Sejenak bersama kengkawan....
Alkisahnya sabtu lepas sempatlah Lang mengikuti pelancaran Eye On Malaysia di TAman Tasik Titiwangsa....wah...tak hengat2 lautan manusia melimpahi taman yang kecil itu!! Ramai mula yang tezz ....Pol, DBKL..... ramai yg meletops!! Teruja memandang!! Sedang Kak Nita dan Sheila Majid buat show..mata Lang ke lain pulak memandang mereka nih!!!Kedengaran pula Lagu tema Tahun Melawat Malaysia nyanyian Juwita Suwito (penyanyi lagu Menuju Puncak) bagaikan tema something pula bila terdengar korusnya yang dinyanyikan sekumpulan lelaki... “Mari Hadek2..Mari Habang2..Mari Ramai2..Mari bergembira” ...ermm makan hatilah Hakak2 semua!!!
Malam itu turut diserikan oleh penyanyi Datuk Ahmad Jais, Kelvin Lau, Ning Baizura, Nora dan Ruffedge!! Klaka plak melihat gaya Kelvin Lau yg ala2 pec lobs bila bercakap....nyanyian duet ngan Ning plak hanya miming sahaja!! Pandai juga si Kelvin ni ambil hati penonton dengan lagu “Pencinta Wanita” dari filem Heart. Nora plak agak mantap vokalnya malam tu walaupun ada sikit semput , mungkin sebab tak berhenti menyanyi!!
Kesian melihat para penonton yang berkeluarga bersemangat nak tunggu ke akhir show.... sampai dah kul 1 pagi apa yang mereka nantikan tidak muncul..ramai yang beransur pulang hampa kerana anak kecil mereka dah merengek.......rupa2 nya mereka menunggu kemunculan Mawi....ermm...rasanya tak berbaloi sangat kerana persembahan Mawi malam itu biasa sahaja walaupun agak pandai berinteraksi dengan penontoin. MAwi menyanyikan lagu Perempuan, Kian dan Mentera Semerah Padi. Ketika menyanyikan lagu M.Nasir itu persembahan Mawi kelihatan macam penyanyi amatur dan bagai tidak sabar2 untuk menghabiskan lagu sifunya itu. Erm...penat bertahan sampai kul 2 pagi tu...Habis je show itu Lang terus memecut dengan skut ke rumah Mr.F untuk tidur!!
Keesokannya Lang terbangun lewat di rumah Mr. F gara2 kepenatan yang teramat sangat!! Geram pula dengan HP yang mempunyai masalah antenna ni..kat KL pun tak dapat tangkap line!! Gara2 itu ..longgokan mesej akan tiba bila line dapat dikesan oleh antena HP ni!! Dah tengah hari barulah sedar ada mesej dari Himitsu yang memberitahu Shahriz ada menelefon Lang tapi gagal dihubungi! Terus Lang kelam kabut tepon Shahriz tapi suaranya timbul tenggelam kerana berada dalam tempat tertutup. Rupa2nya Shahriz ada date dgn Phoenix di Midvalley. Lang terus bersiap2 dan makan tengah hari sebelum ke Midvalley untuk bertemu Diva Jelapang Padi (JP) itu!
Kami rancang bertemu di Chick Rice Shop MidValey....tapi Lang dok carilah dalam restoren tu..mana le budak 2 orang ni???....tiba2 dapat call dari Phoenix yang menyergah “ hai...dah tak kenal lagi ke??” Aiyo..rupa2nya diorang ada di belakang Lang!! Shahriz membawa membernya bersama...biasalah Shahriz ni ramai kenalan di MIdvaley ni...tapi member ni kabarnya diangkut bersama ..hmm...satu pakej menarik!!!...Shahriz memperkenalkan Lang kepada Afeer dan Shafiq ...
erm...malu2 plak mereka ni!!!...mereka kemudian meminta diri untuk merayap ntah ke mana le.....terpandang pulak budak sorang yang menggelar dirinya cutest bird itu...errrr.... erm melihat gaya Phoenix yang something itu pasti ada cerita di sebalik malam...rupa2nya dia dah ada dotdotdot dalam jiwanya!! Siapa ler agaknye??...ntah ler!!
Shahriz sempat membelikan Lang buah tangan dari SOGO iaitu Teddy Bear Hijau yang comel banget!!! Suka3!!!! Lepas itu...Kitorang terus berjalan2 tanpa arah..sambil mengenang tempat gathering di Midvaley yang lalu...Shahriz ternyata ingat segalanya!!! Meriah berborak dengan Shahriz ni...sampai tertinggal pula Mr F yang dilayan Phoenix...isk...
Terpandang pula Kenny Roger’s Roaster di situ..teringat2 aksi sewaktu gathering lalu...Shahriz pula tercari2 budak cun pengelap cermin restoren yang pernah menjadi tumpuan Lang...ermm...tak jumpa pula...mungkin shift lain agaknya!!
Kemudian kami merancang nak menonton wayang...terus naik ke tingkat atas dan meninjau2 filem yang menarik...banyak pula judul yang telah ditonton Lang dan Mr F..terlihatkan filem “Sinking of Japan” yang amat Lang nantikan.... jadual tayangan 4.20 petang..sedang jam pada waktu itu baru 2.30!!urgh...lambat lagi!!! Kalau tengok pun mungkin habis kul 7 menurut kata Phoenix!! Erm... tak pelah.. Shahriz pula ada membuat temu janji dengan Angah yang akan sampai tak berapa lama lagi...hmmm baik tunggu penyanyi nasyid sorang ni sampai!!
Dalam pada itu, kami mengajak Phoenix yang kelaparan untuk makan di McD..Lang & Mr.F makan aiskrim sahaja... Phoenix pula melayan burger!!! Dalam pada bersantai di tingkat atas restoren itu..ada pula peminta derma dan sedekah yang melayan kami!! Brader derma itu ternyata mendapat perhatian Phoenix...ermm tezz ek???
Meluat pula semakin ramai peminta derma datang...Phoenix terus membuka mulut besarnya seluas2nya untuk memasukkan terus burger tu untuk rancangan ‘cabut’ dengan segera!! Kami kemudian bersantai di luar panggung sambil2 berborak...wah..ramah betul Phoenix melayan Mr.F!!! Lang pula sedang meriah melayan Diva JP ...sampai ketawa tak hengat2....tiba2 muncul sekujur tubuh setanding Shahriz dengan senyuman melirik ...oohh Angah !!tiba juga ko akhirnya!! Suasana bukan hari raya itu makin meriah dengan bersalaman gaya Hip Hop Angah yang bercampur aduk dengan konsep Nasyid Qasidah!!
Kami bersantai lagi di luar panggung itu dan Angah rupa2nya datang dengan kapelnya...eh kapel ke?? Katanya member sajo!! Wah...boleh join kumpulan nasyid sekali dengan Angah dan Shahriz!! Malu2 gak kawan Angah ni...hmm...coverline kot...erm...ntahler!! Angah menyatakan komitmen bersama membernya itu dan ditetapkan untuk balik awal...hmm.. tak dapatlah kami nak tengok wayang bersama-sama Angah petang itu!! Membernya kemudian melarikan diri sekejap entah kemana....
Kemudian kami menuju ke Food Court..Phoenix dan Shahriz hendak mencari member2 Shahriz tadi manakala Angah yang berjanji untuk belanja minuman petang itu mengamanahkan Lang membeli apa jua minuman untuk kami nikmati kerana hendak bersolat!! Angah melangkah menuju ke surau sambil diiringi lagu nasyid berirama zapin!!
Lang dan Mr.F tetiba terasa ingin ke toilet...lalu kami ke tempat yang sesak itu sebelum menuju ke food court ...mencari tempat duduk dan menunggu mereka tiba disitu!! Lang terfikir untuk memesan air buah sahaja kerana Shahriz bukan sahaja tidak makan sushi malah air bergas juga!!! Kami menunggu mereka..dan tak lama kemudian terperasan sekumpulan pemuda berjalan bagaikan model covergirl berjalan menuju ke arah kami!!
Easy...Breezy... Beautiful!!!
Dengan pimpinan Shahriz tenggelam pula Phoenix yang mengikut di belakangnya dan diiringi member Shahriz iaitu Afeer dan Shafiq. Dengan wajah berseri-seri, model2 catwalk tak berbayar tu terus menyerbu Lang & Mr F yang sedang menunggu cleaner membersihkan meja!!
Kemudian ialah sesi meminta order...sorang demi sorang Lang tanya...sampai giliran Phoenix , lain pula yang dihendaknya!!ermm...layan aje la... Shahriz memesan jus oren manakala Afeer nakkan air mineral, si Shafiq pula masih malu2!!!Dapat je order mereka, Lang pun terus je ke tempat jual air dan Phoenix melompat2 nak ikut sama!! Hmm...semua air tersenarai ditanyanya oleh si Phoenix ni...Mr F plak tengok je gelagat budak sorang ni!!Akhirnya pilih punya pilih , air cendol yang dipesannya!! Kelam kabut pula si pembuat air itu sampai terlupa beberapa menu pesanan kami!! Terpana pula melihat pembuat air itu memasukkan begitu banyak potongan epal ke dalam menu pesanan Mr F itu!!
Sampai je di meja, tiba ada lagi sorang mamat datang ke meja kami...oo kawan si Diva JP ni lagi!! Tofiq namanya!! Hmmm... rancak dia berbual dengan Afeer dan Shafiq...kami pula buat cerita lain dengan perihal forum dan gathering sebelum Angah tiba!! Lang belikan sahaja jus oren buat Angah, tak tahu pula rasanya masam!! Apa lagi komplen lah si Diva JP ni!! Hilai tawa bertambah meriah bila teringat pasal gathering lalu menu yang dipesan Shahriz di Sushi King yang dikatakan menu baru special...tapi bila sampai hanya nasi lembik lauk telur sahaja!!
Sronok bila Angah & Shahriz bercerita tentang entry blog Lang yang lalu..terharu sungguh... ingat pula setiap perenggan tu!! Kaget3....terima kasih Shahriz & Angah yang setia baca blog ni!!Dalam pada itu , Angah juga dapat teddy bear daripada Diva JP...suka sungguh Angah yang mengatakan beruang itu chantek sangat!!Tezz beruang gak Angah ni rupanya!! Phoenix pun dapat gak teddybear...wah meriahlah bilik masing2 dengan teddybear!!!Abislah keterunaan teddy bear ittew diragut!!
teddy hijau versi klon
Dalam pada kami berbual, Afeer turut mencelah-celah.....sempat dia interview Lang dalam pada bz borak ngan member Shahriz yg lain!! Nampaknya Afeer ni seorang yang easy-going.... nampak leh jadi geng Lang gak dia ni!!
Selesai minum air masing2 (air apa ..xtau!!)...member Angah pun tiba.!! Dia kemudian mengambil semual Angah yang dipinjamkan kepada kami selama 2 jam lebih kerana ada show Qasidah di rumah parents nya!! Kami pasrah dengan ketentuan ilahi...Angah terpaksa dipulangkan setelah member Angah itu feeling pontianak sambil menyanyi lagu “Pulangkan”!! Menurut ANgah dia mengambil masa yang lama untuk memakai telekung...hmmm konkrit pula alasan dia tu!!
Dengan pemergian Angah itu , kami pun bangun dari bagku dan Lang berpisah seketika dengan Shahriz and the gang kerana hendak menghantar Mr F pulang!!
Selesai makan malam bersama Mr F, Lang terus memecut ke Bukit Bintang (bukan Bukit Bulan okay!!) dan bertemu Shahriz, Afeer, Phoenix dan Shafiq di hadapan Mc D sebelah pondok polis (motif sajo park sebelah pondok polis??) Sempat berborak2 sebelah pondok polis itu sbelum kami merayau ke seberang jalan! Tetiba Phoenix mendapat panggilan daripada sesorang dan terpaksa pulang ...si Shafiq pun ikut sama!! Tinggallah Lang, Shahriz dan Afeer saja...
Kami meneruskan saja perjalanan ke Lot 10...uik tapi dah tutup pula kedai2 didalamnya!! Dalam pada berjalan kaki itu, Afeer terperasan pemuda tez sedang duduk lepak di tepi kompleks itu..apalagi catwalk lah dia!! Lirikan matanya yang mahal juga menyerlah....Lang dan Shahriz perasan juga gaya si Afeer ni...tawa kecil pun mengundang!! Memang tezz pun pemuda itu..tapi merokok plak....terus diskaun 50% markahnya!!
Keluar je Lot 10, kitorang terus menunaikan kemahuan jiwa si Afeer itu dengan berCatwalk di hadapan pemuda tadi.... beberapa meter selepas tempat pemuda itu..si AFeer terus je duduk dan pose disitu...wah aksi mantap!! Sambil2 kami berbual..tak lepas pandangan si Afeer melihat pemuda itu sebelum dia berlalu!!
Selepas pemuda itu berlalu, kami pun turut blah dari situ kerana sudah tiada apa yang menarik perhatian lagi.....seterusnya menuju ke arah Sg Wang . Ternampak pula pemuda Mat Saleh melihat pelukis melukis sambil mencangkung..... yang menjadi tarikan sebab ternampak bahagian belakang (bawah) nya!! Mata Lang dan Afeer tertumpu disitu...hehe..sama pulak kami ni!! Dalam pada itu, Shahriz menyatakan hasrat hati untuk mencari topi besbol bertulis ‘KL’ ...tapi Lang rasa topi itu agak ekslusif. Kami cuba mencari di gerai yang ada disitu, tapi tiada di pasaran!!
Lang kemudian ke hotel penginapan diorang ni!! Kaget melihat luaran hotel yang bagai something tapi dalamnya biasa saja!! Dengan menaiki lif kecil yang menurut Shahriz hanya boleh memuatkan 3 Shahriz sahaja dalam itu.. kami terus ke tingkat 4!!
Tiba di bilik hotel...masing2 mengambil port masing2 sebelum sesi pillow talk bermula!! Afeer memulakan cerita-ceritanya yang begitu menarik sekali sebelum ditokok tambah oleh Shahriz. Lang turut menyambut dengan cerita-cerita versi Lang dalam topik yang sama!!
Rupa2nya si Afeer ni obses dengan penyanyi botak tu…alahai Mawi!!ermm sama tezz ngan Kamar lah dia kot Cuma dia tak minat yg boing2!!! (sorry boing2 tak de chance la ngorat si Afeer ni!!) Borak punya borak , tak sedar sudah 11.10 malam!! Lang yang kena bekerja keesokan harinya terpaksa meminta diri..lagipun mereka ni nampak keletihan!! Terima kasihlah kat depa ni kerana sanggup mereka hantar Lang ke tempat parking skut itu sebelum Lang berangkat pulang!! Dalam nak antar Lang tu, terperasanla plak gambar MAwi kat pintu teksi yg sedang berenti kat tepi..erm…sempat gaklah si Afeer ni beranagn!!Seronok sungguh dapat berkenalan dengan Afeer yang meletup ni...harap2 dapat jumpa diorang ni lagi selepas ni!!!
hambek ko Afeer nak sangat!!! keh3
Walaupun sejenak sahaja bertemu kawan-kawan, rasa gembira dan puas Lang tak dapat digambarkan!!Waktu yang berlalu juga tak terasa dan terasa terhibur sentiasa!!! Wahai kawan-kawan...jom jumpa lagi di Gathering 26 hingga 28 Januari ini!!!Semoga pertemuan sempena tahun baru kalender Masihi dan Hijrah serta sempena perpisahan dengan Angah ini akan meletup2!!
Label: kengkawan





