* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Disember 26, 2007

lembaga apa?

alkisahnya kisah terjadi di tempat kerja Lang tak berapa lama dulu....Lang semasa sedang melalui ke kawasan di satu sudut ruang pameran terasa seperti diintai oleh sesuatu. Lang terkena sudah 3 kali setakat ini ...di hujung ekor mata ternampak sekilas bayangan lembaga bergerak ke sana ke mari bagai tingkah pelanggan memilih barang!!

Lang pun diamkan sahaja...walaupun meremang juga bulu tengkuk ni!! kemudian di satu malam , ketika bos dan Lang bersama seorang staf wanita menjadi orang terakhir pulang di tempat kerja itu, Bos Lang secara bergurau mengatakan dia nampak ada staff sedang mengemas barang di sbelah belakang. Apa lagi kelam kabut mereka berdua lari lintangpukang...aiyo yang tukang menakutkan pun lari sama!!
Lang pula maintain je jalan perlahan lahan...(macho la kunun...hahaha) sebab Lang tahu bos LAng ni saja menakutkan jer!!

Untuk kepastian, LAng pun tanya ; benarkah beiau nampak 'benda' itu?
Bos Lang menjadi kaget,terdiam dan terpaku dengan persoalan itu!
Lang menceritakan sedikit kejadian yang menimpa Lang itu...tiba-tiba waja bos Lang itu bertambah pucat!! (aiyo...si kaki pompuan ni fobia antu ropenya!!)

beliau menjadi takut pula hendak mengunci pintu dan menyuruh Lang pulak!!

Selesai kunci,beliau memaksa Lang menemannya ke keretanya dan kami berpisah disitu.

~I just wanna be your friend!!~

Keesokan paginya, ketika mesyuarat, beliau membuka cerita 'antu' ni kembali dan bertanya kepada staf yang lebih lama berada disitu. Lang turut berkongsi cerita tentang kejadian 3 kali yang serup itu.

Rupa-rupanya, Lang bukan orang pertama mengalami kejadian aneh disitu. Bekas Pengurus dan staf lama juga pernah mengalami kejadian pelik, malah pernah melihat kelibat lembaga yang mengembarkan rupanya seperti staf di situ!!
Mesyuarat pagi itu menjadi sesi mengakkan bulu tengkuk...namun ada plak seorang staf yang kurang LAng gemari ini menyedari perhatian terhadapnya berkurangan akibat cerita misteri itu.

Walaupun tidak ada kejadian misteri hinggap di dirinya, beliau bercereka rama dengan penamat ceritanya adalah lawak yang tak menjadi kerana masing-masing sedang dalam mood seram. Beliau kemudian bercerita tentang dirinya yang tak pernah mengalami kejadian aneh dengan nada riak sehingga seorang staf menempelaknya dengan mengatakan beliau 'cakap besar'


Lang kemudian melakukan sedikit kajian sendiri terhadap latar belakang tempat bernama S itu ...( S lagi!!!)

rupa-rupanya...tempat S itu pernah menggemparkan seluruh negara dengan kes pembunuhan dan kematian yang melibatkan VIP dan nama terkenal (kalau sebut satu Malaya tahu!!)
Pernah juga berlaku kemalangan jiwa ketika masih dalam pembinaan serta kemalangan ngeri yang juga merupakan kejadian aneh!

Pasti!!Lang cuma tabahkan diri dan merendah diri kerana di dunia ini manusia juga berkongsi dengan makhluk lain...janganlah kita 'menyentuh' atau 'mengusik' mereka sebab 'mereka' pun tak mengganggu kita. Kejadia di tempat S itu pun belum sedasyat pengalaman LAng yang lalu...yang kalau diceritakan pasti tak tidur malam siapa yang mendengarnya!!!

Label: