Apa Seterusnya?
Kegemilangan Warna-Warna Gathering Gemilang yang menjadi penutup 2008 masih belum berhenti menjadi buah mulut para peserta yang terlibat...dengan cerita yang tersebar begitu pantas tentang perancangan seterusnya yang akan dijalankan..maka sebagai setiausaha lantikan sendiri (sayalah...siapa lagi??) dengan ini diumumkan perancangan pertemuan akan datang.Pertemuan yang dijangka semeriah merry go-round dan sesuci wajah sok suci akan dijalankan di sebelah utara tanah air pada sekitar 6,7,8 dan 9 Mac 2009!! perancangan awal adalah begini...
6-Mac-2009 (Jumaat) - Bertolak & Tiba di Utara Tanahair
7-Mac-2009 (Sabtu) - Aktiviti Kemuncak 1
8-Mac-2009 (Ahad) - Aktiviti Kemuncak 2
9-Mac-2009 (Isnin -Cuti Maulidur Rasul) - Bertolak Pulang ke Halaman Cinta masing2
Memang inilah perancangan awal ..di Utara nanti pastinya gegaran keriuhan dan kejoyahan masing-masing lebih terserlah daripada biasa...antara tempat menarik di utara ialah "
~ Pulau Pinang (leh jalan2....naik Jambatan then naik Feri then naik hangin..oops!)
~Kedah (leh pose maut kat jelapangan..ala2 orang-orangan...oops!)
~Bukit Merah Laketown ... (Tema.. merah itu red lah!)
~Lost World Of Tambun...(kang ada yang lost plak kang!!)
~Lang-kawi (ada nama Lang disitu...motif perasan?)
Tempat-tempat ni sekadar sebutan je...ala2 Bila Kurindu Tersebut Namamu..takdelah nak feeling wartawan Melodi nak terjah semua plak...very tamak plak katanya nanti!!
Walaupun bakal tuan umah berkata "Takdak apa lah yang menarik kat sini" namun buat pengembara jalanan yang bakal tandang bermadah di sana tetap maintain dengan harapan masing-masing nak bercuti dan bermalam gala di sana!!
Nantikan kemunculan buat kesekian kalinya Cekmine Dion dengan lagunya My Heart Will Go North dengan gaya yang sungguh diva gitu !!
Label: kengkawan




