* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Jun 24, 2008

Akhirnya bersua jua!!

Selepas 4 minggu berbalut simen, kini Lang kembali ke Hospital Tezz itu. Lang dihantar oleh bapa ke hospital itu dan menguruskan sendiri ‘perjalanan’ Lang di dalam hospital tezz itu. Lang tak terasa hati pun malah terasa lebih ‘privacy’ dengan tindakan bapa itu. Setelah masuk, Lang pun terus dengan yakin ke kaunter jabatan ortopedik hospital itu. Keyakinan Lang tersentap bila jururawat atau jurujrawat itu menyuruh Lang mendaftar dulu di pintu masuk. Lang dengan penuh rasa malu terus melangkah segan ke kaunter pendaftaran dan disambut oleh jejaka yang asyik memandang Lang je gamaknya!! Lang dicas RM5 kerana membuat temu janji dengan doktor katanya!!

Selesai mendaftar , Lang ke kaunter pakar tulang itu kembali dan mendaftar masuk...Lang diberi giliran yang ke 10 dari nombor yang telah dipanggil. Sementara menunggu, sempat Lang mencuci mata sambil mensnap apa yang patut didalam hospital tezz itu. Ramai juga ‘gula-gula mata’ Lang yang terdapat dalam hospital ini!!

Kemudian tibalah giliran Lang dipanggil.. Hmmm..tak lah lama sangat menunggu...dalam 20 minit je nama Lang dah dipanggil oleh................................oleh..............Doktor.............Doktor Tezz!!! Wow!!!
Kaget!!kaget!!kaget!!!!

Doktor yang persis model-modelan itu yang merawat Lang kali ini...terasa bagaikan mimpi!!!

Pose maut!!

Persis Model!!
~Cadangan Untuk Hiasan~


~ Dengan mata redupnya yang memukau, Doktor Tezz itu memanggil ke kamarnya lalu dipertontonkan sesuatu yang cukup mengghairahkan...dengan penuh belaian dan kasih sayang.....~

Ooops..terlebih sudah Lang verangan!!!Cerita diatas tadi dan bertulisan ‘Italic’ adalah rekaan semata-mata..tiada kena mengena dengan ini cerita!!

Kembali ke realiti...Lang dipanggil oleh Doktor Tezz itu ke bilik pemeriksaan. Disana rekod perubatan Lang disemak...sambil-sambil itu sempat Lang mengambil gambar secara rahsia dan meng-MMS-kannya kepada Himitsu dan Shahriz...yang merupakan ‘spesis’ agak sama citarasanya dengan Lang.

Jangan Usik Tau!!
Doktor Tezz
~Cadangan Untuk Rembesan...Ooops!~

Himitsu dan Shahriz teruja sungguh dengan gambar Doktor Tezz itu.. Lang snap lagi sambil melayan pertanyaan yang keluar lembut dan manis dari mulut dan bibir merah delima Doktor Tezz itu.


Doktor itu terkejut keraan Lang tidak membuat imbasan sinar X sebelum bertemunya...reaksinya amatlah sopan santun namun tetap kelihatan macho...~tak ‘patah’ ok!~

Lang kemudian diminta untuk ke bilik sinar-X dan kembali bertemunya selepas itu.

Selesai membuat imbasan, Lang menunggu beliau. Beliau ketika itu melayan pesakit lain dahulu sementara Lang ke bilik sinar X tadi.

Setiap kali beliau lalu dihadapan Lang, beliau pasti mengucapkan...”tunggu yer” dengan gaya tangan yang cukup menggetarkan rasa!

Setelah 15minit, barulah Lang dipanggil semula ke biliknya.

Keadaan tangan Lang diperhalusi tapi melalui skrin komputer sahaja...ceh apalah Doktor Tezz ini tiba-tiba takut ‘batal air smayang’ plak!! ~oops batal ke???~

Kelihatan beliau memerah daya fikirannya untuk kes Lang sehingga keluar urat-urat machonya!!


Beliau kemudian keluar sebentar dari biliknya untuk bertemu doktor yang pernah memberi rawatan kepada Lang 4 minggu yang lalu itu....yang juga merupakan seniornya.

Lang menunggu keseorangan sambil merasakan getaran aura merembez disekeliling bilik Doktor Tezz itu. Terasa semacam juga meskipun cuma melihat buku rawatan yang mempunyai cop dan tanda tangannya!!


Beberapa minit kemudian Doktor Tezz itu hadir bersama seorang doktor lain yang tak tezz dan gaya yang ‘terlebeh suda’. Lang terkejut sebab doktor yang tezz itu pula yang sibuk memegang-megang Lang seraya mengganggu ‘peluang’ Lang bersama Doktor Tezz itu. Doktor tak tezz itu memberi cadangan kepada Doktor Tezz itu supaya Lang ‘dibebaskan’ sahaja dan tak perlu menerima rawatan susulan lagi..

Lang disuruh ke bilik simen untuk membuka balutan simen 4 minggu itu. Lang bertanyakan tentang rawatan susulan selepas itu dan jawapan hampa yang Lang terima kerana... “Awak tak perlu datang lagi” yang diterima.

Uhh..ni semua gara-gara doktor tak tezz itu lah!! Selalunya doktor akan minta datang lagi selepas 1 minggu untuk pemeriksaan kalau mengikut kebiasaannya!!Grrr........


Lang pun meminta doktor itu membuat pertimbangan tentang keadaan Lang yang belum boleh bekerja lagi. Doktor itu terus memberikan cuti 2 minggu lagi kepada Lang. Lang pun terima dengan redha “Aku Redha” bak kata Kak Jee gitu. Lang menerima sijil cuti sakit yang ditanda tanganinya...itu bagai cendera hati buat diriku yang penuh angan-angan ini.....

Lang kemudian ke bilik simen itu dan dilayan oleh 2 jejaka yang agak tezzzz juga tetapi tidaklah sehebat Doktor Tezz itu. Lang dilayan dengan baik dan sempat juga Lang merakam detik ‘bersejarah’ itu ke dalam telefon bimbit Lang ini.

Selesai dibuka balutan simen itu...Lang mendapati tangan kanan itu kulitnya menjadi kecut,berkedut dan penuh ruam-ruam...almaklumlah kulit nipis&sensitif disamping rasa sakit kerana bengkak masih ada.

Atas nasihat Doktor Tezz tadi, Lang dilarang membuat sebarang pergerakan memulas, mengangkat barangan yang berat mahupun sederhana berat. Lang juga mendapati tangan kanan Lang ini sudah menjadi ‘keras’ dan tidak boleh dilentur seperti biasa...mungin masa sahaja yang akan menentukannya.

Selesai dibuka simen itu....Lang pun terus menelefon bapa yang sudah pun menunggu di luar Hospital Tezz itu untuk pulang. Lang melangkah dengan berat...sedih nak tinggalkan Doktor Tezz itu keseorangan dan kesunyian tak berteman....oops!

Kepada Doktor Tezz dan Hospital Tezz.....Kau Tetap Dalam Anganku...ooh tetiba penyanyi Azie berkumandang!!!




P/s: gambar-gambar Doktor Tezz ini adalah mempunyai nilai privasi yang tinggi dan tak boleh disiarkan sesuka hati demi menghormati privasi penjawat awam tersebut...Demi kasih kuturutkan...oops

Label: