Alkisah kerjaku kini!!
Alkisahnya perihal di tempat kerja...hmm nampaknya pekerjaan yang nampak mudah tidaklah seperti yang disangka...yela...memang tiada pekerjaan tulen yang mudah kan? Apa yang membingungkan Lang ini ialah sehingga kini Lang tidak mengetahui apakah skop sebenar pekerjaan Lang ini!! ??Lang telah berjaya masuk ke dunia kesemua staf secara umumnya dan mereka pun menerima kehadiran Lang dengan baik meskipun pada awalnya Lang agak geram dengan perangai mereka yang mengikut mood itu. Setelah kehadiran Lang diterima, terasa mereka (staf seliaan) semakin dekat namun begitu terasa semakin berjarak pula dengan pengurus.
Ini kerana konsep dan ideologi pengurus itu yang ala tentera yang beliau panggil sebagai ‘cara komunis’ yang membezakan darjat semakin pudar dihati Lang berbanding konsep kekeluargaan yang telah lama pupuk di tempat itu. Mungkin pengurus yang baru dinaikkan pangkat itu terbawa-bawa daripada tempat lamanya, iaitu di kampung halamannya atau hasil didikan ala tentera!
Tiada kesalahan dengan ideologi itu, namun Lang lihat dengan cara kekeluargaan itu, tekanan kerja dapat dikurangkan dan produktiviti tetap mantap. Lang sendiri dapat menguruskan salah seorang yang dianggap degil sehingga menjadi satu pasukan yang baik hasil daripada ketulusan yang lahir dari hati. Pun begitu, Lang sedar, ketegasan tetap perlu ada!
Perihal kerja ini, Lang bermula dengan bersetuju 200% dengan segala percakapan dan ngomelan pengurus muda itu. Dengan pengalaman lebih 2 tahunnya itu, beliau telah memberitahu pelbagai informasi. Lang yang masih dalam proses pemerhatian dan konsep ‘bos selalu betul’ cuba Lang praktik dan plastikkan demi memasuki dunianya.
Lang melihat beliau begitu obses dengan wanita dan aset yang ada pada wanita. Malah beliau sendiri mengakui dengan bangga beberapa keterlanjurannya!! Pun begitu, Lang Cuma mendengar sahaja dan menasihati secara halus supaya beliau berkahwin sahaja. Nampaknya beliau lebih suka berseronok!
Ketepikan hal peribadinya itu, Lang melihat beliau meletakkan kepercayaan kepada Lang dalam beberapa perkara. Lang berterima kasih atas perkara tersebut. Namun begitu, tingkahnya semakin lama semakin menjelekkan Lang. Cara membentak nama Lang dihadapan pelanggan memulakan episod baru. Lang sudah mula melihat pada perspektif yang berbeza.
Belang sebenar beliau sudah mula nampak ke arah hendak mempergunakan Lang. Beliau sudah mula melepaskan tanggungjawabnya satu persatu kepada Lang yang merupakan budak mentah dalam syarikat itu. Sebelum itu, belia ada mengajar Lang tentang laporan harian yang perlu dibuatnya. Lang menolongnya beberapa kali selepas itu dan ada ketika beliau menyiapkannya pula.
Kini, laporan harian itu sudah menjadi milik mutlak Lang!! Sungguh mengejutkan, sekiranya ditempat lain kejadian ini terjadi juga seperti yang beliau dakwa tak tahulah!!
Lang dipaksa membuat laporan itu, walaupun Lang cuba mengemukan hujah yang itu adalah skop kerjanya. Setiap kali ada komplen daripada ketuanya, Langlah mendapat tempiasnya.
Pendekatan ala tentera itu tak bermakna beliau seorang yang penuh disiplin. Sudah beberapa kali beliau lewat namun tiada siapa berhak menegurnya. Pernah beliau meminta seluruh staf datang 2 jam sebelum waktu kerja untuk satu kerja audit. Lang datang 15 minit sebelum waktu yang dijanjikan, menjadi orang pertama tiba. Namun kecewa terpaksa menunggu beliau yang memegang kunci dan hanya tiba satu setengah jam selepas itu!!! Tiada maaf pun daripada mulutnya!!
Beliau juga sering keluar rehat beberapa kali dengan alasan untuk menikmati rokoknya.
Apabila jualan menurun, Lang juga yang ditanyanya!! Apabila dijawab, Lang dikatakan suka memberi alasan!!
Hari Isnin merupakan hari paling sibuk tidak kira dimana pun kita bekerja. Banyak dokumentasi dan memo baru muncul pada hari tersebut. Pun begitu, hari itulah juga menjadi pilihannya untuk bercuti. Bebanan hari tersebut disandarkan ke bahu Lang yang masih dalam latihan dan percubaan ini. Seluruh staf merasa tidak puas hati dengan pilihannya itu, sehingga semua mengusulkan bantahan terhadap tindakannya itu. Dengan nada rayuan, semua pekerja memintanya menukar hari cutinya termasuk oleh Lang dan orang nombor 2 disitu. Permintaan itu ditolak mentah-mentah dan dengan selamba beliau mengatakan itu adalah satu pembelajaran dan pengajaran buat Lang !!
Lang yang turut serta dalam bantahan itu kemudiannya dipanggil bersua dengannya. Tindakan Lang menyebelahi staf disitu dikecam dan dikatakan tidak patut berbuat sedemikian malah patut meyokongnya!! Alangkah terkilannya Lang apatah lagi orang nombor 2 disitu tidak pula ditegurnya (mungkin kerana kalah dengan pengalaman dan faktor usia)
Cara ‘ala tentera’nya itu sebenarnya boleh dikatakan gagal meresapi para pekerja yang sudah lama bekerja disitu kecuali pekerja baru yang diimport daripada kampung halamannya. Walaupun Lang tidak sehebat dan sekeras mahupun setegasnya, boleh dikatakan cara halus dan lembut Lang berjaya juga merubah tingkah kurang baik para pekerja lama disitu. Antaranya, mereka sudah rajin dalam perihal kebersihan setelah Lang memperlihatkan tiada salah bagi seorang bertali leher melakukan kerja sebegitu, apatah lagi mereka yang bermeja T setiap hari itu. Mereka mulai ‘segan’ dengan kerajinan itu dan mengadaptasi budaya yang mereka lihat Lang bawakan. Dengan secara automatik, setiap hari kebersihan menjadi agenda utama. Pun begitu perubahan itu didakwa pengurus itu sebagai kejayaannya setelah menempelak mereka...hmmm tak tahulah pula!!
Lang juga memperolehi keseganan seorang staf yang terkenal dengan tabiat 'playboy 'meskipun sudah berkahwin. Beliau yang menggunakan komputer di situ sejak sekian lama untuk mencari teman baru (meskipun akan menimang cahaya mata) ...akhirnya terkena dengan sindiran Lang .
Beliau yang panas baran, menjerit marah kepada Lang kerana begitu berani terhadapnya (seorang kaki pukul juga) dan menyoal kedudukan Lang di situ namun Lang hanya mendiamkan diri sahaja. Drama dingin antara Lang dan dia, akhirnya melahirkan ketidak sedapan hati terhadapnya untuk melakukan kesalahan itu sekaligus merupakan permintaan maaf secara tidak langsung. Sejak itu hubungan kami sudah mulai rapat.
Tabiat mencari teman baru olehnya itu berkurangan , namun oleh kerana pengurus itu pun sama juga menggunakan komputer untuk berbual dengan teman baru menghidupkan semula budaya itu!! Wah...pelik sungguh dengan polisi 'penuh disiplin' 'ala tentera' yang beriya-iya cuba diterapkan oleh pengurus itu!!
Apa yang pasti, pengurus dan staf itu berkongsi obses i dan saling menggalakkan antara satu sama lain meskipun pada waktu kerja!! Adakah betul perbuatan itu???
Polisi, kemahuan dan ideologi pengurus itu serta perlaksanaannya mula menjadi persoalan. Sudahlah Lang tidak dibenarkan menyuarakan pendapat sendiri apatah lagi bantahan!! Malah ada beberapa kerja kreatif Lang dikritik meskipun dipuji oleh orang atasannya!! Aduhai...sesungguhnya kesabaran sahajalah yang mampu Lang pupukkan dalam diri apatah lagi sekiranya Lang nampakkan sikap memberontak mulalah Lang dikecam sekali lagi!!
Beliau memberitahu kedudukan dan kuasa miliknya terhadap Lang supaya Lang mengikut sahaja perintahnya malah sekiranya Lang menentangnya dengan mengadu kepada ketuanya, beliau bersedia menggunakan orang yang berpangkat lebih tinggi lagi!! Beliau merendahkan ketua-ketuanya yang masih 'hijau' dan sama sahaja pengalaman seperti Lang!!Bagi dirinya, pengalaman miliknya mengatasi pendidikan formal milik mana-mana pekerja lebih baru daripadanya!
Semalam, sewaktu dalam proses menyiapkan laporan yang dibuat betul-betul dihadapannya, beliau sedang 'sibuk' membuat temu janji dengan seorang gadis dengan menggunakan telefon pejabat!! Lang yang sebelum itu membuat kerja-kerja menyediakan fail informasi (atas permintaan pekerjaan bawahan) dikatakan membuat kerja tak berfaedah dan membuang waktu dan sepatutnya memikirkan hal jualan dan mengutamkan laporan yang disuruhnya itu!!
Lang sedar, ada juga salah dengan perbuatan sendiri tapi adakah beliau sedar beliau juga melakukannya?? Lang juga tahu dengan kedudukan Lang disitu...Apakah yang mampu Lang lakukan lagi??
Label: kisah blalang




