Kisah Lang & tempat kerja
Dah lama tak story mory pasal kerjaya Lang ni...hmm ala2 kak Lasagna lah gak kan?? Sekarang Lang dah masuk fasa akhir sebelum dihitung sama ada dikekalkan atau tidak di syarikat ketiga Lang kerja untuk 2008 (dan pertama untuk 2009) itu...Di tempat kerja Lang ada seorang rakan yang agak rapat sebab kami kiranya sama batch gak...beza sebulan je...Dia masuk awal daripada Lang. Nama watak itu kita sebut W dalam story ni. W memang friendly hampir pada semua orang nampak dia leh masuk...tak macam Lang yang pendiam dan pemalu...
Kerajinannya membuatkan bos Lang yang juga bos W sayang kepadanya..leh katakan saban hari nama W menitip di bibirnya. W dilihat bakal protege dan bos sabagai mentornya.
Di pejabat suasananya tidaklah se-happening seperti pejabat lama Lang yang lebih meriah dan heboh.. Di pejabat baru ini diisi dengan staf-staf yang semuanya dah berkahwin dan kertu semuanya...kecuali Lang, W dan beberapa staf muda.
Akibat ke-kertu-an suasana, Lang kurang berani untuk menonjol apatah lagi pengalaman kerja LAng yang terlalu sikit dalam bidang berkaitan membuatkan hari-hari Lang muram dan suram dan membosankan!!
Cuma ada 2 orang kakak-kakak setiausaha yang mulutnya meriah memberi sedikit hiburan selingan setiap kali kebosanan melanda..
Kerajinan W menonjol dan kesuraman Lang juga terjojol mungkin menyebabkan ramai berpandangan siapa yang akan berkekalan di syarikat itu...bagai tiada rahsia lagi!!
Setelah hampir 5 bulan W yang merupakan teman bual Lang terulung di syarikat itu terlepas kata. Kami selalu berbincara tentang happeningnya suasana tempat kerja lama yang riuh berbanding syarikat itu yang selalunya terlalu bisu hingga bunyi deruman pendingin hawa jelas di halwa telinga.
Tiba-tiba W meluahkan hasratnya untuk berhenti tak lama lagi dan sedang mengintai peluang di kompeni lain. Dengan pengalaman kerja lebih 3 tahun berserta akademiknya yang baik beliau pasti tiada masalah untuk bertemu 'buah hati' baru buatnya..
Memang Lang terkaget, terkejut malah terkilan apabila satu-satunya teman Lang di kompeni tersebut hendak pergi dari situ....apakan daya, kehendaknya melebihi segala-galanya..
Selama beliau di situ, kakak yang selalu berlagak bagai guru disiplin selalu membandingkan Lang yang bermasalah disiplin ni dengan dia dan pandangan staf-staf lain bagai melemparkan kata bahawa Lang tidak akan lama di kompeni itu berbanding W yang bakal menjadi the next apprentice...mereka mungkin mendakwa Lang akan terima 'You're fired" manakala W " You're hired" ketika bos tengah feeling Donald Trump dalam bilik sempitnya.
Kuasa tuhan siapa yang tahu, rupa-rupanya kerajinan W itu adalah semata-mata untuk mengaburi pihak syarikat itu tentang aktivitinya yang sedang mencari pekerjaan lain. Alasan nak bertukar begitu ringkas...bosan katanya!!!
W sudahpun menemui bakal majikannya dan akan berpindah akhir bulan ini sebelum bos feeling Donald Trump lagi!! Apa-apa pun itu keputusannya dan itu juga katanya buat masa ini...takdir siapa yang leh ramal??
Lang kini dah pun lali dengan suasana sepi pejabat ini dan mula menyukai keadaan ini. Suasana tempat ini mungkin bosan tetapi tidaklah seteruk di tempat kerja Lang sebelum ini...pun begitu untuk buat Overtime..sorry Lang tak berminat!!
Berbalik kepada cerita si W yang bertubuh tinggi lampai dan berkulit cerah..memang beliau dah bulat dengan keputusannya katanya sambil menepuk belakang LAng bagai mengucapkan selamat menghadapi suasana di pejabat itu 'berseorangan' !!
Buat kakak sumber manusia yang feeling guru disiplin yang selalu mengherdik Lang tiba tepat pada waktu dan balik tepat waktu, mungkin satu hari selepas W pergi dan Lang pula yang kekal maka segala andaian kakak dan staf lain akan terbukti gagal dan memalukan diri mereka sendiri!!
Baru-baru ini muncul pula ambilan terbaru syarikat ini yang nampaknya begitu peramah dan rajin apatah lagi memiliki kemahiran yang amat mengkagumkan sudah memulakan langkah pertama di syarikat ini..Oleh kerana beliau adalah satu-satunya 'bunga' yang masih baru berkembang, maka ramailah kumbang-kumbang tua yang cuba sengatan masing-masing yang dah tumpul itu....Blalang pula hanya tersenyum sinis!!
Hmm....dengan jawatan yang sama level dengan W...siapa akan tahu apakah yang akan berlaku seterusnya!!
Label: kisah blalang





