Previu Tour De Gathering
Salam mesra buat kengkawan Lang. Ini berita khas buat kengkawan yang tahu menahu pasal perancangan pertemuan awal bulan hadapan.Perancangan program pertemuan di utara tanahair yang dinamakan Tour De Gathering : North akan diteruskan.
Dugaan yang melanda Lang bulan ni yang kering duit poket dijangka tidak melunturkan semangat untuk bertemu kengkawan dan bergembira bersama.
Program ini sebenarnya adalah untuk kengkawan juga.. ia bukan hak milik ekslusif sesiapa pun termasuklah Lang. Penganjur program ini adalah trio - Lang, Shahrizal dan Himitsu...penyokongnya adalah kengkawan juga!!
Tiada paksaan pun nak sertai atau tidak tapi yang lebih afdal jawapannya tepuk dada tanyalah dirilah sendiri yang Diva tu!!
Yelah masing-masing kengkawan LAng ni dah diva kan... kalau dah kata tak nak join koser je nak merayu bagai!! Yang pasti trio penganjur dah lali dah pun..tapi kami tak serik!
Kepada kengkawan yang masih merasakan mesra dan gembira dengan kemeriahan kami ni...jomla join ...bajet pun tak delah high class...lagi pun objektifnya cuma nak bergembira ngan kengkawan je!! (Lang sendiri pun tengah pokai ibnu kedana!!)
Aktivitinya kebanyakan adalah dijangka akan berlaku sepontan meskipun ada perancangan secara kasar sebelum tiba di destinasi!!
Penginapan dijangka berdekatan pantai...tapi terpulang kepada keadaan kalau nak buat apa-apa aktiviti!!
Lang dah pun hantar borang permohonan cuti dari 6 MAc 2009 sehingga 10 MAc 2009 meskipun Tour De gathering berlangsung 6-9 MAc 2009 saja!!
Ini adalah ringkasan untuk segarkan kembali...
Penganjur : LAng +Himitsu + Shahriz
Penyokong : Toolar (+ kengkawannya) + Aries + Tednet + kengkawan Shahriz
Jadual:
6 Mac 2009 (Jumaat)
- pagi- tengah hari: bertolak ke utara tanahair (sebelum @ selepas Solat Jumaat)
- senja: Tiba di utara - check in penginapan + berehat sebentar
- malam: makan@ gathering + aktiviti 'appetizer'
7 Mac 2009 (Sabtu)
- pagi-tengah hari :Bersiap dan mulakan aktiviti 'pemanis'
- petang - malam: aktiviti 'main course'
8 Mac 2009 (Ahad)
- pagi-petang :Bersiap2 untuk aktiviti kemuncak
- malam: aktiviti 'pencuci mulut' + 'sendal gigi'
9 Mac 2009 (Isnin - Cuti Umum: Maulidur RAsul)
- pagi: bersiap2 + check out
- tengah hari : bertolak pulang + bersurai

~~nantikan kemunculan kami~~
Itulah perancangan 'kasar' program Tour De Gathering ni..sebarang idea akan diperbincangkan lebih lanjut nanti...bak kata Maria Tunku Sabri...Jom Jalan-Jalan!!
Label: kengkawan



