* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, Oktober 09, 2008

Best ke raya tahun ni??

Salam Syawal buat semua!! Best ke Raya tahun ni??Meriah?? Uhhh...sedih pedih je perantau dan yang beraya di tempat kerja mendengarnya....Alhamdulillah..nasib baiklah Lang dah kerja tempat lain..kalau tak maunya bercucuran dengar lagu raya yang syahdu berkumandang!!!

Raya tahun ni adalah rekod buat Lang gak sebab pertama kali beri duit raya kepada insan selain keluarga sendiri...yang pastinya kanak-kanak yang kebanyakan saudara mara jer!!! Merasa tahun ni pertama kali tak dapat duit raya..huhuhu..(tahun lepas dah tua2 pun ada gak yang hulur!!)...apapun ni semua rezeki...Alhamdulillah sebelum raya dapat rezeki lebih sikit bolehlah niat sedekah beri duit raya tu!!


Lang sempat beraya sampai raya kelima ... raya keenam dah mula kerja...kira oklah tu!!

Seronok gak berjalan raya dari tengah-tengah Semenanjung Malaysia ke selatan...menjelajahi 4 negeri dalam 5 hari!!Pun begitu tak dapat pula bertemu Mistriah Kari gara-gara rumahnya yang diserbu sehingga tak menang tangan dan kaki katanya!!





Bapa Lang kurang sihat sepanjang hari raya ketiga hingga keempat...akibatnya jadi pemandu pertamalah jawabnya dengan melalui jalan-jalan yang tak pernah Lang lalui!! Penat jua Lang memandu...meskipun sepatutnya "second pilot" tapi merasa gak gara-gara perjalanan yang agak mencabar tersebut!!


Tahun ni agak terlebih skit belanjawan untuk Syawal gara-gara tak buat perancangan dan main "Redah Jerr!!!" tapi selamat masih ada untuk simpanan bajet kemudian sebab dalam 'kepala otak' ni dah set berkali-kali... "Know Your Limit!"

Raya tahun ni halaman asmara rumah Lang tidak dapat dilimpahi sinaran pelita di bawah purnama gara-gara kesukaran mendapatkan minyak tanah..aiyo!!




Di rumah pusaka pula nampak gayanya budaya kanak-kanak mengunjungi rumah ke rumah begitu hambar mungkin sekarang ni tengah Hot isu keselamatan kanak-kanak....Ya Allah selamatkanlah mereka dari manusia berhati syaitan!!


Lang sempat melawat beberapa rumah saudara jauh yang begitu 'kekampungan' dan alangkah terkezutnya bila melihat kanak-kanak di rumahnya beraya dengan Playstation !!! Orang dewasa pula dah sah-sah beraya depan TV...hmm.... banyak plak rancangan raya ...tapi banyak yang siaran ulangan jer la!!!

Ada gak yang beraya ngan tonton siaran sukan...aiyo...seswai ...anak siapa lah tu ek?? ~laaariiii~

Bunyi mercun masih berdam-dam-dum disana sini meskipun dah sedikit sayup.....Mungkin satu hari nanti bila hari raya akan beraya depan komputer je masing-masing...ada plak kot game atau simulasi mercun dan bunga api...nak beraya pun guna video call ajer...aduhai sedihnya kalau terjadi !!


Apa-apapun marilah kita meraikan kemeriahan yang setahun sekali sahaja ini dengan tradisi yang telah dipraktikkan sejak dulu lagi di bumi Malaysia ini...

Lang dah pun memulakan Puasa 6 dan akan 'beraya' tak lama lagi selepas selesai puasa ini nanti!!


Dah jawab ke soalan..best ke raya tahun ni??eh...Besraya tu nama highway kan??


P/S: kenapa terasa Dejavu bila taip entri ni??Matilah terasa bagai siaran ulangan!!

Label: