* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, Jun 05, 2008

lagi....

Salam ....

Lang masih dalam 'percutian' . Selepas kemalangan yang penuh luka itu, Lang cuma berehat di depan TV sahaja...makan pun kena disuap!! Nasiblah ada ibu yang tersayang sudi melayan! Saban hari Lang mencuci luka dan meletak ubat serta kembali ke klinik untuk menyambung 'percutian' ini. Tanpa Lang sedari , ada kelainan rasa pada pergelangan tangan kanan Lang yang bengkak itu. Bengkaknya lambat surut dan rasa perit jikalau memulas malah menggeletar jika cuba diangkat. Lang bertanyakan doktor dan disyaki ada tulang yang 'bermasalah'. Lang disyorkan supaya pergi membuat imbasan sinar -X di tempat swasta. Pun begitu Lang mengalami kesukaran kerana tempat itu cuma beroperasi dari pagi hingga petang sahaja.

2 hari kemudian Lang terpaksa juga ke tempat sinar - X itu dengan usaha sendiri setelah tiada sesiapa yg dapat membantu. Adalah amat malang apabila ditempat Lang ini tiada kemudahan bas malah sukar mendapatkan teksi. Lang akhirnya membuat keputusan untuk memandu sendiri kereta bapa Lang untuk ke tempat yang sejauh 15 km itu.

Lang memandu dengan tangan kanan yang amat lemah dan berasa sakit jika hendak membuat pusingan U. Tiba di tempat imbasan itu Lang terus mendaftar masuk...aiyo ramai pula yang nak membuat imbasan sinar X disitu!! Setelah 40 minit menunggu, Lang duipanggil masuk dan tak sampai 5 minit sudah selesai. Pun begitu Lang perlu menunggu selama 25minit lagi untuk mendapatkan foto imbasan. Sambil menunggu ada pula 2 org pemuda filipina yang menunngu giliran...tezz juga!! Setelah menunggu , Lang dipanggil dan ditunjukkan bahagian yang retak dipergelangan tangan kanan tersebut...kaget dan sebak dibuatnya. Dengan perasaan yang berkecamuk, Lang terus memandu ke klinik rawatan setelah membayar RM50 di pusat sinar X itu.

Di klinik rawatan, Lang menunjukkan hasil imbasan tersebut lalu terus Lang disuruh ke hospital berdekatan kerana klinik tidak boleh membuat rawatan tulang. Lang terus berfikir untuk terus memandu ke hospital namun bila difikir semula..siapa yang memandu kereta pulang nanti?

Jadi ....nak tak nak, Lang terpaksa meminta tolong daripada keluarga. Bapa Lang terus pulang dan menghantar Lang ke hospital gomen sejauh 16 km itu. Kedatangan Lang ke Hospital baru itu disambut oleh staf yang teramat tezz!! setelah mendaftar, Lang dipanggil oleh pegawai perubatan untuk mendapatkan maklumat kesihatan sebelum dimasukkan ke bilik rawatan. Aduhai...pegawai perubatan itu juga teramatlah tezz!! terasa ingin je Lang bergambar bersamanya!! keluar dari bilik pegawai perubatan itu, ada pula 2 anggota Polis yang juga tezz!! Aduhai....banyak betul 'gula-gula mata' di Hospital ini. Ketika menunggu ada juga beberapa pelawat yg tezz....aiyo merembez!!

Lang puas mencuci mata setelah hampir 2jam menunggu barulah dipanggil masuk ke bilik rawatan. Doktor yang merawat jelita juga. Pun begitu, ganas pula dia mencabut balutan di lutut Lang!! Nak terkeluar biji mata Lang dibuatnya!! Lang disuruh ke bilik simen bersama seorang pembantu perubatan yang body boleh tahan. Lang sempat berbual mesra dengannya sambil -sambil tangan Lang dibalutkan dengan simen. Selesai dibalut, luka dilutu Lang pula dicucikan...terasa seperti mendapat belaian kasih sayang pula daripadanya...~huhu berangan je!!~

Lang diberikan cuti 4 hari lagi sebelum temujanji dengan pakar tulang di hospital itu....Sesungguhnya memang Lang tak sabar ingin kembali ke hospital trezz itew!!
(bersambung lagi!!)

Label: