* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Sabtu, Februari 07, 2009

Penggunaan Kata Ganti Diri Pertama di Malaysia

(Lang sedang 'feeling' guru Bahasa Malaysia ketika ini)

Murid-murid....Selain menggunakan nama sendiri atau gelaran bagi membahasakan diri ...dalam Bahasa Malaysia terdapat penggunaan perkataan yang lain


Saya:
Menggunakan 'saya' sebagai membahasakan diri sendiri dianggap sopan dan lembut di telinga kebanyakan oleh masyarakat semenanjung terutama di negeri-negeri selatan dan tengah Semenanjung Malaysia yang menggunakan loghat Melayu Johor-Riau. Umumnya loghat Melayu Johor-Riau diangkat sebagai sebutan rasmi Bahasa Malaysia setelah sebutan baku dimansuhkan bagi membezakan bunyi Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

Orang Melayu Semenanjung selalu membahasakan diri 'saya' apabila bercakap dengan orang yang dihormati seperti guru,kawan rapat atau ibu bapa bagi menjaga kesopanan dalam berbahasa

Aku, Daku:
Menggunakan 'aku' dalam pertuturan kadangkala dianggap kurang sesuai bagi masyarakat Melayu Semenanjung kerana bunyinya yang agak kasar. Penggunaan 'aku' selalunya apabila berbicara dengan orang yang dianggap sama atau lebih rendah darjat/pangkat atau umurnya.

Pun begitu 'aku' juga digunakan untuk membahasakan diri hamba yang lemah di dalam bacaan doa ! Justeru tidak hjairanlah masyarakat Jawa dan kepulauan nusantara menggunakan 'aku' dan menganggap 'aku' tu bunyinya lebih lembut!
Aku juga selalu digunakan oleh masyarakat di Utara Semenanjung dan Sarawak.

Penggunaan 'daku' amatlah jarang dalam pertuturan harian dan hanya digunakan dalam puisi atau lirik lagu sahaja.

Beta
Digunakan oleh golongan kerabat di raja sahaja. yang bukan kerabat di raja tu sila jangan berangan nak guna 'beta' yer..kang kena baling batu bata tak pasal pasal!

Patik
Digunakan oleh golongan rakyat bagi membahasakan diri dengan kerabat di raja yang membahasakan dirinya 'beta' sebagai balasan.


Bahasa Daerah/ Negeri....




Den, Eden
'Den' atau kadangkala 'Eden' digunakan oleh masyarakat Minang dan orang Negeri Sembilan bagi membahasakan diri mereka. Bagi yang tak mengerti(masyarakat luar), mungkin menganggap rakyat satu Negeri Sembilan tu nama bermula dengan 'DEN'!

Kami/Kamek
Bagi orang di Sarawak penggunaan Kamek bukan asing lagi. Tapi di Semenanjung Malaysia ada juga yang menggunakan 'Kami' bagi membahasakan diri sendiri ketika berbicara. Bunyi 'kami' ni bagai menggambarkan ramai orang tapi bagi masyarakat Peranakan atau Baba Nyonya dan beberapa masyarakat di Melaka dan Pulau Pinang 'kami' ni maksudnya saya!

Oku
'Oku' ni digunakan oleh masyarakat di Sabah. Bunyi dan fungsinya sama je dengan 'Aku'. Oku ni bukan maksud untuk digunakan oleh OKU (Orang Kurang Upaya) sahaja yer!

Che'
Che'( sebutannya Chek) selalunya digunakan oleh masyarakat di Pulau Pinang bagi memaksudkan diri mereka. Walaupun dah bergelar puan hatta nenek bagai, perkataan Che' tetap digunakan bagi membahasakan diri mereka tu!!


Teman/Kawe/Kawan
Mungkin agak janggal apabila perkataan yang bermaksud sahabat atau kenalan rapat digunakan sebagai ganti nama diri sendiri. Penggunaan 'Teman' di Perak atau 'Temang' atau 'Kawang' di Terengganu, 'Kawe' di Kelantan atau 'Kawan' di Johor pasti mengundang pelik bagi masyarakat yang tak faham dengan bahasa mereka ini! Macam mana plak mereka boleh membahasakan diri mereka tu sebagai kawan atau teman kepada semua orang??

Orang
Mungkin ada yang lagi pelik bila mendengar sesorang itu membahasakan dirinya 'orang'. Ini digunakan oleh beberapa masyarakat Melayu di Johor, Melaka, Selangor dan Pahang bagi mewakilkan dirinya dalam nada yang lembut bila berbicara (selalunya dengan kaum keluarga)

Ada kisah lucu kawan Lang dari Utara yang nak mengorat awek Johor, dengar awek ni membahasakan dirinya sebagai 'orang' ketika berbicara dengannya terus kawan Lang tu ingat perkataan 'orang' tu adalah gelaran manjanya!!

Hari-harilah kawan Lang tu dok tanya kat awek tu "Orang sihat tak hari ni??""Orang dah makan ke belum?" "Orang OK tak ni?" .....Hmmm..kalau orang Johor dengar dan cuba mengertikan macam si budak Utara tu dok kata "aku sihat tak hari ni??" , "aku dah makan ke belum?" ,"aku OK tak ni?" ~Lang tersenyum sinis sebab dah tegur pun sombong bodoh orang nyer!~

Berasal Daripada Bahasa Bukan Melayu....

Gua / Wa:
'Gua' bukan maksudnya lubang dalam bukit tu...tapi 'Gua' digunakan oleh masyakat Melayu di bandar besar yang selalunya perasan dirinya ganas dan hebat. Penggunaan 'Gua' amat popular bagi golongan yang meminati muzik rock , mat gian atau geng-geng bas sekolah yang merasakan dirinya akan dikagumi bila menggunakan 'gua' dalam setiapbutir bicaranya.

Sebenarnya 'Gua' pengguna asalnya adalah masyarakat Tiong Hwa yang kini lebih kerap menggunakan 'Wa' untuk membahasakan diri mereka apabila berbicara dalam Bahasa Melayu.

Watashi
'Watashi' berasal daripada Bahasa Jepun dan amat jarang di dengar digunakan oleh masyarakat Melayu Malaysia kecuali bagi mereka yang pernah tinggal atau belajar bahasa Jepun ataupun mereka yang gila dengan kartun atau komik anime. Pun begitu penggunaan 'Watashi' dalam bahasa Melayu ni lebih menyerlah dalam filem P.Ramlee " Ali Baba Bujang Lapok ' oleh penyamun yang berpakaian tentera Jepun tu!!

Ana
'Ana' digunakan oleh kebanyakan pelajar atau lepasan madrasah dan pengajian Islam dan juga masyarakat Melayu yang berketurunan Timur Tengah. 'Ana' yang berasal dari Bahasa Arab turut digunakan (kadangkala) oleh orang yang perasan ilmunya lebih tinggi daripada yang lain dengan niat riak dan menunjuk-nunjuk! masya Allah!!

I
'I' selalunya digunakan dalam Bahasa Rojak (bercampur Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu) oleh masyarakat Melayu Moden apabila dirinya merasakan feeling world class atau bertaraf diva antarabangsa!Masalahnya, 'kelas' ke kau???

Iols

Perkataan 'Iols' yang merupakan gabungan perkataan yang salah tatabahasa dan 'wrong Grammar' iaitu 'I +All' . Perkataan 'Iols" ini memandai mandai dicipta oleh golongan hadek-hadek dan hakak-hakak bagi membalas perkataan 'Uols' yang berasal daripada perkataan 'You+All' . Perkataan 'Iols' turut digunakan beberapa blogger bagi membahasakan diri mereka. Ooops ada Lang tergunakannye ke??

Mama/ Mak/ Akak
ni selalu digunakan oleh para ibu dan kakak-kakak apabila membahasakan diri mereka dengan anak atau adik beradik. Pun gitu ada gak yang menggunakannya bagi melambangkan betapa 'Mak Hayam' nya dan Diva dirinya itu!!

"Koser tau mak layan uols!!"

~laaaarriiiii!!!~ -> bertaburan abis murid-murid !!

"ngata aku lah tu!!"

Label: