Gathering happening!!!
Hm..tunggu gak sesapa nak masukkan entry tajuk ni..tapi tunggu punya tu tunggu...sesunggut pun dah nak jadi tanduk...bermula 10 Feb hingga 12 Feb 2006 ..gathering yang ditandai kali ke3 bagi penganjur ( tapi kali pertama bg blalang) telah berlangsung dengan jayanya!! Pelbagai aktiviti berjaya dilakukan seperti bermesyuarat malam ..mesyuarat pagi dan mesyuarat petang...eh..Walaupun secara rasminya hanya 2 hari sahaja...objektif utama berjaya dicapai iaitu berkenal rapat dengan peserta2 gathering kali ini!!lain2 tema seperti “lupakan dia” dan “lupakan yang lain” tak tau la boleh diterima atau tidak??!!
Malam 10 Feb , selepas celebrate b’day adik, blalang dijemput join the group by Toolar jemput me at my house( aiyo..ayat rojak pasembor!) then terus ke rumah beliau yang jauh di pinggir kota bak mawar terpinggir yang sekadar di pinggiran...kami pun teruslah meeting apa nak wat esok!Pengerusi mesyuarat; Phoenix berjaya menambah aroma sleepy untuk kami terus lelap lepas meeting itu!
Pagi hari pertama
Hari pertama bermula dengan aktiviti bangun tidur, buang taik mata, solat subuh , mandi yang tak wajib dan bersiap2 untuk pegi pasar (hmm..macam biasa buat je!!) Acara melilau di pasar ini disertai pak-pak turut seperti Grey & Himitsu..ketua nya Toolar& Raku..penasihat pulak Phoenix dan Blalang sebagai tukang angkat ayam a.k.a sedara Phoenix!!Acara ini diserikan dengan aktiviti membeli sayur di kedai abg kelantan yg kiut!!
Seterusnya barang2 di masuk ke dalam bonet Waja Toolar dan kedai menjual sos BBQ dicari & ditujui!!seterusnya ke kedai roti canai Aci yang cuba meniru tagline Blalang iaitu “aiyo” tapi tersilap guna versi irama Etnik Kreatif plak!!tak pe Blalang halalkan jer walaupun dalam hati ‘aiyo’ versi Heavy Metal bergema!!
Selesai bersarapan..ayam yang telah dipotong 8 setiap seekor itu dipotong kecil2 lagi oleh sedaranya sendiri iaitu Phoenix yang nampak redha dengan ketentuan illahi itu!!!...aktiviti ini turut menampilkan Rakuten featuring Blalang sebagai pencuci ayam dan penghulur apa2 yang patut!Seterusnya Toolar menambah dibahagian korus dengan kata2 rap nasihat...dalam pada itu janji temu dengan Kunimitsu dibuat lebih awal tanpa membajet masa..lalu terkejar2lah dengan aktiviti mengerjakan ayam2 itu!!
Seterusnya dibahagian adlibe dan mix iaitu bergelek dengan botol sos BBQ, Raku nampaknya excited dengan gelekan top to bottom yang versatile Blalang!! Selesai persembahan itu...aroma ayam mentah menyelimuti tubuh performer2 tersebut tanpa dihiraukan lalu bersiap menuju ke puncak Kunimitsu!
Petang hari pertama
Sampai di sebuah kompleks di bandar K, Raku,Phoenix & Blalang diarahkan oleh 3 peserta lain yang brangan macho itu supaya jalan dahulu untuk bertemu Kuni di pusat boling di tingkat teratas kompleks itu!!Dengan penuh tanda tanya...sambil meneka2 yang mana satukah Kuni...Hm .. no wonder lagi sebab di dalam pusat boling dia obviously dengan gaya gelisah menunggu kami!!Ternyata tepat tekaan Blalang itu dan Kuni pun menujui Phoenix yang tersipu2 bak penyapu dan bersalaman...wow tingginya Kuni ni!!!
Aktiviti menempah 2 lane bowling bersebelahan bermula dan dituruti aktiviti memakai kasut boling mengikut saiz masing2 dari saiz 4 - 9!! Di monitor lorong kiri tertera Kuni,Nix,Lan (salah eja plak ..motif??) dan Mitsu ..manakala lorong kanan Toolar,Raku & Grey..
Prestasi keseluruhannya Grey menjuarai diikuti Himitsu, Kuni, Raku & Blalang ..manakala Presiden Juara Longkang ialah Phoenix dan timbalannya , Toolar.. Trima kasih kerana ajaran Toolar yang membantu Phoenix dan beliau sendiri!! Wow!! berbakat mereka ini..semua pernah dapat strike dan banyak spare dan tak lupa dapat juga longkang!!sakit juga lengan Blalang angkat bola 13 kg ni...malang juga sebab bola2 ringan tak muat dek jari Blalang ni!!hm..dalam pada itu di lorong sebelah kiri geng Blalang nampaknye ada mata2 yang memerhati Blalang yang excited petang itu...
Selesai berZapin di pusat boling itu..kami pun turun ke tingkat bawah diiringi irama Nasyid untuk menunaikan solat zohor..untuk rekod , aktiviti kami dirakam CCTV kompleks itu....aiyo...kantoi!
Sambil2 menunggu selesai ibadat masing2 sempat gak Blalang menemu bual artis Bangi-Kulim Records iaitu Kuni...aik..ada Polis plak yang menyerikan lagi sesi bual bicara kami itu!!(sempat lagi!!)
Sesudah puas di basement itu ..kami pun melilau mencari pasar raya di kompleks itu...eh..tak wujud rupanya!!tertipu dek signboard pasar raya palsu ! Kemudian setelah kecewa dengan penipuan itu..kami pun mengubati kesakitan itu dengan pergi makan di sebuah tempat yang jauh dari kompleks itu supaya tiada lagi rasa terkilan... iaitu di sebelah tasik yang cukup menenangkan!!
Di tasik itu adalah plak pak cik yang bawak Jet Ski sempat diperhati ..meriah jap kat tebing tasik tu!!Di kedai itu kami pun dimintak order oleh Mak Cik yang friendly dengan layanan penuh kasih sayang dan tawa mesra..(aiyoo!!) Dalam pada itu sempatlah mengusha orang sekeliling ..masing2 dengan taste masing2...Blalang plak diusha oleh anak ikan yang naik motorsikal round sampai 3 kali di kawasan terbabit! Yang pakai baju merah disitu nampaknya menjadi favourite untuk diperkata!!Selesai makan ..lalu kami pun membuat keputusan yang memecahkan kumpulan kepada 2 ,Blalang menyertai Kuni & Phoenix manakala selebihnya bersama Toolar...Hm.. seronotla dapat borak lagi ngan artis Bangi- Kulim Records ni!!kereta Toolar akan ke pasar raya mencari alatan BBQ manakala kereta Kuni akan ke kediaman Toolar...thank god!
Senja hari pertama
Tiba di rumah Toolar ...kami melepak menunggu diorang ni...tak tahu lah apa kisahnya..tunggu jelah report pihak sana plak...hm..tak dela lama sangat kami tunggu!!Lalu mereka pun pulang ke gagang membawa alatan membakar comel molek yang tunggu dipergunakan!!sambil2 itu , Phoenix cuba mengajak kenalan seramai mungkin bagi mengisi slot malam ini..hm..tiada nasib !!...sinar terpancar kembali bila jumlah peserta dikhabar akan bertambah seorang lagi dengan persetujuan abang SFF!!
Dalam pada itu , aktiviti memasang alatan BBQ berlangsung..maka terserlahlah bakat memandai2 dan tunjuk pandai masing2 bagi memboleh kan alatan membakar itu berdiri teguh...hmm rupanya kaki alatan itu diberikan besi sokongan seumpama MRR2 yang tidak kukuh!!Pengalaman Toolar yang kerap melalui MRR2 ternyata berbaloi apabila kebolehan ala Menteri Kerja Raya itu digunakan sebaik mungkin tatkala beliau menampal pelekat yang dikatakan mampu menahan beban dan hayunan dengan alasan pelekat itu berwarna hijau!
Malam pertama..eh Malam hari pertama
Setelah semua berpuas hati dan yakin dengan alatan pembakar BBQ itu..Himitsu mula menunjuk kebolehan membuang arang kayu ke dalam alatan itu serta Grey pula dengan hikmat peringkat ke lapan bagi menghidupkan api!Lalu Mitsu membalas dengan hikmat kipas plastik tangan kanan yang cukup dikagumi itu!ternyata teknik itu tidak mampu bertahan..lalu Blalang membantu Mitsu dengan jurus lebih moden iaitu Hikmat Kipas Karen!Watchaa...!!!api pun marak bagai obor semangat menyalakan malam kami yang penuh dramatik ini...
Lalu Blalang membawa keluar ayam2 yang puas berendam dalam baldi yang dianggap sebagai besen itu untuk di Test Power! Potongan kecil dari bahagian sayap menjadi mangsa dihanguskan dengan rakusnya tatkala Phoenix,Toolar & Raku menyiapkan serai & renjisan utuk tujuan BBQ di dapur!Puas hati melihat rentungnya sayap itu, Grey bersorak riang...dan menjadi teruja untuk menghanguskan potongan2 ayam lain pula!!ternyata bakat pil penenang Himitsu meredakan sekejap keterujaan Grey itu..sebelum Raku dengan lengang lenggok Mak Minah membawa renjisan malam pertama itu!! Lalu Grey pun terus membakar tanpa ragu lagi...sambil diperhati oleh Mitsu yang terliur...Blalang kemudiannya hadir membantu Grey bagi menunjukkan teknik Ayam Dangdut bagi mengelakkan ayam itu menjadi hitam melengut!Raku pun turut join ..tapi dia pula yang berdangdut!
Malam Kemuncak
Hm..seronok juga membakar daging ayam ini...sambil2 itu pelbagai step tarian ditunjukkan oleh Raku yang amat sesuai dilakukan ketika bersantai bersama teman2...ayam2 BBQ itu nampaknya memerlukan krim pemutih kerana semuanya kelihatan hangus gara2 tidak menyapukan dahulu krim pelindung UV...namun bukan itu tujuannya...memang sepatutnya pun ayam2 BBQ itu kelihatan tasty untuk diratah!!kemudian Toolar & Raku membuat keputusan bersama untuk mencari makanan ringan dan Mee Goreng ...kami yang lain setelkan apa yang patut...then bila pasangan bahagia ni balik bilangan makanan menjadi semakin melimpah ruah! Kerja membakar ayam masih blom selesai..ditambah dengan sosej2 plak!!Malam semakin memuncak ..dan kemudian tibalah pula sebuah kereta ‘mewwah” (Merah la Phoenix!!) di hadapan umah Toolar! Rupanya Abg SFF hadir ..dan lagu “dia datang” pun bergema !!hm..semua cukup menghormati abg SFF dan malam itu pun mula di corakkan dengan warna warni hidupan!Segan juga mula2 bila tengok orangnya ..tapi bila abg SFF memperlihatkan sikap yang amat disenangi..kitorang semua makin serasi! Selesai membakar BBQ..tibalah acara “Ice Breaking” dimulai doa makan oleh Grey! Kemudian ucapan alu2an penuh formal oleh Toolar selaku Tuai Rumah dan kemudian Phoenix sebagai Penasihat dan Presiden Gathering !Kemudian acara makan2 bermula..tetapi perut Blalang yang dh penuh asap itu bagai sebu melingkar selera!Makan2 itu di serikan oleh acara beramah mesra diikuti close up with SFF...kemudian Phoenix memulakan program talk show yang diberi judul “Tentang Dia” yang mengundang persoalan umum yang bertalu2!!Program yang disiarkan secara langsung oleh Saluran Lalang Anda itu diserikan dengan gemersik suara cengkerik dan deruan angin!!Topik semakin hangat dengan tagline Grey iaitu “lupakan dia” yang semakin mendapat sambutan oleh dirinya sendiri!!Ternyata tagline itu mengundang hilaian Raku serta senyum kambing belaan Kuni dan hiMitsu!
Malam itu Blalang kaget juga..ye lah baru first time dan harap2lah diorang ni faham yer!! Kemudian Talkshow itu bertukar menjadi Mahkamah Rayuan apabila Toolar mula bertindak bagaikan Pendakwa Raya dan Phoenix sebagai Peguam Bela dan kes itu dihakimi oleh Abg SFF!!Juri2 malam itu adalan Lang sendiri, Kuni dan Grey..manakala penonton ; iaitu Raku & Mitsu bagaikan terbuai mendengar hujah2 Phoenix itu!!Malam semakin larut...dan Blalang pula terpaksa ke tingkat atas sekejap kerana ada urusan!! Kemudian Abg SFF meminta diri dan Blalang tak sempat mem babai sebab sibuk “mengeluarkan hot cake dari oven” di tingkat atas!Maaf yer!
Kemudian malam kemuncak itu diakhiri dengan acara kemas mengemas dan menggosok mata yang makin layu! Selesai mengemas ruang hadapan itu...mulalah bersiap sedia untuk ‘berenang’ dengan hiMitsu dengan kuak kupu2, Grey memilih untuk kuak dada , Kuni dengan acara individu manakala Lang dengan acara Rampaian dan Phoenix dengan acara renang berirama! Acara itu diserikan dengan alunan lagu2 Pop Progresif Jepun yang langsung tiada ciri2 romantik dengan penaja radio malam itu ialah Aiwa In Black Colour!
Pagi hari kedua
Pagi hari kedua ternyata dilingkari prasaan malas...kepenatan agaknya!Bangun2 aje Phoenix menjadi orang yang paling sibuk diikuti Toolar!Mereka menyiapkan sarapan dan Blalang teruja pula ingin bantu apa yang patut!Kuni kelihatan seperti kelaparan dan gelisah...manakala penghibur terawal memulakan shownya ialah Raku!Kemudian artis2 jemputan khas mula mendengdangkan lagu bermula dengan artis Kulaifornia Production iaitu Himitsu diikuti artis Berhenti Berharap Inc.(Rakuten). Kemudian artis Kelabu Asap Music (Grey) mengambil alih dan mengurangkan penguasaan kedua2 artis itu! Teruja dengan perebutan carta itu, artis Bangi-Kulim Records ( Kuni) ternyata menyerlah di akhir slot persembahan! Meskipun begitu..agak aneh apabila juri2 profesional iaitu Toolar Aziz, Lang Moss dan Phoenix Latif sibuk dengan urusan mereka ditingkat bawah! Selesai beraksi dengan Mikrofon masing2 sarapan dinikmati sebagai habuan persembahan mantap mereka! Selesai sarapan ..masing2 mentransformkan diri dan bersiap untuk berjalan di bawah pohon asmara! Dalam pada itu, Rakuten sempat mengedarkan buah penangan beliau yang dibalut cantik khas dari Jepun ...sungguh menarik..thanks!
Tengah hari ke petang ..hari kedua!
Kami seterusnya ke restoran jejantas ..untuk menikmati makan Tgh Hari di situ..hm..menarik juga view di situ! Makanan rasanya di situ biasa2 je..selera makan pun biasa2 aje tapi selera lain pula yang terbuka! Sempat lah beramah mesra lagi ketika makan..dan biasala..diorang ni asyik2 ambik gambaq aja!!(hmm...nanti jangan lupa kirim kat Blalang!) Selesai makan disitu kami meninggalkan Kuni terkontang kanting di situ kerana Kuni perlukan masa untuk bersendiri..(ceh...) kami bergambaq lagi untuk kesekian kali..dan berpisah dengan Kuni yang ingin membawa haluannya sendiri kerana ingin mempromosikan album solonya!!Seterusnya kami ke stesen bas menghantar Himitsu plak! Kesian plak Himitsu kehujanan ketika kami hantar dan hujan itu ternyata telah menyerlahkan penampilan beliau yang berani pada hari itu! Dan dengan penghantaran Himitsu itu secara rasminya gathering itu berakhir di situ!! Namun ada la acara2 lain yang tidak dikira dalam sela waktu gathering ini ...untuk rujukan seterusnya silalah ke blog Phoenix, Raku atau Toolar untuk cerita selanjutnya!!Harap2 puaslah hati dengan report tak rasmi Blalang ni!!
• maaf lah kalau ada yang terasa hati dengan Blalang
• peserta2 gathering memang best...thanks sudi join!
• Terima kasih kepada semua !!! (ewah..macam speech dapat awards pulak!)
• thanks Raku ..hadiah ko comel sangat sampai tak tergamak untuk memakannya!

ni la..hadiah yang secomel pemberinya!!
Label: kengkawan