Selamat tinggal 2006....
Pejam, celik, pejam celik...dah sampai pun di akhir tahun...bagai bermimpi tahun 2006 akan berakhir beberapa hari lagi!! Tahun ini bermacam warna tercorak ...bermacam cerita dan sandiwara dunia berlaku dalam hidup. Insan bernama kawan.....datang dan pergi... Insan yang ku kenali ....ada yang mesti dihargai.... ada yang harus dijauhi....ada yang tidak muncul2 lagi entah kemana???..... sungguh terharu pula ada yang meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap diri ini...Terima kasih....Lang pasti akan terus menjaga kepercayaan yang diberi!!!Tahun ini belum ada rezeki lagi untuk memulakan karier bagi Lang...mungkin tahun 2007 akan bermulanya satu fasa baru dalam kehidupan Lang yang akan menjadi pembayar cukai pendapatan, KWSP dan sebagainya!!
Untuk segmen rangkuman dalam negeri .... dunia hiburan tahun ini merupakan tahun kisah Mawi –iNa, Datuk K- Siti, Nurul – Ajai, Yusri – Erra, Saiful Apek – sakit, M.Nasir vs Juri Muzik2, Fiq- Mentor, Suki- OIAM, Faizal vs Farhan, dan banyak lagi!! erh... biarlah wartawan hiburan je wat ulasan pasal hiburan !!
Tahun ini adalah tahun paling banyak perjumpaan dengan kawan2 forum ,,,, ceritanya pasti banyak jua!! Kepada yang terlepas untuk menatap laporan yang disediakan Lang boleh lah klik dibawah ini:
Gathering BBQ (Februari)– pertama kali bertemu SFF, Himitsu, Grey dan Kunimitsu
{12 komen}
Gathering Khas Himitsu (Mei) – pertama kali bertemu Alan, Lasagna, Kamar & Zan
{41 komen}
Gathering Pameran Hantu (Julai)- pertama kali bertemu Budi (laporan didalam blog kamarulizwan yang telah ditutup)
Gathering Ramadan (Oktober)- pertama kali bertemu Cekmi, A-Del, Alb, Dk, Shah, Hariq, TedNet &Zerd
Bab 1{ 17 komen}
Bab 2{ 9 komen}
Bab 3{ 23 komen}
Bab 4{ 10 komen}
Bab 5{ 7 komen}
Bab 6 {16 komen}
Gathering Syawal (November)– pertama kali bertemu H-Ris, Z & Shahriz
{ 20 komen}
* Ada juga kawan baru yang Lang bersua di luar gathering seperti Angah!
Di penghujung tahun ini juga, Aidiladha akan menjengah lagi. Semoga tersucilah hati dari segala noda ...Salam AidilAdha.....
Sedih rasanya nak meninggalkan tahun yang penuh drama ini...2006 banyak memberi panduan kepada diri Lang ....
Ya, sesungguhnya kematangan itu satu proses kehidupan sehingga degup jantung terhenti...pengalaman pasti mematangkan diri...helai kalender yang berganti baru diharap memberi satu lagi sinar dalam hidup kita untuk masa yang mendatang... Selamat Datang 2007 !!!
Label: kisah blalang



