* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Disember 19, 2006

Wa-yunk3

Fuh...hari-hari Lang lalui sungguh meletihkan....Isnin hingga Jumaat...kerja3....tiba hujung minggu....kita bersuka ria!! Ntah kenapa sejak akhir2 ni Lang suka plak pi wayang dgn F ni....erm...mungkin tak tahu apa nak buat atau terikut-ikut hobi si F ni??entah ler!!!

Sepanjang 2 minggu ini ada 4 filem jadi tatapan...Death Note, Cicak-Man, Haunted Apartment dan Barnyard... semuanya dari genre yang berbeza.


Death Note



Memula nak beli tiket tergambar akan filem ini adalah filem yang bakal menghantui malam-malam Lang dengan imej yang seram!! Rupa-rupanya filem ini adalah adaptasi daripada komik Manga Jepun yang tak lah seram pun!! Menarik juga jalan cerita yang bermain-main di antara watak haluan pro dan anti dengan penulis buku ajal tesebut !! Tak sangka pula “dewa kematian” yang berupa ‘Syaitan’ dan agak mengejutkan pada awal kemunculannya dengan gaya yang menyeramkan menjadi watak yang melucukan di pertengahan cerita!! Kelakar pulak ngan gelagat ‘Syaitan’ yang suka makan epal itu!! Filem ini menghiburkan dan jalan ceritanya segar dan berbeza. Tiada yang merembez dalam filem ini malah gaya heronya nampak lembut plak meskipun perwatakannya agak keras! Lang suka filem ini dan rasa-rasanya ada kesinambungannya kerana dihujung cereka ini tergantung!!

Cicak-Man





Siapa kata orang Malaysia tidak boleh membuat filem seperti Spiderman atau Batman? Yusri membuktikannya dengan teknik CGI yang paling hebat pernah dihasilkan oleh anak watan setakat ini!! Terasa hidup kota Metrofulus rekaan Yusri itu....pun begitu kesan khas yang hebat tidak menjamin apa-apa. Lakonan Aznil dilihat tidak menjadi dan over pula!! Ketrampilan Yusri kelihatan serabai malah kejelitaan Fasha kurang menyerlah!! Begitu juga Apek yang berpeluh-peluh di musim sejuk (seperti kata Angah!)... teknik CGI filem ini masih boleh diperbaiki lagi....pelik melihat pakaian Apek tidak ditarik graviti ketika melekap didinding!! Pujian terhadap lakonan AC dan Adlin Aman Ramli yang slapstik dan nampak natural serta berjaya mengimbangi lakonan over Aznil! Sistem bunyi kurang kemas ....tidak seperti Pontianak Harum Sundal Malam yang punyai sistem bunyi yang lebih menusuk!! Pun begitu Lang tetap kagum dengan bangunan fantasi rekaan Yusri dan pakaian seragam polis Metrofulus seperti askar Nazi pula!!

Haunted Apartment



Citer ni tajuk pun dah menyeramkan! Spekulasi yang timbul sebelum menonton filem ini ialah hantu dengan rambut teknik rebonding bakal muncul!! Erm...rupa-rupanya hantu ni rambut dia ala2 penyapu plak..hehehe...menarik gak filem ini meskipun stereotype filem seram dari Jepun ataupun Korea ...teknik penceritaan juga seperti sudah sebati dengan filem2 seram....mesti menunjukkan tragedi dulu sebelum memberitahu kepada audiens kenapa ia berlaku!! Masih ada lompang dalam jalan ceritanya sebab ada beberapa misteri tak terungkai dan tidak tahu kesudahannya terutama watak pasangan tua yang diganggu hantu askar Jepun setiap malam disamping hantu budak sekolah itu yang dikatakan membawa roh-roh lain bersama tapi tiada pula!! Seram lah juga tapi Lang masih tidak puas hati dengan jalan ceritanya!!

Barnyard


Inilah kali pertama Lang menonton Filem Animasi di pawagam!! Rasa janggal juga sebab selama ini hanya menonton VCD /DVD kartun atau menonton dari TV sahaja!! Barnyard ini mula menarik perhatian Lang melalui iklan yang disiarkan sebelum filem CicakMan dimulakan. Tertarik pula dengan watak lembu remaja yang suka berparti secara sorok2 daripada pemilik ladang tersebut setiap malam!

Jalan cerita memfokuskan kehidupan dan kekeluargaan...watak lembu remaja yang gila berparti ditonjolkan semakin matang selepas kematian bapa angkatnya yang juga ketua penjaga bagi haiwan ternakan. Jawatan itu diberikan kepada lembu remaja tersebut namun dia menjadi kurang yakin dan tidak mampu setanding bapa angkatnya itu!! Pelbagai aksi lucu sejak dari babak pertama hingga ke akhir , sampai pasangan Mat Saleh yang duduk dihadapan Lang masih tak berhenti-henti ketawa sehingga filem itu tamat!! Pelik pula, orang lain dah abis ketawa mereka masih mengilai2 lagi!!!???

Sasaran filem ini kanak2?? Mungkin silap sebab semasa menonton filem ini wayang dipenuhi remaja sahaja dan kanak2 pula sebok nak tonton Cicakman!! Tema kehidupan dianggap berjaya ditonjolkan dan kelucuan berjaya menggeletek dan mengejutkan penonton!

Wah itu je review wayang kali ini....setiap filem ada keistimewaannya....yelah time2 rajin ke panggung je lah leh wat review ni, Lang bukan selalu ke panggung pun macam Angah, TedNet , Himitsu dan Budi tu!! Sebenarnya pi panggung untuk tengok filem Cinta, tapi tiket selalu saja habis dan tayangan pulak tengah malam je...erm..tiada nasib!!

P/S: teringat pula gelagat Cek Mi, Shahrizal dan Himitsu yang menjerit terkejut bila Lang katakan kepada mereka tiket Casino Royale dah abis, kononnya Lang beli tiket Nana Tanjung sebagai ganti....padahal “cenekel” aja!!!kaget abis dorang!!!kur3

Label: