* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Julai 08, 2008

Pol Pulak!!

Salam semua…

Lang kini sudah kembali beraksi dengan lebih bertenaga!! Setelah lebih 2 bulan ‘berbulan madu’ Lang kembali ke pangkuan asal sebelum kejadian malang tersebut. Lang juga terpaksa memberanikan diri untuk kembali ke medan jalan raya meskipun masih trauma. Keadaan tangan kanan Lang yang sudah bebas ini masih memerlukan terapi dan boleh dikatakan kehilangan kekuatannya hampir separuh daripada asal!!

Kejadian itu juga memaksa Lang melalui beberapa perkara yang belum pernah Lang lakukan sebelum ini.. Antaranya ‘merasai’ pengalaman berbalutan simen, bertemu doktor tezz dan ke balai polis yang tezz juga!! Lang juga dalam proses mendapatkan pampasan insuran melalui Socso buat pertama kalinya!!

Disebabkan insuran itu, Lang diperlukan untuk ke balai polis membuat laporan berkenaan kemalangan tersebut. Mulanya Lang bersama bapa ke balai polis daerah yang agak besar juga kawasannya dan membuat laporan. Tak sangka pula balai polis itu terdapat 2 tezz yang sedia melayan di kaunter!! Terkesima sebentar kerana mereka berdua begitu mesra dan suka mengusik antara satu sama lain.


Bapa Lang terus menceritakan perihal Lang disamping Lang yang sedang cuba mencuri – curi peluang untuk menjadi paparazi tak bertauliah!!
pol tez
Pol tezz ini sedang beraksi...
(gambar yang jelas untuk simpanan sendiri sajork!!)



Pol tezz itu ternyata kurang ‘ilmu’ tentang laporan yang hendak dibuat Lang lalu bertanya kepada pegawainya yang merupakan wanita sejati gagah berani!! Wanita itu menyuruh kami ke balai trafik yang lebih berkaitan dengan kes Lang ini dan membuatkan sesi di balai pol tezz itu menjadi singkat!!Kacau daun betul!!

Ketika sesi bapa Lang itu berjalan, Lang cuma meliarkan mata disamping menekan-nekan butang telefon bimbit ditangan. Agak ‘malang’ kerana respon kamera telefon Lang ini agak perlahan dan membuatkan Lang kurang puas hati dengan bilangan gambar yang didapati.

Pun begitu pengalaman di balai pol tezz itu tidak berulang di balai trafik. Pol trafik disitu tiadapun yang bertubuh mantap...huhu Cuma ada seorang rekrut baru yang sempat membalas senyuman ketika Lang mahu mencari seorang sarjan yang menguruskan kes Lang. Sarjan yang uruskan kes Lang pun tak tezz juga...aiyo!!

Rekrut baru yang tezz berlalu pergi...
tak sempat snap mukanya yang manis itew!!



Beberapa minggu selepas itu,Lang memerlukan pengesahan salinan dokumen daripada pegawai kerajaan...dengan tidak teragak-agak lagi, Lang membuat keputusan untuk meminta daripada pegawai polis sahaja. Lang pun ke balai pol tezz itu kembali dengan harapan dapat berjumpa pol tezz ketika pertama kali berkunjungan. ‘Tiada rezeki’ pula bila hanya dapat berurusan dengan pol wanita gagah perkasa yang banyak pula soal jawab dan telahan Lang sebagai pe-rempit!! Aiyo!!!

Ketika keluar barulah Lang dapat terlihat pol-pol tezz itu sedang menuju ke kedai makan...ternyata Lang pun ‘timing’ tak baek punyer!!! Ooops janganlah ada yang saja-saja buat kes polis plak ek??

Label: