“Saya ikhlas ni...”
Ya...betullah orang yang ucapkan perkataan di atas itu ikhlas agaknya..soalnya apakah ikhlas itu boleh diucap dengan perkataan seperti itu sahaja?? Persoalan ikhlasnya sesuatu pihak itu boleh menjadi satu perbincangan polemik ( bukan "Polleney" pati ikan tu!!) ..,mungkin topik ini kalau dibincang akan tiada penghujungnya!!Topik ini memang tidak pernah bertarikh luput ..dan kerap kali saya bincangkan bersama keluarga, rakan2...termasuklah toolar& phoenix yang menjadi mangsa!! Bukannya apa ...saya rasa ikhlas itu lahir dari hati ..bukannya dari kata2 atau bahasa yang indah...
Akan tetapi pada zaman ini, keikhlasan itu sebegitu mudah dibuktikan atau di’zahir’kan melalui kata2....malah lebih hebat lagi keikhlasan itu boleh dilihat dan dibaca dari raut wajah seseorang!!!..maka tidak hairanlah kalau ada insan boleh mendapat kejayaan yang mudah melalui raut wajah dan tingkah laku yang dikatakan berciri2 kan ‘ikhlas’ !! lebih advance lagi beliau dijadikan role model dan idola ataupun pemimpin kerana memiliki keikhlasan sebenar itu!!
Satu lagi persoalan ialah perlunya orang yang menerima pemberian itu bertanyakan.. "ikhlas ke ni??" mungkin sesuatu yang biasa kita dengar..tetapi persoalan itu juga melambangkan keraguan penerima itu sendiri!! Kemudian si pemberi itu pun berkata.., "saya ikhlas ni!!" ..mungkin itulah cara paling mudah untuk menjawab keraguan penerima tersebut..akan tetapi terbuktikah keikhlasannya itu dengan kenyataan sebegitu???
Ada orang kata ikhlas itu ialah apabila membuat sesuatu tanpa inginkan balasan atau keuntungan selepas itu..tapi bagaimana pula halnya dengan kata "ikhlas cintaku ini!!"?? mungkin penyanyi Nurul dan suaminya Ajai yang mencipta lagu "Ikhlasnya Cintaku" boleh menjawab persoalan ini agaknya...
Bagaimana pula dengan "Ikhlas tapi jauh" yang didendangkan oleh Zainal Abidinitu?? Ikhlaslah jugakkan walaupun jauh.... "ikhlaslah jugak??" aiyyo...ikhlasnyerrr!!
Satu lagi budaya membuat majlis penyerahan cek derma yang kerap sangat berlaku...pada majlis itu pastilah ada replika cek sebesar satu depa yang akan menjadi simbol pemberian ‘ikhlas’ itu ...Turut disertai dengan acara posing dan senyum manis penuh ‘ikhlas’ bagi membolehkan lensa kamera merakamkan detik2 penuh ‘ikhlas’ itu!!Hmm...sungguh ‘ikhlas’ kan??Selepas itu pihak terbabit pastilah dilabelkan sebagai berciri2kan ikhlas!!!
Sebenarnya persoalan ikhlas ni tak boleh dipersoal, diiktiraf mahupun dibuktikan kerana hanya pemberi itu sendiri dan Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu!! Siapa tahu..hari ini dia kata... "Ambillah ini..aku ikhlas ni!!" esok lusa pula dia mengungkit
" Nasib baiklah aku bagi kau hari itu..kalau tidak susahlah kau kan??". Jika korang pernah menghadapi salah satu dari situasi terbabit...maka fahamlah apa yang dipanggil keikhlasan sebenar bukan??!!
Oklah..dengan ingatan tulus dan ikhlas..diharapkan semua yang kita buat adalah ikhlas..lahir dari hasrat kita sendiri bukan dipaksa atau terpaksa....selamat ber’ikhlas’ semua!!!

" aku ikhlas nak TERKAM korang semua nih!!! "
Label: kisah blalang



