buah hati..buah mulut
tidak dinafikan, terdapat ramai insan di muka bumi ini yang sua menjadi perhatian umum, popular atau dikagumi...Dalam pada itu, terdapat 2 jalan untuk dikenali ramai, sama ada dari segi kebaikan atau keburukan..atau ringkasnya..PUBLISITI & KONTROVERSI!Satu cara untuk popular yang paling mudah ialah dengan mengaku orang popular itu sedara bau2 bacang ke bau2 kentut ke, kawan lama mahupun kekasih lama!!Contoh yang sukses ialah Rebecca Loos & Sarah marbeck yang menjelmakan kontroversi terhadap bintang kesayangan Phoenix , david beckham! Dengan tiba2 je nama mereka berdua ini sebaris pemenang Oscar kategori pelakon wanita terbaik dan menjadi cover story di mana2!!
Satu lagi way to be popular ialah dengan mendampingi orang2 popular ini !tak kiralah sebagai kawan ke bodyguard ke...atau paling best jadi je couple si DIA!!Kita boleh lihat bagaimana melonjaknya nama Katie Holmes yang hanya bintang drama TV bila couple ngan TOM Cruise!!
Tentulah ramai di antara kita yang mengimpikan buah hatinya adalah dari kalangan buah mulut yang hangat diperkatakan tentang kelebihannya,bukan??!
Buah mulut orang ni tak terhad pada situasi sebagai selebriti ajer...malah boleh juga dalam lingkup yang lebih kecil...seperti di dalam kumpulan, kelas, sekolah, kolej, di kampung atau taman perumahan!!ingat tak masa dulu2 ..time blalanglalang xde lagi...Ratu Kebayalah paling glemer kat kampung2...pastu Juara kugiran...Juara talentime dan zaman sekarang ni pulak kat kampung paling femes ialah Ratu Propaganda!!
Hmmm...apa pun..blalang lebih senang dengan keadaan yang kurang popular..profil rendah dan lemak pun rendah!!keadaan cam ni lah yang lebih selesa dan aman (bukan "ammey" la!!) walaupun sifat blalang gitu..yang suka nyorok dibalik lalang ni..tidak dapat nak halang takdir....apa yang nak terjadi..terjadi juga!!Blalang dlu pnah la jadi buah mulut ni kat sekolah..gara2 dianggap anak emas kesayangan cikgu...selain menang beberapa pertandingan kat sekolah..(walhal ciput jer!!) ..then bila kat kolej pulak..bila nak terlalu low profile pun kene kutuk juga!!Aiyo..tk tau lah nak puas kan ati orang2 ni camne!!
Hmm..agaknya sronot juge agaknye kalau jadi buah mulut orang ni agak nya...maka sronot la juga berdamping dengan org2 yg jadi buah mulut orang ni agaknya..tak kiralah ppopular sebab rajin posting dalam forum internet ke..atau popular sebab suka berfantasi o realiti..tak pun jadi wakil bola kat kolej...takpun popular sebab blog yang tak berhenti berharap...atau popular sebab suka menyorok kat blog orang lain(hehe..matilah aku pas ni!!)semuanya ada kelebihan tersendiri!!!
justeru itu..tepuk dada tanyalah Chef nak masak ape!!!!tak pasal2 kena tepuk kat muka!!Aiyo!!
eh...Mahu ke buah hati yang merupakan mulut orang ni??atau mahu yang sebaliknya?terpulanglah...sapa tahu ..kalau dah nasib lepas berbuah hati nanti ..kalau nak jadi buah mulut orang jadilah juga!!!!!Aiyaaaa!!!

--buah2 yang tak mungkin menjadi buah hati..tapi buah yang akan masuk ke mulut!!!
Label: madah kiasan



