas.

Pun begitu, Lang mendapat satu pengalaman lain juga.... Ini adalah situasi yang berlaku semalam

Bro. E: uihk...uihk...!!( sambil membuat isyarat bermaksud memanggil Lang)
Lang : Ye , apa yang boleh saya tolong?? (sambil memandang dan memberi senyuman)
Bro. E: Eh, ko ambik benda ni (sambil memberikan kod barang), aku nak satu set lengkap!
~Lang mengambil hampir kesemua barang yang dipesannya kecuali satu lagi barang yang Lang tidak pasti spesifikasinya, lalu Lang pun bertanya kepada Brader E itu...

Lang : Bang, yang lagi satu ni apa jenis dan spesifikasinya??
Bro. E : (dongak dagunya menuju ke mata Lang) Eh..ko cari lah sendiri!!Ko patut dah tau semua ni!!
~seorang rakan sekerja Lang datang membantu Lang setelah melihat Lang kaget disitu...
Rakan : Kau boleh cari kat sini... (sambil menekan-nekan punat laptop itu)

Bro. E : Eh...biar dia buat sendiri!! Ko jangan ajar dia,biarkan dia!!
Rakan sekerja Lang terus membantu Lang sehingga dapat spesifikasinya. Setelah mendapat spesfikasi itu, Lang pun ambil barang itu dan terus berikan kepada Brader E itu.

Bro. E : Kalau si T (pekerja lama;seorang wanita) dulu kalau tak tahu mesti cakap macam ni.... “Bang, macam mana ni bang...tolonglah tunjuk!!”(sambil mengajuk gaya wanita itu)............ nak je aku ‘kick’ dia!!

Lang memerhati dengan penuh plastik seakan-akan terhibur dengan keangkuhan Brader E yang merupakan seorang juruteknik mesin berusia akhir 20-an itu. Padahal dalam hati Lang begitu geram dan tidak boleh menerima langsung kebiadapan lelaki itu. Rakan sekerja tadi itu bagai memujuk Lang apabila terus berkongsikan ilmu yang beliau ada supaya Lang tidak ‘terkena’ lagi! Beliau juga mengakui memang agak menyentapkan apabila berhadapan dengan pelanggan yang bongkak, angkuh dan berlagak hebat.

Kemudian Lang terpaksa mengambil barang yang berada di tingkat teratas bangunan itu untuk seorang pelanggan lain yang memesannya. Lang pun terus menaiki lif barang yang mempunyai kelajuan yang amat perlahan dalan menutup pintunya. Lif itu berhenti di satu tingkat lalu seorang lelaki India masuk dan kemudiannya ada seorang jurutera hendak masuk lif dengan langkah perlahan kerana disapa seseorang ditepi lif.

Beliau juga sedang melekapkan telefon bimbitnya ditelinganya sambil menghabiskan ayatnya untuk teman yang menyapanya itu. Lang dan lelaki India itu terpaksa menungunya masuk.

Kemudian barulah beliau masuk lif itu. Lelaki India itu terus menekan butang tutup pintu disudut yang satu lagi setelah jurutera itu masuk. Lif barang itu memang lambat untuk menutup pintunya!! Lalu jurutera itu memekik kepada Lang, “Tutuplah pintu tu!!” Lelaki India tu menjawab dengan nada perlahan , “Dah tekan dah, pintu ini memang lambat sikit”. Lang menjadi meluat dengan keangkuhan jurutera itu yang berlagak seperti Lang ini pekerja bawahannya dan terus memerhatikan beliau keluar dengan lagaknya di tingkat yang satu lagi.

Ini adalah antara kejadian-kejadian yang menyakitkan hati sepanjang sebulan bekerja disini. Yang anehnya apabila berhadapan dengan beberapa bangsa lain termasuk dari negara asing pula mempunyai budi bahasa yang amat tinggi!!Mereka dengan memulakan sapaan dengan “Hai, boleh awak tolong saya??”. Diakhir bicara selalunya “ Terima kasih diatas pertolongan awak!!” dan paling menghiburkan “ Thanks , you are the best!” atau “Terima kasih, awaklah yang terbaik” sambil menunjuk isyarat bagus!

~kempen ~


hati Lang mula tertanya-tanya, adakah ini bangsa Malaysia yang terkenal dengan budi bahasanya?? Dalam usia kemerdekaan negara yang semakin meningkat ada nilai-nilai murni yang semakin berkurangan. Teramat sedih apabila orang yang sebangsa dan seagama pula yang melakukannya!! Tak kiralah siapa juga kita, pangkat tinggi atau rendah, jurukhidmat mahupun pelanggan sepatutnya cubalah bersikap baik pekerti dengan orang lain kerana kita juga tidak suka orang lain berbuat sebaliknya bukan?

Tidak kiralah di dunia pekerjaan, perniagaan,pendidikan mahupun dalam laman blog atau alam maya ini, marilah kita pupuk budi bahasa yang sebaik mungkin kerana seperti dikatakan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee; “bahasa melambangkan bangsa” . Budi bahasa, budaya siapa???

Label: