Jom !!Gathering kembali di Bulan Ramadan!!
Al kisahnya Shahriz akan menganjukan perjumpaan kengkawan Joyworld sempena ketibaan Ramadan dan sebagai kemuncak melepas ‘kangen’ antara kengkawan yang dah lama tak ketemu... ayuh lah kengkawan Lang kita tetapkan untuk bertemu bersama pada 5,6 dan 7 September ini.Pelbagai aktiviti dirancang...meski pun berpuasa bukanlah bererti kita tak boleh bersosial langsung dan melakukan aktiviti luar. Memang berpeleseran di tempat tidur adalah kelaziman namun pada perjumpaan gathering yang lalu yang juga pada Ramadan tahun yang lalu membuktikan puasa bukanlah halangan beraktiviti.
Aktiviti yang hendak dilakukan masih dalam perancangan kata Shahriz.....ada yang mengunjurkan aktiviti meronda-ronda, wayang, ke taman tema dan bermain luncur ais!! Yang pasti, aktiviti makan-makan di siang hari adalah diharamkan sama sekali!! Berbuka puasa di waktu Maghrib beramai-ramai pastinya akan mencipta nostalgia dan kenangan baru bagi setiap kengkawan yang hadir nanti!!
Baiklah secara kasarnya inilah ringkasan atau intro perjumpaan yang dirancang kalai ini...(kasar ke??harus ke lembut??)
Perancang/Master Mind/Komposer : Shahriz
Penyokong/Pengumpul maklumat/Penulis Lirik: Blalang Lalang
Pencadang/Pengumum /Mulut Kompang/ Pelantun : Himitsu
Selebriti Inspirasi: TedNet, Grey, Shah Ratu, Toolar, Afeer, Kamar
Selebriti Harapan : Lasagna, FatBoy , Angah, Cekmi
Penampilan Khas: Selebriti-selebriti rahsia

Lagu Tema: Satu Harapan – Jaclyn Victor
Biar pun beribu halangan
Mahu umpatan dari sesiapa
Takkan ku membiarkan saja
Luahan kata mereka
Tiap hari ku ucapkan
Satu persatu cita-cita
Mimpi yang terbit dari
Jiwa berkhayalan di minda
*
Satu harapan membara dan menyala
Kan menyinari perjalananku
Sejauh langit biru takkan ku berpatah arang
Harapanku membawa kaki melangkah
Melakar rasa kehadirannya
Kan terpahat namaku diingatanmu
Biar sekuat mana hati
Menjerit hiba meronta-ronta
Tak ku hanyut dalam lamunan
Tak mungkin menitis airmata
Aku harus ku tegar membawa
Harapan ini ke alam nyata
Agar bisa ku raih
Angan dan sejuta impian
~
Harapan yang tersimpan kian lama
Menghimpun segala pergorbanan
Suka duka ku jalani
Dengan tabah tiada putusan asa
~
Label: kisah blalang



