Jangan Tumpang Belakang
Hari-hari kerja Lang sungguh meletihkan lagi membosankan. Ini berikutan penutupan sementara tempat kerja Lang itu untuk tujuan pengubahsuaian. perubahan kosmetik itu menuntut kerja-kerja berat yang amat memeritkan bagi staf disitu malah bertambah memeningkan Lang apabila pengurus itu tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan setiap tindakan yang bakal dilaksanakan.Kerja Lang dari skop pengurusan bertukar kepada kerja Pak Guard pula kerana perlu menjaga kontraktor dan harta milik syarikat setiap hari. Pengurus itu pula sesuka hati bercuti pulang ke kampung selama berhari-hari tana merasa bersalah meninggalkan Lang sebagai wakil tunggal staf pengurusan disitu.
Lang pun terus mengharungi hari-hari yang membosankan itu setiap hari dari pagi ke malam sehingga kesemua kontraktor tamat waktu kerjanya. Lang merupakan orang terakhir yang perlu menutup semua suis termasuk lampu sebelum mengunci pintu masuk premis itu.
Di suatu hari itu, Lang bersiar-siar di kawasan stor yang sudah dipecahkan sehingga tertogel semuanya. Seingat Lang kawasan itulah Lang terlihat lembaga yang bagai mengintai-intai Lang ketika melalui sudut itu dahulu. Lang terlupa seketika pabila melihatkan suasana baru yang penuh selerak di premis itu.
Kesian juga ‘rumah’ lembaga itu sudah tertogel sebegitu rupa. Malam itu menjelang jam 10 malam, Lang seperti biasa menjadi orang terakhir yang perlu memadamkan suis dan mengunci pintu lampu sebelum pulang. Keadaan terang benderang bertukar gelap gelita serta merta pabila suis dimatikan...tiba-tiba rasa keseraman muncul. Lang tidak menghiraukan perasaan itu dan hanya memikirkan untuk pulang ke rumah saja.
Lang terus ke tempat parkir motosikal yang terletak sejauh 400meter dari premis itu. Dengan langkah penuh lesu, akhirnya sampai jua di kenderaan milik Lang itu. Lang terus memecut untuk pulang ke rumah sesegera yang boleh.
Tiba di suatu kawasa perumahan, tiba-tiba ada sebuah kereta membunyikan hon panjang yang berturut-turut dan hanya memberhentikan sebaik Lang melepasinya. Aiyo...kenapa kereta tu??Pelik sungguh....agaknya dia nak menegur jiran di kawasan itu agaknya!!
Lang tiba dirumah dengan penuh kelegaan...Lang terus ke bilik untuk membersihkan diri sebelum menikmati makan malam. Lang kemudian terus melelapkan mata kerana keletihan.
Malam sunyi itu, Lang dihinggapi mimpi yang aneh lagi menggerunkan. Saudara mara yang sudah tiada muncul dalam mimpi tanpa berkata-kata diikuti objek-objek seperti colok, unggun asap dan tengkorak berasap muncul. Lang tersedar dari tidur lalu beristighfar. Kemudian terasa seperti ada sesuatu dibelakang Lang sehingga meremangak bulu roma. Lang membaca surah pendek yang terlintas serta kaku sambil menutup mata. Lang cuba menenangkan diri namun perasaan seram semakin muncul dan menambahkan lagi kenaikan bulu roma itu!!
Lang sudah tidak tahan lagi perasaan itu lalu keluar dari bilik itu dan terus ke ruang tamu. Terlihat adik tidur dihadapan TV dan Lang terus baring berdekatan dengannya. Lang melihat jam, belum tiba lagi waktu subuh!! Lang baring lagi sehingga terdengar azan subuh setengah jam kemudian. Lang kemudian berasa lega dan terus berada di ruang tamu sehingga tiba waktu untuk memulakan hari itu.
Kakak Lang yang bangun subuh itu terkejut melihat Lang sudah keluar dari bilik sekaligus dapat mengagak pasti ada ‘benda asing’ dalam bilik Lang kerana itu bukan kali pertama Lang menghadapi kejadian sebegitu di bilik yang dikatakan ‘keras’ itu.
Pagi itu Lang menceritakan perkara itu kepada keluarga.dan Lang terus menggantungkan surah kursi di kepala katil dan ‘menyemburkan’ ayat-ayat suci ke dalam bilik itu. Ketika waktu kerja, ahli keluarga yang ada di rumah turut membantu ‘membersihkan’ bilik Lang sehingga malam itu Lang berasa sudah ‘selamat’ untuk menghuni bilik itu semula.
Barulah Lang terfikir akan kejadian kereta menghon panjang ketika Lang menghampirinya...agaknya beliau ‘nampak’ sesuatu menumpang kenderaan Lang itu agaknya!! Aiyo....janganlah lagi kejadian seperti ini berlaku harapnya...kepada lembaga itu ....”jangan Tuimpang Belakang” boleh tak???
Label: kisah blalang



