Gagal diperbodohkan!!
Akhirnya setelah 3 tahun tidak memiliki telefon bimbit baru, Lang dapat jua membeli yang baru. Meskipun model yang dibeli ini adalah keluaran 2006, namun LAng cukup puas hati dengan ciri-ciri telefon bimbit ini.Pun begitu, cerita pemilikan telefon bimbit ini bukanlah sesuatu yang manis sentiasa. Lang terpaksa menahan beberapa keinginan untk berbelanja barangan lain serta mengurangkan bajet harian demi mencapai impian ini. Lang juga membuat kajian tentang model dan harga dipasaran sepanjang 2 bulan bagi memastikan pembelian itu nanti adalah sesuatu yang berbaloi.
Setelah melalui proses yang panjang itu, akhirnya LAng memilih untuk membeli di Bandar K yang terletak diluar ibu kota. Dengan tangki minyak motosikal yang penuh, Lang turut membonceng adik sebagai saksi atau pembantu sekiranya LAng menghadapi masalah.
Pagi itu, Lang terus bertolak ke bandar K dengan teknik cuba jaya mengikut papan tanda. Perjalanan selama lebih 40 minit itu akhirnya tiba jua di bandar kecil itu. Sungguh aneh juga rasanya, seolah-olah berada di tempat asing. Meskipun itu bukan pertama kali menjejaki ke bandar K itu, namun perasaan aneh itu muncul juga!
Lang mula mencari-cari model telefon idaman itu...namun tiada satu pun kedai yang ada model itu. Bila ditanya, mereka semua menjawab kehabisan stok!
Lang bersama adik berjalan mengelilingi lot-lot kedai yang ada di bandar kecil itu. Akhirnya dapat jua model telefon itu di suatu kedai berkembar dengan kedai foto. Penjaganya 3 orang gadis bermekap garang serta rambut berwarna. Imejnya persis gadis liar. Namun begitu Lang tidak kisah kerana mahu menggapai impian itu. Lang melihatkan harga dipamerkan jauh lebih murah dari yang didapati di ibukota.
Lang meminta dipertimbangkan lagi harga tersebut, akhirnya dapat dikurangkan RM10 lagi. Lang terus membayar, gadis-gadis itu seterusnya masing-massing sibuk menguruskan pembelian telefon. Lang kemudian memeriksa baki paad dompet...oh ada lagi baki dan boleh pula membeli hadiah untuk adik Lang yang seorang lagi!
Lang melihat-lihat telefon bimbit disitu....kemudian bila dilihat pada dompet kurang pula beberapa ringgit. Lang meninggalkan adik bersama telefon yang sudah dibayar itu untuk ke mesin ATM diseberang jalan.
Selesai urusan ATM, Lang kembali ke kedai itu. Adik Lang cuba memeberitahu sesuatu yang kurang jelas dengan nada yang kabur...Lang kurang mengerti. Rupa-rupanya tentang telefon bimbit baru itu mahu dicas lagi oleh penjual itu! Lang tak faham tentang cas itu dan terus bertemu seorang gadis itu. Katanya dia cas lagi untuk memuat turun perisian atau Software penting untuk telefon bimbit itu. Software itu katanya bertujuan membolehkan Kad Memori itu boleh digunakan sekiranya ingin menyimpan gambar,tanpa software itu katanya telefon bimbit itu akan gagal membaca kad memori itu!!
Lang melihat sahaja gadis itu meneruskan proses itu tanpa persetujuan yang sejati daripada Lang. Kemudian katanya, kalau mahu dibatalkan boleh tapi beliau mengeluarkan ayat-ayat tidak menggalakkan serta menakut-nakutkan LAng.
Lang bertanya kepada adik Lang tentang kesahihan kalau beli telefon bimbit jenis baru itu perlu dimuat turun dahulu sebelum boleh digunakan.
Adik Lang yang memiliki telefon canggih 3G terbaru menafikan perkara itu. Lang seterusnya melihat apa yang dimasukkan ke kad memori itu...apa yang Lang lihat gadis liar itu memasukkan fail bernama "theme-fast and furious" "snoopy" dan judul-judul lagu indonesia!! Kelihatan fail-fail mempunyai "thumbnail" gambar kartun dan tiada unsur yang nampak mempunyai kepentingan.
Lang yang sudah mula rasa tertipu bertanyakan lagi tentang "software" dakwaan gadis yang sudah menyerlah kebohsiaan mereka itu. Mereka berkeras lagi tentang fungsi "software" itu...Lang kemudian meminta penjelasan sang penjual itu mengapa beliau tidak meminta persetujuan Lang sebelum memasukkan software 'penting' seperti dakwaan mereka itu...namun mereka tidak mengendahkan langsung malah memandang ke arah lain.
Lang yang kemudian bertanya lagi kepada adik untuk kepastian yang penghabisan untuk nekad mengelakkan penipuan.Lang seterusnya meminta gadis yang memandai-mandai masukkan tema-tema tidak perlu itu membatalkan muat turun itu dan Lang mahu kad memori itu seperti asal.
Beliau enggan malah memarahi Lang yang dikatakan berdolak dalih. Lang berkeras lagi sehingga nada suara menjadi maksimum. Melihatkan kejadian itu, 2 orang bangsa Bangladesh di tepi kedai itu berterabur lari dan staf kedai gambar itu menyorok dibahagian lain.
Lang seterusnya berkeras tentang hak Lang sebagai pembeli yang tak mahu dikenakan cas yang tidak diberitahu sejak awal dan merupakan cas tambahan tidak perlu. Kemahuan Lang itu mengundang kemarahan gadis-gadis muda itu yang mula menunjukkan sikap biadap mereka meskipun baru berusia 18 tahun.
Mereka yang langsung tiada adab sopan mahupun budi bahasa, membahasakan Lang dengan pelbagai perkataan biadap...namun LAng hanya berkeras tentang ketidak mahuan Lang ditipu dengan cas tidak munasabah. Jika dimasukkan cas terbabit, harga telefon itu akan menjadi sama sahaja seperti kalau dibeli di Ibukota!!
Lang akhirnya berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit itu tanpa dikenakan cas tambahan. mereka cuba mengugut mahu membatalkan waranti, namun Lang langsung tidak gentar kerana itu adalah perjanjian asal. Mereka melemparkan pandangan biadap serta mengatakan "apalagi, blah la!" setelah Lang mendapatkan telefon bimbit berserta kad memori itu.
Gadis-gadis itu yang pada pandangan Lang terserlah sikap gadis liar jenis bohsia malah tidak merasa bersalah menipu orang apatah lagi berani bersikap biadap dengan pelanggan sememangnya memalukan bangsa sendiri. Pun begitu sikap tidak segan silu mereka pada usia muda itu juga amat dikesali.
Lang cuba diperbodohkan namun mereka gagal. Lang tidak dapat melupakan ayat-ayat biadap mereka apatah lagi kejadian penuh tegang itu!! Habis di kedai itu, LAng ke lot kedai lain pula untuk membeli telefon bimbit hadiah kepada adik. Nasib baik la LAng tidak turut membeli kedai di kedai bohsia itu.
Kejadian itu LAng ceritakan kepada tokei kedai di lot lain tanpa memberitahu kedai yang mana satu. Tokei kedai itu terus bertanya kepada Lang " kedai gadis itu ke?" terkejut Lang dibuatnya!! rupa-rupanya ramai sudah terkena...malah kedai itu mempunyai 3 cawangan lain di bandar K itu. Mudah sahaja nak cam cawangan-cawangan kedai penipu itu, mereka menyewa satu lot bersama kedai gambar!! Ohh...kalau begitu legalah...LAng tidak akan lagi ke kedai mahupun cawangan kedai biadap itu lagi!!
Lang seterusnya memperoleh hadiah untuk adik di kedai lain dengan kepuasan. Kejadian ini diharapkan dapat memberikan pengajaran kepada penjual itu bahawa bukan semua pengguna boleh diperbodohkan mahupun ditipu!! Lang harap pembaca-pembaca akan menyedari bahawa pengetahuan sebelum pembelian adalah amat penting dalam dunia penuh tipu muslihat dan gila untung ini!!!
Label: kisah blalang



