Lompat, belalang lompat!!!
Di sebuah hutan, hidup si belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi antara belalang lainnya. Belalang ini sangat bangga dengan kemampuannya itu. Ia asyik melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi. Dari atas pohon tersebut, belalang dapat melihat sebuah desa yang indah. Suatu hari, burung merpati mengajaknya ke desa tersebut.
Setelah mendarat, mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa sehinggalah sampai di taman berpagar tinggi yang dijaga oleh anjing besar. Belalang bertanya, « Siapakah kamu dan apa yang kamu lakukan disini ? » « Aku anjing penjaga taman ini. Aku dipilih majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini , » jaewab anjing dengan sombongnya. Panas sungguh hati belalang. « Hello, tidak semua binatang boleh kau kalahkan. Aku mampu mengalahkanmu. Aku mencabarmu bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi di antara kita.”
“ Baik! Di depan sana ada pagar tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang berupaya melompati pagar tersebut.” Giliran pertama adalah si anjing. Setelah mengambil langkah, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa itu.
Si belalang pula mengambil tempat. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat.
Namun ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut dan belalang itu jatuh ke tempatnya semula. Dia cuba melompat lagi dan lagi namun ternyata gagal juga. Sambil tertawa si anjing berkata, “ Nah, belalang, apa lagi yang mahu kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.” “ Belum . Cabaran pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika aku yang menentukan cabaran kedua?”
“ Apa pun cabaran itu, aku bersedia,” tukas si anjing. Tambah belalang, « Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di satu tempat. Pemenangnya akan diukur bukan seberapa tinggi dia melompat tapi dari lompatan yang dilakukan tersebut, berapa kali tinggi tubuhnya.” Dari lompatannya, ternyata anjing berjaya melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Tiba giliran si belalang. Lompatannya hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara 40 kali tinggi tubuhnya.
Belalang menjadi pemenang untuk perlumbaan kedua ini. “Hebat. Tapi pemenangnya belum aa. Kita seri dan harus mengaadkan lumba ketiga,” kata si anjing.” Tidak perlu, jawab si belalang. “Kerana, pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang diadakan adalah daripada mereka yang menentukan standard perlumbaannya.
eeet!!eeet!!
“ Pada perlumbaan pertama kamu yang menentukan standard perlumbaan dan kamu yang menang. Lumba keduu saya yang menentukan, saya pula yang menang!”
“Maknanya, kamu dan saya mempunyai potensi dan standard yang berbeza tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kejayaan sejati adalah dengan potensi yang kamu miliki, kamu mampu melampaui standard dirimu sendiri. Setuju ? »
Pengajarannya betapa kita sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain- profesion, pendapatan, pakaian, kenderaan, harta benda, kejayaan kita dan seterusnya. Hasilnya? Ada kalanya muncul perasaan – perasaan negatif seperti iri hati atau kecewa pada diri sendiri sekali gus menyingkirkan rasa syukur atas kehidupan kita. Namun, kala yang lain muncul juga semacam motivasi untuk lebih maju dan berusaha lebih tekun agar boleh melampaui orang lain.
Justeru, cara bersaing yang lebih sesuai adalah dengan diri sendiri. Mulailah mengukur kemajuan kita tahun ini berdasarkan prestasi kita pada tahun lepas. Kita tetapkan bahawa tahun ini kita harus lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya; pendapatan dan sumbangan tahun ini diusahakan lebih tinggi; pengetahuan ditingkatkan dari tahun yang silam; tali silaturahim direntangkan dengan lebih lebar; kualiti ibadah diperdalam; memperbanyakkan amalan baik dan bukannya membuang masa bercakap hal orang dan sebagainya.
Dengan cara ini, kita ternyata lebih mampu mengatasi penyakit-penyakit seperti iri hati, dengi, rasa kecewa pada diri sendiri yang akhirnya bukan saja boleh membinasakan fizikal tetapi juga akal fikiran yang waras. Berlumba untuk memecahakn rekod peribadi yang baru, melampaui rekod yang tercapai di masa lalu, ternyata menimbulkan rasa syukur yang begitu asyik dan membahagiakan. Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, melainkan kemenangan atas hawa nafsu dan diri sendiri.
(karya PUTRI, Mingguan Malaysia 5 Ogos 2007)
ngomel Blalanglalang- tak kenal lah pulak dengan si belalang itu. Sian kat burung merpati tu jadi pelakon tambahan, lepas tu lesap ntah ke mana! kesimpulannya, jangan terlalu mudah banding-bandingkan orang dan melihat kelemahannya sahaja!!
Pengajaran : ukur baju di badan sendiri, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Biar apa pun jua kehebatan diri dan biar di mana pun bumi dipijak, langit yang sama juga tetap dijunjung ! Ikutlah jua resmi padi, makin tunduk makin berisi.
Label: variasi