* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Ahad, November 02, 2008

Rumah terbuka Zulkaedah??

Syawal dah pun berlalu...dan bulan Zulkaedah dah pun menjelma..pun begitu ada sesuatu yang nampaknya berulang seperti tahun lalu...

Ketika Lang bersiar-siar bersama F semalam, kelihatan di bandar S , adanya umat berbaju kebangsaan ..eh ada majlis perkahwinan ke di lot-lot kedai itu???tiba-tiba kelihatan banner RUMAH TERBUKA AIDILFITRI sebesar alam...eh bukankah dah masuk bulan Zulkaedah sekarang ni??? Bukan satu atau dua tempat..malah lebih daripada itu!! Syarikat korporat mana plak yg tak peka ni???

Sejak setahun lalu..Lang dah perasan adanya amalan rumah terbuka meskipun dah sebulan 1 Syawal berlalu. Memang amalan ini tidak berdosa malah amat dimuliakan... namun tetap 'berdosa' di mata apabila adanya banner RUMAH TERBUKA AIDILFITRI serta dengan tema hari raya seperti gantungan ketupat dan kad raya ketika majlis itu!! Ini sekaligus akan menampakkan kejahilan tuan rumah majlis tentang kalendar Hijriah sekiranya ada pula tetamu bermulut laser mau panas telinga kena 'tembak'!! 

"hai...sebulan raya pun tak cukup masa ke nak buat open house?" ujar Puan Senah Sengal

Mungkin Tuan Rumah memang dah terlalu sibuk pada bulan Syawal dan sukar mendapatkan tarikh sesuai ketika itu sekaligus mendesak mereka menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada tarikh yang 'teramat sesuai' itu!! 



"alang-alang extend jer Raya Puasa dengan Raya Haji terus!!!" kata Cik Leha Laser

Adalah mungkin lebih sesuai diletakkan banner RUMAH TERBUKA PERAYAAN (kena dengan sempena Deepavali) atau RUMAH TERBUKA UMUM agar ketidakpekaan tuan rumah itu tidak ler nampak 'obvious'!!  

Harap-harap tahun depan takdelah tuan majlis buat RUMAH TERBUKA dengan tema AIDILFITRI pada bulan -bulan lain selain Syawal...... 'weird' seh!!!

Label: